|
i bace kat wiki kisah razia ni.. sadis gile. dia meninggal muda.. kalah dlm perang..
mati sekali dgn mirza..
tengok last episod drama ni kat youtube.. dia fast forward bab kematian razia ni. frustnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
my mom duk gila tgk citer ni...mmg best katanya |
|
|
|
|
|
|
|
meols pun layan citer razia ni
sekarang ni tengah part abg dia nasir, bonda Qutub dan ayahanda sultan kena serang masa pemahkotaan Nasir.
meols suka putera nasir yg hensem itu.. sayangnya watak dia dah mati |
|
|
|
|
|
|
|
Huhu... sekali jek layn drama ni...tu pun tertengok tanpa sengaja dan hari cuti...mmg berkenan kat hero gorjes...ngan heroin pun kiut miut...
Biasa drama maharaja2 nih kompom tragis...
Part best yg razia nak ambil pelana kuda sebgai barg bukti yg kekalahan kanda dia ada yg sabotaj potong tali pelana tuh...kebetulan lak hero nih lari dr puak apa ntah...maklumlah nengok siri ni dah kelaut tengh2...sembunyi kat kandg kuda nak curi kuda larikn diri...
yg sweetnya...si hero igt heroin tuh nak curi kuda macm dia gak...part romantik...hero nagn heroin saling bertatapn mata tp masing2 x nampk muka...pastu part hero n heroin bergelut guling2 gara2 sembunyi dr musuh heroin...
itu ajelah...kot2 kalu ada versi download share lah yea... baik nengok marathon terus... |
|
|
|
|
|
|
|
Cite ni beratus ep ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kita tengok cerita yang sama ke ni?
meols ngan shuben tahap guling2 gelak bila tengok cite ni..
lagi dasat dari sinetron indon...
zoom in zoom out kat facial expression ada dekat setengah jam..
tapi macik meols memang layan cite ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 4-11-2016 12:10 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Zoom tu 3 serangkai ngan telenovela sinetron pinoy n hindi drama mmg x leh lari tu mkn saat gak shoot tu pitamm |
|
|
|
|
|
|
|
[size=13.524px]SULTANAH RAZIA: PEMERINTAH WANITA PERTAMA BUMI INDIA
Kehadiran Islam tidak pernah meletakkan tempat wanita serendah-rendahnya, bahkan dalam sejarah sepanjang penubuhan tamadun Islamlah, begitu banyak pemerintah dari kalangan wanita diangkat untuk memimpin kerajaan. Kalau di Alam Melayu, kita mengenali nama seperti Cik Siti Wan Kembang I dan Cik Siti Wan Kembang II, di bumi India yang ketika itu dipeluk oleh cahaya Islam, telah lahir seorang wanita yang kisahnya setaraf legenda yang sehingga hari ini dikenang dalam sejarah Islam mahupun India sendiri.
Baginda merupakan anak kepada Shamsudin Iltumish yang merupakan seorang hamba Mamluk, sebelum berjaya menjadi Sultan Delhi, sebuah kerajaan yang pernah memayungi utara India pada satu ketika. Shamsudin Itutmish merupakan salah satu sultan daripada Dinasti Mamluk yang memerintah India ketika itu. Baginda terkenal dengan keupayaan mempertahankan sempadan India daripada serangan Monggol dan Genghis Khan melalui beberapa siri diplomasi dan juga menakluk kembali wilayah-wilayah yang hilang daripada Kesultanan Delhi.
Kenaikkan Razia menjadi sulatanah bagi Kesultanan Delhi merupakan sesuatu yang tidak dijangka langsung. Ianya bermula dengan anak sulung lelaki Shamsudin Iltutmish sendiri, Naseerudin Mahmud yang meninggal dunia secara tiba-tiba. Razia bukanlah calang-calang wanita. Dari kecil lagi, dia sudah menjadi anak kesayangan ayahandanya dan sering dibawa bersamanya ketika ayahandanya sedang menguruskan hal-hal berkaitan negara.
