Anda Wanita? Dan.. Masih Keseorangan?
Sukar Bertemu Jodoh?
Atau..
Sudah Jumpa, Tapi Malu Nak Cakap & Luahkan Isi Hati? Ada BERITA BAIK Untuk Anda!!.
Ketahui Cara Memikat Lelaki Secara 'HALUS' Disini, Sama Ada Secara Dekat Atau Secara Jarak Jauh, TANPA Menggunakan Sebarang Sihir, Minyak Pengasih, Jampi atau Apa-apa Ilmu Yang Terlarang!
Dari meja :
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj, Assalammualaikum warahmatullah hi wa barokatu... Ke hadapan seorang insan yang bernama wanita, ciptaan ALLAH SWT yang maha hebat dan cantik, yang penuh dengan sifat pemalu. Jika hari ini anda masih lagi belum bertemu jodoh, ketahuilah, ianya bukanlah silap takdir, cuma, usaha yang dilakukan, masih belum mengena dengan kehendak takdir. Ini kerana, usaha itu perlulah ikhlas, mencari jodoh biarlah dengan ilmu, memburu cinta biarlah dalam syariat dan mengimpikan lelaki idaman itu sebenarnya tidak salah. Hari ini, saya akan bantu anda, bagaimana untuk berusaha dengan ilmu yang betul di dalam misi mencari jodoh. Mari kita gali ilmu pikat lelaki disini! Wanita Itu Pemalu. Tetapi Terlampau Malu Kelak ‘Memakan’ Diri Ya, wanita memang sinonim dengan sifat lemah-lembut dan pemalu. TUHAN sudah memberikan sifat itu sebagai fitrah kepada seorang perempuan. —> Namun, adalah SALAH jika membiarkan sifat pemalu itu menghalang kita membuat kebaikan. —> Lagilah SALAH jika sifat pemalu itu menjadi penghalang wanita membina ‘masjid’ bersama lelaki yang beriman dan diseganinya. —> Malah, bertambah-tambah salah jika malu itu menyekat usaha kita menambah iman dan menyempurnakan taqwa dengan perkahwinan. Justeru, malu itu biarlah bertempat. Ilmu dan cara urus diri fizikal dan rohani itu perlu, supaya lebih cepat membina cinta bersama si hensem yang diidami. Islam Tidak Pernah Menghalang Wanita Mengejar Cinta Islam itu rahmat. Islam itu fitrah. Tidak sesekali Islam itu menghalangi seorang wanita untuk memiliki lelaki idaman. Sedangkan Khadijah sendiri pun melamar Nabi Muhammad SAW walaupun usia mereka besar bezanya. Malah mereka hidup dengan gembira dan bahagia. Apa yang anda perlukan kini, hanyalah ilmu yang tepat, praktikal dan tips yang berguna dalam ‘memburu’ si dia jejaka teruna yang beriman. Tetapi AWAS! Awas dengan usaha memburu cinta si jejaka. Kerana yang menjadi dosa dan salahnya, adalah si wanita menjual maruah sebelum ke gerbang perkahwinan. Dara seorang wanita itu tinggi di sisi agama, tidak patut diberi ‘rasa’ kepada sebarang lelaki sedangkan status belum bernikah. Oleh itu, wanita harus berhati-hati. Bukannya terlalu mempercayakan lelaki atas alasan cinta sejati. Wanita perlu tahu menjaga diri, jika tidak mahu membinasa diri sendiri. Wanita Seharusnya Berlumba-Lumba Mencari Lelaki Beriman. … kalau boleh, biarlah bukan ‘work hard’ semberono tanpa ilmu. Ya, jika lambat menangguh pembinaan ‘masjid’ dan tidak berhemah dalam mencari jodoh!. Kelak akan memakan diri wanita itu sendiri. Dalam mengejar jodoh, tidak boleh semberono. Mesti dengan ilmu dan amal. Kelak, proses mencari jodoh akan kelihatan banyak bermasalah, banyak lompang bermasalah di kemudian hari dan ianya hanya akan menjauhkan diri anda