DIY ini sangat mudah dan juga menyeronokkan untuk menghiasi hari perkahwinan anda. Kata-kata tali ini dapat membantu anda untuk menghiasi pelamin, photobooth atau mana-mana sahaja untuk sebagai hiasan perkahwinan. Maka, mari ikuti cara-cara untuk membuatnya.
Barang yang perlu ada: - Tali.
- Gam.
- Tepung jagung.
- Air suam.
- Kertas lilin.
Cara-caranya: - Menyediakan kawasan kerja anda dengan melapikkan kertas lilin.
- Seterusnya, campurkan tepung jagung, gam dan air suam bersama-sama dalam mangkuk sehingga serata.
- Mulakan dengan mencelupkan sepenuhnya tali anda kedalam semua campuran anda tadi.
- Kemudian, anda boleh mulakan dengan menulis perkataan anda dengan tali. Anda seharusnya menulis perkataan diatas kertas lilin agar tali anda tidak kotor dan gam anda tidak comot.
- Pastikan anda biarkan ia kering selama 12 jam. Kemudian, anda boleh mulakan hiasan anda.
Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com Photo credits: Google.
|