Dia juga dilatih dengan ilmu kepimpinan dan pentadbiran selain ilmu pertempuran, sebagai persiapan kalau-kalau perlu dia untuk menaiki takhta Kesultanan Delhi suatu hari nanti, meskipun Naseerudin Mahmud, iaitu abangnya yang sebenar-benarnya pewaris takhta dan dilatih untuk menjadi pemerintah seterusnya Kesultanan Delhi dibawah Dinasti Mamluk. Keupayaan Razia terbukti ketika selepas kematian abangnya, dan ketika ayahandanya terpaksa memimpin askar melawan serangan sebuah kerajaan kecil di Utara India iaitu Gwalior, Razia dilantik sebagai pemangku takhta.
Ketika 30 April 1236, dicatatkan bahawa Shamsudin Iltutmish telah mangkat dan baginda telah menamakan Razia sebagai pengganti bagidna memandangkan dia berpendapat bahawa selain Naseeruddin Mahmud, anak lelaki baginda yang lain tidak layak untuk menjadi pemerintah. Namun, para bangsawan tidak berkenan dengan cadangan Iltutmish sendiri lalu menabalkan sendiri Ruknuddin Firuz, adik beradik lelaki Razia sebagai sultan. Ruknuddin Firuz disyaki oleh Razia sebagai orang yang telah membunuh Naseeruddin Mahmud, demi merampas takhta daripada ayahandanya,. Razia sendiri telah menyiasat kes kematian kekandanya lalu membentangkan buktinya pada Jamia Masjid Delhi. Buktinya mencukupi lalu membawa kepada hukuman mati ke atas Ruknuddin.
Selepas pemergian Ruknuddin, maka jelaslah bahawa Razia merupakan satu-satunyua pewaris kepada takhta kepada Kesultanan Delhi dan para bangsawan yang menentang pertabalan Razia terpaksa akur dengan pertabalannya. Maka bermulalah episod Razia menjadi pemerintah wanita India yang pertama dalam sejarah. Antara langkah pertama yang dijalankan oleh baginda ialah mendapatkan pengesahan daripada Khalifah Abbasiyah kerana setiap pemerintah Ahlul Sunnal Wal Jamaah ketika zaman itu, harus mendapat pengesahan daripada Kekhalifahan Abbasiyah dahulu sebelum memerintah. Ianya pada tahun 1237 Masihi apabila akhirnya khalifah mengiktiraf baginda sebagai pemerintah sah Kesultanan Delhi.
Selain itu, antara langkah awal Razia sebagai sultan Delhi ialah memastikan nama beliau disebut dalam setiap doa khutbah solat Jumaat disamping nama khalifah. Kepingan syiling yang menjadi mata wang Kesultanan Delhi turut diukir dengan nama baginda dengan ayat yang berbunyi seperti “Tiang Para Wanita, Permaisuri Sultana Razia dan anak perempuan kepada Shamsudin Illtumish.” Selain itu, dikatakan sepanjang pemerintahan baginda, sekolah-sekolah, akademik-akademi, perpustakaan dan kerja-kerja penafsiran ilmu falsafah giat dijalankan sepanjang pemerintahan baginda. Bahkan, Razia tidak ketinggalan menyumbang dalam bidang seni dan menggalakkan kewujudan pemuisi, pelukis dan ahli muzik sepanjang pemerintahan baginda. Namun, yang pastinya, baginda dikenang sebagai politikus hebat apabila berjaya melaga-lagakan pemberontak untuk berlawan antara satu sama lain, menjamin keselamatan takhta Razia untuk beberapa ketika.
Sultana Razia juga dikatakan telah mengadaptasikan pemakaian pemerintah lelaki dan meninggalkan pemakaian wanita yang selalu disarungkan pada tubuhnya sebagai lambang maskulin. Ibnu Battuta, seorang pengembara Islam yang terkenal mencatatkan bahawa Razia bukanlah calang-calang wanita. Dia dikatakan berpakaian seperti panglima perang, menunggang kuda dan memimpin bala askar menakluk wilayah-wilayah baru dibawahnya, bahkan memerintah dengan penuh keadilan dan menguruskan urusan-urusan negerinya dengan sangat tersusun.
Namun, disebalik kehebatan yang dimiliki olehnya, dia tewas jua pada cinta. Selain merupakan pahlawan dan pemerintah yang hebat, Sultana Razia juga terkenal dengan kencantikannya yang sangat mahsyur. Oleh kerana itu, dia dilamar oleh banyak keluarga bangsawan namun semuanya ditolak dengan mentah-mentah dan sebaliknya, dikatakan bahawa Sultana Razia jatuh cinta pada seorang hamba Afrika budak penjaga kandang kuda diraja bernama Jamaluddin Yaqut. Lalu, hamba Afrika berketurunan Habsyi ini diambil sebagai pembantu peribadinya.
