Buat bakal pengantin, cincin kahwin semestinya menjadi salah satu barangan yang penting untuk majlis perkahwinan anda. Hal ini kerana cincin kahwin diibaratkan sebagai tanda kenangan untuk anda dan pasangan yang akan hidup bersama sehingga akhir hayat. Cincin kahwin juga membawa 1001 makna dalam sesebuah perkahwinan. Oleh itu, pemilihan cincin kahwin tidak boleh di pandang ringan oleh pasangan pengantin. Di sini kami kongsikan beberapa tips memilih cincin kahwin untuk bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan.
Bentuk cincin Pilihlah bentuk yang sepadan atau seakan sama dengan pasangan anda seperti mana secocoknya anda berdua. Pastikan bentuk cincin yang dipilih menepati citarasa dan mengikut kehendak satu sama lain.
Jenis cincin Kenalpasti jenis cincin yang disukai pasangan. Bagi pengantin perempuan, anda boleh memilih sama ada anda inginkan cincin tradisional emas kuning atau cincin emas putih. Mengikut trend masa kini, kebanyakkan pengantin memilih cincin emas putih untuk tampak ringkas dan elegan namun cincin tradisional emas kuning masih lagi menjadi permintaan bagi bakal pengantin.
Batu permata Cincin berlian cukup sinonim untuk perkahwinan. Namun begitu, anda masih boleh memilih cincin berbatu sekiranya anda lebih berminat dengan cincin berbatu berbanding cincin berlian. Anda boleh pilih batu permata yang menarik perhatian anda seperti batu zamrud, kristal, firuz dan sebagainya.
Saiz cincin Selain busana kahwin, anda juga perlu mengukur saiz cincin mengikut jari anda. Pastikan cincin kahwin anda terletak kemas di jari manis. Elakkan mencuba cincin pada waktu pagi kerana jari anda sedang mengembang pada waktu tersebut.
Harga cincin Pastikan anda membeli cincin mengikut bajet dan kemampuan anda. Anda perlulah rajin melakukan survey di kedai-kedai emas untuk mendapatkan harga yang terbaik dan memuaskan.
Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com
|