CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2613|Reply: 5

Makan Sayur Taugeh Boleh Tingkatkan Kesuburan Sperma

[Copy link]
Post time 6-10-2016 12:43 PM | Show all posts |Read mode




Terdapat lebih dari 50 jenis sayur-sayuran di Malaysia yang kaya dengan pelbagai vitamin dan protein.


Setiap jenis sayur mempunyai kandungan protein dan khasiat yang berbeza walaupun semuanya memberi manfaat untuk kesihatan.


Mungkin ada yang belum tahu, sayur taugeh sangat baik untuk meningkatkan kesuburan lelaki atau wanita. Jadi, jika ada pasangan yang telah berkahwin dan masih mencuba untuk mendapatkan zuriat, amalkan memakan sayur taugeh.


Berikut merupakan antara khasiat yang ada di dalam sayur taugeh :

Sumber foto - lintasmetro.com





1- Sumber Enzim
Taugeh mengandungi 100 kali lebih banyak enzim jika dibandingkan dengan sayuran dan buah-buahan yang tidak dimasak.

Enzim ini adalah protein istimewa yang memberikan efek penting buat tubuh, iaitu meningkatkan fungsi organ dalam tubuh.

2- Sumber Protein
Taugeh juga boleh menjadi sumber protein yang baik, terutama bagi vegetarian yang tidak mengambil protein haiwan seperti daging dan ayam.

Taugeh mengandungi lebih kurang 35 peratus protein untuk tubuh. Selain itu, kelebihan lainnya, taugeh menawarkan protein tanpa tambahan lemak, kolesterol dan kalori seperti sumber protein lain.


3- Mudah Dihadamkan
Memandangkan jumlah enzim yang cukup banyak didalamnya, taugeh mudah dihadamkan. Taugeh juga membantu orang yang memiliki masalah dengan perut kembung atau masalah penghadaman.

4- Menurunkan Berat Badan
Sayur taugeh yang kaya dengan zat dan rendah kalori akan membantu kita menurunkan berat badan sambil memenuhi nutrisi yang diperlukan tubuh.

Di samping itu ia juga kaya dengan serat dan boleh membuatkan kita rasa lebih kenyang. Semua kelebihan taugeh ini membuatkannya sangat sesuai diambil oleh sesiapa yang ingin menurunkan berat badan.






5- Meningkatkan Kesuburan
Taugeh mengandungi vitamin E dan protein yang sangat tinggi. Ia dipercayai dapat meningkatkan kesuburan lelaki kerana pelbagai hormone lelaki dapat dihasilkan dengan rangsangan ketika menikmati sayur ini.


6- Mencegah Anemia
Sayur ini dikatakan mempunyai kandungan asid folik yang sangat bagus untuk menghasilkan pengeluaran asid amino dan sel darah merah.

Pengeluaran darah merah yang stabil sangat membantu untuk mencegah terjadinya anemia atau kekurangan sel darah merah.


Petua "orang lama" pun ada menyarankan memakan sayur taugeh untuk kesuburan sperma. Kalau anda tak suka makan taugeh, ubahlah selera mulai sekarang kalau nak sihat dan subur. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2016 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
I think so
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2016 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
tauge masak lemak campur tauhu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2016 04:08 PM | Show all posts
wah, ingatkan ada title kesuburan sperma tadi mcm mcm la komen kuar.. rupanya decent je semua. hi hi Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu masa belom.ada anak. Saya mintak petua orang jawa ni. Dia anak 7. gila kau kalau tak mintak petua. Haha.. Akak tu cakap.  Ko makan togeh hari-hari. Makan laki bini..  Ni je petua dia katanya.. So ada sokongan dari sains jadi lebih konpiden gak la nak syorkan kat kengkawan lain. Cuma sapa tak tahan akan berangin sikit la. Kuntut2
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2016 08:03 PM | Show all posts
Mak_Wanie replied at 2-11-2016 02:45 PM
Dulu masa belom.ada anak. Saya mintak petua orang jawa ni. Dia anak 7. gila kau kalau ta ...

ha ha ; saya tak tahu la betul ke tak. tapi taugeh memang sayur yg berkhasiat; sama ada naik sperm count tu tak tau lah; maybe kerana bntuk taugeh tu sama dgn spem maka og pon speku la; konon taugeh tu mengecik lalu jadi sperm ke apa..betul tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.283071 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list