Jika anda seorang yang sukakan belon dan ingin menghiasi belon anda ketika perkahwinan. Terdapat begitu variasi yang anda boleh lakukan untuk belon ini, ingat dengan menghiasi belon diperkahwinan anda ia dapat memberi sentuhan yang mewah dan menyeronokkan apatah lagi dengan menghiasi belon gergasi. Belon gergasi ini agak besar dan memegang banyak helium, tetapi ia masih idea yang baik untuk menggunakan bahan-bahan yang sangat ringan. Ini kerana, jika anda menggunakan terlalu banyak hiasan dan menggunakan hiasan yang berat, belon anda akan mula tenggelam selepas kira-kira 4 jam. Maka, mari ikuti cara bagaimana untuk membuat DIY belon gergasi.
Barang yang perlu ada: - Belon gergasi.
- Reben.
- Kain (apa-apa kain yang kosong).
- Kain tulle.
- Kertas bentuk geometri.
- Bola benang.
- Tassels kertas tisu.
Cara-caranya: - Tentukan berapa tinggi dan berapa lama anda ingin hias pada majlis perkahwinan anda.
- Kemudian potong pelbagai saiz untuk kain tulle dan reben. Ada yang lebih pendek, dan satu atau dua sangat panjang yang menyentuh lantai.
- Potong kain plain anda secara memanjang untuk membentuk seperti reben, dan potong disetiap tepi kain untuk menciptakan hiasan berjalur-jalur.
- Mula untuk melapiskan kain plain, kain tulle, dan reben anda dan kemudian ikatkan mereka dengan benang, dengan cara meninggalkan beberapa inci dibahagian atas.
- Tiupkan belon anda dengan menggunakan helium dan ikat belon anda dengan benang, panjang benang terpulang kepada anda.
- Selepas itu, ikatkan semua bahan-bahan diatas pada belon gergasi anda dengan menggunakan benang. Pastikan anda mengemaskan ikatan anda supaya nampak kemas pada belon gergasi.
- Mula dengan menambah bahan tambahan iaitu bermula dengan membentuk kertas geometri emas. Kemudian, anda buatkan tangkai gantung pada bentuk geometri anda dengan menggunakan benang dan gam panas agar anda senang untuk menggantung pada belon gergasi anda.
- Hiaskan tassels kertas tisu anda dibawah bentuk geometri anda supaya dapat menyembuyikan bahagian atas tessel.
Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com Photo credits: Google.
|