Sumber: Pinterest
Satu perkara yang memalukan bagi wanita jika buah dada yang menjadi aset teramat penting itu menjadi kendur. Mesti sedih dan susah hati kalau perkara ini berlaku pada anda kan?
Sangat merungsingkan hati terutama kepada wanita yang umurnya semakin meningkat, silap-silap ada yang berasa rendah diri dan malu untuk bersama dengan pasangan.
Sebagai langkah pencegahan awal supaya buah dada anda kekal bentuknya seperti anak dara sunti, ikuti tips di bawah:
1. Jaga Berat Badan
Badan wanita memang senang naik berat badan, jadi jagalah pemakan kita supaya ianya sihat dan seimbang. Lagi elok kita turunkan berat badan secara perlahan-lahan daripada secara drastik dan mendadak.
Sumber: womenfitness.com
2. Lebihkan Pengambilan Vitamin C
Makanan dan minuman yang mengandungi vitamin C yang tinggi amat baik untuk menganjalkan payudara wanita. Mulai sekarang bolehlah mula minum jus oren kerana bukan sahaja sihat malah berkhasiat. Boleh juga ambil tablet dan pil Vitamin C tapi disarankan rujuk pada doktor dahulu sebelum mula mengamalkannya.Okay?
3.Jaga Payudara Semasa Berlari
Wanita yang aktif dan sukakan aktiviti lasak dan ekstrem selalu terdedah dengan risiko payudara kendur kerana pergerakan yang banyak. Jadi pastikan anda memakai bra sukan yang berkuali tinggi untuk menjaga kestabilan dan bentuk payudara anda.
Sumber: imperfectlynatural.com
4. Pastikan Pakai Pelindung Matahari
Kalau anda pakai pakaian yang terdedah di bahagian dada, sapukan krim pelindung matahari pada sekitar dada dan kulit payudara anda. Cahaya matahari adalah pembunuh keanjalan kulit payudara dan penyebab kedutan.
5. Pilih Saiz Bra Yang betul
Ukuran rangka tubuh dan saiz payudara berbeza dan akan berubah setiap tahun, jadi jangn biarkan perkara ini menjadi penyebab payudara anda kendur. Pastikan ianya betul muat dan selesa untuk bagi ruang aset penting anda bernafas. -CARI |