Berdasarkan ini, para bangsawan telah lama cemburu dengan kehebatan seorang wanita memerintah India, telah menggunakan isu ini sebagai alasan paling besar untuk menggulingkan Razia. Dengan itu, mereka telah membawa Sultana Razia menghadap kadi di Delhi sebelum dia dijatuhkan hukuman supaya turun takhta atas alasan menjadi terlalu rapat dengan lelaki yang bukan mahramnya iaitu Jamaluddin Yaqut. Sultana Razia diarahkan untuk berkahwin dan kembali hidup dibelakang tabir seperti para wanita lain ketika itu.
Seorang gabenor Kesultanan Delhi yang memerintah sebuah wilayah bernama Bhatinda, yang terletak di Lahore, Pakistan, bernama Malik Ikthiaruddin Altuniya telah disepakat oleh para bangsawan Kesultanan Delhi untuk mewarisi Kesultanan Delhi. Tidak puas hati dengan apa yang berlaku, maka Razia memimpin askar berperang melawan Altuniya. Dicatatkan bahawa Jamaluddin Yaqut terbunuh dalam perang tersebut dan Razia pula dijadikan sebagai tawanan perang dan dipenjarakan oleh Altuniya. Namun, dicatatkan sepanjang Razia dipenjarakan, Altuniya pula seringkali melawat Razia lalu entah bagaimana, mereka berdua pula saling jatuh cinta antara satu sama lain sehinggalah Altuniya melamar Razia dan Razia pula menerima lamaran daripada Altuniya.
Namun ketika cinta mereka berdua baru sahaja mahu berputik, takdir seperti tidak memihak langsung kepada Razia. Saudara lelaki Altuniya bernama Bahram pula tiba-tiba menabalkan diri sebagai pemerintah Kesultanan Delhi yang seterusnya. Mahu menuntut haknya kembali, maka Razia bersama dengan suamianya Altuniya telah memimpin tentera untuk melanggar Bahram lalu peperangan pun berlaku yang berakhirnya dengan kekalahan pasangan suami-isteri ini.
Mereka berdua melarikan diri sehinggakan sampai ke sebuah wilayah bernama Kaithal sebelum dirompak oleh penduduk tempatan. Tentera yang sebelum ini setia bersama dengan mereka pula telah melarikan diri dan mengabaikan ketua mereka. Dikatakan bahawa Razia terkorban pada 13 Oktober 1240 Masihi persamaan dengan 638 Hijrah, 25 Rabiulawal. Makam Sultana Razia sehingga hari ini diperdebatkan oleh sejarawan sama ada terletak di Turkmen Gate, Delhi yang kononnya dia ditanam bersebelahan dengan suaminya, atau di Mohalla Bulbuli Khana dan juga di wilayah Kaithal itu sendiri.
Al-fatihah untuk Sultana Razia...
-HE-
CREDIT : The Patriot
|
|
|
|
|
|
|
|
DULU DH MAIN TV INDON ,AKU LUPA CHANNEL APA...
BEST JUGA CAKAP INDON ...
TP TIBA2 BLOG YG SIARKAN CHANNEL INDON GHAIB .................
|
|
|
|
|
|
|
|
tgh follow skrg ni..terlambat gak follow..tu pun sebab si mirza mata hijau mengoda...ada group dia di b..dia org ade update episod terbaru gan serikata lg..leh la sape2 nak download...den pun mint ke mirza ni...mata cantik btl...
tp kalo bc sejarah banyak sgt tempat kematian mirza gan razia ni..dua org je mati sampai lebih 4 tempat..so ade pendapat mengatakan mereka sengaja mematikan watak mereka tuk lari keluar dr india tuk mulakan hidup baru..sebagai org baru..kn tgk tempat kematian yg di war2kan..adekah berdekatan dgn pelabuhan atau sempadan...yg pasti citer ni best sebb lakonan berkesan dr hero dan heroin dia..sakit ati je ke si turkan tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by jnwry20 at 25-1-2017 07:55 PM
Sangat minat cerita Razia Sultan ni..
Hero handsome..heroin..cantik..
Hari ni dh tamat di tv3..
Two thumbs up.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|