CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2657|Reply: 4

Runsing Anak Susah Minum Susu? Ini Solusi Cara Kreatif

[Copy link]
Post time 28-10-2016 05:31 PM | Show all posts |Read mode


Sumber Foto: kidspot.com




Cerewetnya anak-anak dalam memilih makanan! Mesti ibu bapa yang berdepan dengan dilema ini berasa runsing kan? Lagi-lagi anak yang susah sangat nak minum susu padahal ia merupakan sumber nutrisi yang lengkap.


Kandungan zat dalam susu termasuklah protein, fosforus, vitamin A dan vitamin D adalah sangat penting untuk perkembangan tumbesaran kanak-kanak.


Jadi, macam mana pula nak buat kalau mereka menolak minum susu? Jangan risau, sebab cara kreatif ini akan membantu anda untuk menggunakan susu dalam menyediakan hidangan kepada kanak-kanak.




Sumber Foto: nudenicotine.com





1. Buat susu kocak yang berperisa coklat, strawberi atau apa sahaja perisa yang digemari anak-anak anda. Boleh juga tambahkan buah-buahan seperti pisang ke dalamnya, pasti lagi sedap.


2. Sediakan hidangan yang manis dan berasaskan susu untuk menarik minat anak-anak anda mencuba sesuatu yang baru seperti puding kastard.







3. Selain untuk diminum, boleh juga campurkan susu dengan bijirin sarapan pagi seperti oat, empingan jagung dam macam-macam lagi.


4.Cicahkan biskut kegemaran mereka bersama susu, cara ini secara automatik akan membuatkan anak anda suka dengan susu.





5. Ceritakan setiap hari kepada anak-anak tentang kebaikan susu supaya mereka sedar akan khasiatnya.


Lagi bagus sekiranya ibu bapa dapat melibatkan sekali anak-anak dalam proses pembuatan hidangan tersebut, bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan malah dapat merangsang otak si manja, betul kan? -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2016 05:45 PM | Show all posts
sedapnya susu, sis tak mampu menolaknya. satu hari x minum susu x lengkap hidup sis
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita suka susu! tp bukan susu tpung la...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2016 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak besar ramai x suka susu
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2016 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak nak masuk 2 tahun masih x nak susu lain selain nenen. Try n error susu + milo dalam susu. Lama2 kurangkan milo dalam susu sampai anak boleh terima rasa susu tanpa milo. lepas tu try tukar susu yg lebih kualiti bila dia dah boleh terima susu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.147352 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list