Jika suatu ketika dahulu kita digemparkan dengan kes gadis bertudung berpeluk dan dicium artis dari Korea, baru-baru ini video anggota kumpulan GOT7, Jinyoung mengelak daripada bersalaman dengan gadis bertudung pula menjadi trending di laman sosial.
Video bedurasi empat saat yang dirakam ketika sesi bertemu peminat yang dinamakan Hello Session itu memaparkan seorang gadis bertudung yang begitu teruja untuk bertemu Jinyoung.
Ketika melalui di hadapan Jinyoung yang sedang melambai-lambai ke arah peminatnya, gadis itu membuat percubaan untuk bersalaman dengan artis dari Korea itu. Walau bagaimanapun, cubaannya gagal apabila Jinyoung terus menarik tangannya dengan pantas bagi mengelakkan tangan mereka dari bersentuhan.
Video itu dimuat naik di laman sosial Facebook dan Twitter oleh netizen yang dipercayai peminat kumpulan GOT7 dan sudah pastilah ia mendapat perhatian peminat dan netizen lain yang turut memuji tindakan Jinyoung itu.
Sumber foto: Twitter
Bagus betul Jinyoung ya. Bukan sahaja peka dengan persekitarannya, malah menghormati peminat bertudung. Perkara ini dah jadi seperti terbalik pula apabila peminat bertudung yang terkinja-kinja mahu bersalaman dengan artis Kpop berkenaan. - CARI
malu kan tengok pomwan bertudung terkinja kinja kat konsert..lagi menyedihkan pomwan tua pengusaha product kecantikan ( DR V**A & friends) tergedik-gedik kat konsert gegar vaganza... geli siott
aku rasaaaa bukan sebab dia tau tatasusila islam....tapi memang PEMINAT dilarang sentuh retis tuh...nampak bodyguard pon tahan...and KEBETULAN pompuan bertudung yang GATAI BIJIK lak yang nak HIGH FIVE dengan retis tuh....so trending la kononnya dia menghormati isle....
Aku rasa dia bukan nak elak sebab perempuan tu muslim, tapi takut perempuan tu buat apa-apa kat dia je.
Pengawal kat situ pun macam nak tolak perempuan tu dari dekat dengan Jinyoung.