Bagi bakal pengantin yang inginkan sesuatu kelainan pada majlis perkahwinan mereka, meraka boleh mencuba untuk membuat DIY kotak tali ini. Ini kerana, ia dapat menyumbangkan lagi suasana kemeriahan dan kecantikkan pada majlis anda. Selain itu, anda juga boleh menggunakan ia kembali sebagai hiasan rumah baru anda, maka tiada istilah pembaziran jika anda membuatnya. Anda boleh menggunakan apa sahaja warna yang anda inginkan untuk menyesuaikan dengan tema perkahwinan anda. Maka, mari lihat bagaimana untuk membuatnya.
Barang yang perlu ada: - Dua tali kapas.
- Dua baldi plastik.
- Satu botol cecair pewarna merah jambu.
- Satu botol cecair pewarna biru.
- Gam pistol panas (Hot glue gun).
- Sekeping 20" x 30" form board.
- Pembaris quilting.
- Pensil.
- Pisau exacto.
- Cutting mat.
- Gunting.
Cara-caranya: - Isikan satu baldi dengan air panas. Tuangkan separuh botol cacair pewarna merah jambu ke dalam baldi dan kacau sehingga rata.
- Mulakan dengan menggantung satu tali kapas anda di baldi. Dengan cara, meletakkan beberapa inci tali ke dalam pewarna, kemudian menggantungkan kira-kira satu kaki tali di tepi baldi, kemudian menenggelamkan beberapa inci seterusnya tali ke dalam pewarna. Pastikan anda selang selikan mencelup tali anda sehingga habis. Seterusnya, ulang dengan tali seterusnya dengan pewarna lain.
- Selepas satu atau dua jam, bilas kedua-dua tali dan biarkan ia kering.
- Menggunakan pembaris quilting untuk mengukur dan membuat huruf LOVE anda diatas form board.
- Potong huruf anda dengan menggunakan pisau exacto diatas cutting mat.
- Letakkan gam diatas huruf anda dan tampalkan dengan menggunakan tali kering anda. Pastikan tampal tali anda di sekeliling huruf, kemudian keringkan huruf anda.
- Ulangi gam dan tampal tali anda kepada huruf yang lain. Pastikan anda menggunakan warna tali berbeza kepada huruf yang lain. Ia untuk menjadikan latar belakang yang sempurna untuk dihiaskan kepada meja pencuci mulut atau pelamin anda.
Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com
Photo credits: Google.
|