sendiri dari lelaki selayaknya. Memang benar akan dakwaan bahawa TUHAN tidak akan menzalimi hamba-NYA yang bertaqwa dalam mencari jodoh sekufu imannya. Namun janganlah pula kita para wanita Muslimah pula yang menzalimi diri dengan menyorok di belakang tiang dan bersembunyi di balik dinding rumah tanpa usaha, sehingga sukarnya lelaki mengenali si gadis. … dan janganlah pula seorang wanita itu terlalu mencari dengan bertanya kepada setiap lelaki yang dikenali ~ sehingga mereka berasa rimas dan tidak berminat dengan anda. Menolak bulat-bulat! Mencari jodoh perlu patuhi terma dan syaratnya. Antara yang terpentingnya adalah adab … ! Ops, Mencari Lelaki Biarlah Beradab! … TUHAN memerhati anda wahai wanita. Adab. Akhlak. Sikap. Ketiga-tiga ini dalam ruang lingkup yang sama. Elemen ini penting bagi mengelak murka Ilahi, terutamanya dalam bab memikat si lelaki. Jika nak memohon kepada TUHAN untuk mencari lelaki beriman, doa dipohon itu perlu beradab. Beradab terhadap TUHAN, dan beradab kepada manusia lain. Biarlah ia dalam ruang lingkup syariat yang TUHAN masih merahmati. Bercinta dan mencari cinta biarlah dalam redha TUHAN, supaya akhirnya pernikahan itu membawa nyaman dan tenteram. Bukannya ribut dan taufan! Ilmu Pikat Lelaki Itu Rahsia Yang Luas. … yang lelaki sendiri tidak pernah sedari!
Benar. Dasar seorang Islam itu Al-Quran dan As-Sunnah. Di dalamnya terkandung pelbagai rahsia langit dan bumi. Begitulah juga dengan ilmu mengenal lelaki dan cara memikat tanpa melanggar syariat itu masih luas. Walaupun ia tidak sehebat rahsia khazanah kitab Al-Quran, namun TUHAN telah menjadikan rahsia itu banyak di sebalik seorang manusia bernama lelaki. Bagaimanakah ilmu untuk memikat lelaki? “Ilmu Tidak Datang Bergolek!” Tiada salahnya ilmu sebegini. Ianya bukan mentera sihir atau jampi si bomoh khurafat. Tetapi ianya berdasarkan pengalaman, bermatlamatkan pengabdian TUHAN dan beramalkan ilmu manusia. Malah, sebenarnya rahsia-rahsia ini lelaki sendiri tidak pernah sedar. Ia bukanlah kelemahan nyata, melainkan sifat tersendiri lelaki yang boleh ‘dimanipulasi’ oleh wanita dengan cara baik & berhemah, bukan menindas atau membuat jahat. Oleh sebab itu, saya selalu berpesan agar sentiasa melihat ke depan. Maju mencari ilmu tambahan dan kemahiran kemanusiaan. Sikap tidak mahu mencari ilmu dan menganggap ilmu itu sesuatu yang biasa-biasa, adalah sikap yang perlu dijauhi. Sedangkan Nabi berpesan untuk berjaya dunia akhirat pun perlukan ilmu, siapakah kita untuk menafikan ‘kuasa’ ilmu dalam mentadbir manusia dan membawa hasil kebaikan di dunia. Siapa Saya? Baiklah, sebelum saya bercerita dengan lebih panjang lagi tentang ilmu memikat lelaki, izinkan saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Dr H.M Tuah Iskandar Al-HajSaya DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj... Ya! Saya adalah seorang lelaki! Tetapi saya bukanlah lelaki yang biasa-biasa.. Saya adalah seorang pakar motivasi yang sering memberikan ceramah motivasi kepada ramai orang sejak 15 tahun yang lalu. Sepanjang karier saya ini, saya telah bertemu begitu ramai wanita dan gadis-gadis yang mengadu dan bertanya kepada saya