Ketandusan idea bila bayi anda muak dengan hidangan menu yang sama setiap hari? Mari cuba pelbagaikan menu makanan si comel supaya dia dapat mencuba pelbagai makanan enak dan berkhasiat seperti bubur jagung dan madu ini.
Kredit foto: Pa&Ma
Bahan-bahan:
60g dada ayam dimasak, dibuang tulang dan kulitnya
30g jagung manis
125ml stok ayam
30ml susu ibu
20ml madu
10gm bawang besar dicincang halus
Cara memasak:
1. Rebus bawang besar dengan stok ayam.
2. Masukkan jagung. Tutup dan renehkan selama 15 minit sehingga jagung menjadi lembut.
3. Masak lagi selama 2 hingga 3 minit.
4. Masukkan ayam dan rebus sehingga masak.
5. Kisar campuran bersama madu sehingga halus.
6. Masukkan sedikit susu ibu dan hidang.
Menu ini sesuai bagi bayi berusia tujuh bulan dan ke atas. - CARI