Seorang wanita yang pentingkan kebersihan diri pasti akan merapikan bulu ari-arinya. Namun, awas! Jika anda kerap melakukannya, anda berisiko dijangkiti penyakit kelamin (Sexually Transmitted Infections/STI).
Menurut portal US News, sebuah kajian mendapati mereka yang merapikan seluruh bulu di bahagian kemaluan lebih dari 11 kali dalam masa setahun adalah berisiko tinggi dijangkiti STI.
Bagaimana jangkitan boleh berlaku? Jika tergores kulit ketika merapikan bulu pubis tak kiralah sekecil mana luka itu, ia mampu menyebabkan jangkitan.
Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan bagi meneliti lebih lanjut mengenai perkara ini.
Dalam ujian yang dilakukan, hasil kajian menemukan 84 peratus wanita melakukan perapian pada bulu pubis berbanding lelaki (66 peratus). Dalam ujian yang dilakukan, hasil kajian menemui lebih ramai wanita melakukan perapian pada bulu pubis iaitu 84 peratus lebih banyak daripada lelaki.
22 peratus daripada jumlah itu merupakan golongan yang paling kerap merapikan pubis iaitu setiap hari atau seminggu sekali. Manakala 13 peratus daripada jumlah berkenaan mengaku dijangkiti penyakit kelamin seperti herpes, sifilis, AIDS, dan HIV.
Sumber foto: Carian Internet
Pada masa ini, penelitian masih belum dapat membuktikan kebiasaan merapikan bulu pubis berisiko meningkatkan penularan penyakit kelamin. Penyelidik juga belum dapat memastikan seberapa cepat penyakit kelamin menular selepas pubis dirapikan.
Oleh itu, dapatkanlah nasihat pakar mengenai cara betul untuk merapikan bulu di bahagian alat sulit serta buatlah pemeriksaan berkala untuk memastikan anda bebas daripada jangkitan kemaluan STI. - CARI |