CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1094|Reply: 0

DIY Kad Tempat

[Copy link]
Post time 27-9-2016 03:14 PM | Show all posts |Read mode

Kad-kad tempat yang indah akan meletakkan diatas meja-meja tetamu anda, tetapi ia juga boleh digunakan untuk menghias meja candy anda ataupun mana-mana tempat yang anda rasa sesuai untuk menggunakan ia. Setiap kad mempunyai latar belakang cat air  yang unik dengan berbeza corak cat dan dengan tulisan kaligrafi. Projek ini boleh dibuat berulang-ulang kali dan sesuai dengan apa-apa majlis, sama ada majlis perkahwinan, majlis makan malam atupun majlis menyambut hari jadi.

Barang yang perlu ada:
  • Kertas keras watercolor.
  • Cat air.
  • Garam.
  • Pen kaligrafi.
  • Tape lebar 1 inci.
  • Berus cat besar.
  • Berus cat kecil.
  • Air.
  • Tisu tebal.

Cara-caranya:
  • Potong kad anda sebesar 3.5 x 6 inci, pastikan anda potong sama saiz pada kad yang lain.
  • Lekatkan tape anda pada kad anda dengan cara 1 inci daripada bahagian bawah. Bermaksud, terdapat 4 inci bahagian atas terdedah dan 1 inci bahagian bawah terdedah.
  • Catkan kad anda dengan menggunakan cat besar. Kemudian, lap kering kad anda dengan menggunakan tisu tebal, ini untuk mencegah kad anda dari berkembang.
  • Menggunakan berus kecil anda dengan melukis corak abstrak dengan menggunakan warna kesukaan anda.
  • Jika kad anda terlebih basah, anda perlu lapkan dengan tisu tebal.
  • Kemudian, taburkan secubit garam keatas kad anda. Kristal garam ini boleh mewujudkan corak yang unik dengan menyerap warna basah dan menghasilkan bintik-bintik ringan.
  • Selepas itu, tarik balik tape anda di kad, tetapi anda perlu pastikan kad anda betul-betul kering sebelum menariknya.
  • Lipat kad anda dalam separuh.
  • Tulis nama tetamu anda pada kad dengan menggunakan pen kaligrafi.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

Photo credits: Google.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.243470 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list