Anda sudah tahu jika ingin mencari dan menempah baju perkahwinan, anda perlu ada senarai atau mempunyai tempat yang anda ingin pergi. Tetapi bagaimana pula dengan apa yang anda perlu lalukan selepas anda mempunyai target butik yang anda ingin pergi? Terdapat beberapa perkara penting tentang etika membeli atau menempah pakaian setiap pengantin perlu tahu.
Buat temujanji Kebanyakkan butik kecil, mempunyai bilangan yang terhad pada bilik persalinan dan dengan ditempah mingguan. Maka, ia perlukan anda untuk membuat temujanji dahulu sebelum pergi ke butik. Selain itu, anda juga harus menghormati peraturan-peraturan butik semasa anda dengan rombongan berada di butik kegemaran anda.
Hormati bakal pengantin yang lain Ingat bahawa bukan anda sahaja yang akan menempah atau membeli baju pengantin pada majlis perkahwinan anda, tetapi anda dinasihatkan untuk tidak mengganggu pengalaman orang lain. Ini adalah penting terutamanya apabila anda tidak suka baju pengantin yang anda cuba atau pakai ketika itu. Maka, anda harus jujur dengan perunding anda bukan dengan merosakkan pakaian itu. Ini kerana, mungkin anda tidak tahu jika pakaian yang anda pakai itu akan menjadi pakaian impian gadis yang lain.
Pakai solekan yang nipis Pakaian pengantin di butik pengantin kebiasaanya mempunyai hanya satu sampel setiap satu, jadi mereka tidak dapat mencuci dengan cepat jika ada apa-apa kotoran yang melekat pada pakaian pengantin itu. Maka, anda dinasihatkan untuk memakai solekan yang nipis lagi-lagi memakai gincu yang nipis agar pakaian itu akan terjamin masih cantik untuk bakal pengantin yang akan datang.
Peka tentang masa Kebiasaannya anda melihat di realiti TV menunjukkan ia kelihatan seperti pengantin perempuan mempunyai masa yang lama untuk mencuba berpuluh-puluh pakaian pengantin dirak, tetapi pada hakikatnya anda hanya ada beberapa jam sahaja. Walaupun anda mungkin dapat meluangkan masa yang lama, tetapi anda perlu ingat bahawa terdapat pengantin yang lain di dalam bilik menunggu, dan jadual butik perlu mengikutinya. Jika anda fikir anda perlu lebih banyak masa untuk memikirkannya, maka anda perlulah membuat temujanji kali kedua dan kembali untuk mencuba pakaian pilihan anda.
Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com Photo credits: Google
|