tentang masalah mereka yang sukar untuk bertemu jodoh. Disebabkan terlalu kerap dan banyak saya mendapat pertanyaan dan aduan tentang topik ini, saya telah membuat kajian dan analisa yang lebih mendalam tentang perkara ini. Hasilnya, apabila saya bertemu lagi dengan wanita-wanita yang mengalami masalah ini, maka dapatlah saya memberikan mereka nasihat dan membantu mereka. Namun, selepas itu, ianya membuatkan saya terfikir, pastinya, ada ramai lagi wanita di luar sana yang menghadapi masalah yang sama dan serupa. Jadi, mengapa tidak saya tuliskan sebuah ebook agar ianya, dapat dibaca oleh wanita-wanita ini dan sekaligus, membantu mereka bertemu jodoh dengan lelaki idaman mereka? Hasilnya.... maka, wujudlah karya EBOOK saya yang pertama yang diberi judul.. Hi Hensem! Cara 'Halus' Memikat Lelaki Idaman Anda Fahami 7 Kelemahan Lelaki , 7 Titik Rangsangan Lelaki , Teknik Manipulasi Psikologi Lelaki , Jadual XXX dan..... Banyak Lagi Rahsia Lelaki !
Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book), ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda. Mari saya tunjukkan cara-caranya supaya anda tidak bertepuk sebelah tangan setelah merasakan suatu getaran di jiwa apabila melihatkan seseorang lelaki yang anda percayai boleh menjadi pasangan yang baik. Anda pasti akan berasa sangat bahagia apabila mendapat lelaki yang anda idam-idamkan bukan, dan berasa sangat sedih apabila lelaki yang anda impikan itu memilih orang lain, yang anda rasakan tiada apa-apa berbanding diri anda, bukan? Anda ada kecantikan dan kecerdikan tetapi mengapa si dia tidak nampak? Mengapa dia memilih rakan anda yang pada anda tiada apa-apa kelebihan pun. Di mana silapnya? Bagaimana Membuatkan Lelaki Perasan & Peduli Dengan ‘Kewujudan’ Anda Sebagai wanita, anda tertakluk pada had-had tertentu. Anda tidak boleh terlalu terkinja-kinja menunjukkan anda amat menyukai seseorang lelaki itu. Anda ada maruah yang mesti dipelihara. Tetapi dalam masa yang sama bagaimana anda dapat menunjukkan isyarat kepada si jejaka bahawa anda bermatlamatkan cinta suci terhadap jejaka itu. Anda bukan setakat mahu bercinta dengannya tetapi mahu kekal hidup bersamanya dalam istilah perkahwinan. Sungguh murni niat anda itu, tetapi mengapa terlalu banyak halangan hingga akhirnya anda langsung tidak dapat berkahwin pun. Sekali lagi, apa yang silap? Tahukah anda, sebenarnya.... ada cara menimbulkan perhatian kepada lelaki dan membina penampilan diri dalam ruang lingkup yang selamat. Malah tanpa bersemuka pun masih ada teknik untuk menarik mereka ‘memandang’ anda wahai para wanita dengan pandangan ingin bernikah. Bagaimana Membina Kendiri & Rohani Yang Menarik Lelaki Beriman SAHAJA Sebagai wanita Muslimah, wanita semuanya mahu mendampingi lelaki beriman yang mampu membimbing ke syurga. Kalau boleh, yang bergelar ustaz atau pak imam. Niat itu tidak salah. Namun sedarkah anda bahawa ada faktor-faktor lain yang membuatkan mereka ‘memejam mata’ dan tidak mahu melamari anda? Kenali faktor ini dan ketahui teknik serta amalan yang mampu menarik lelaki beriman yang budiman SAHAJA, bukannya lelaki yang miskin budi. Mungkin ada yang anda belum mengamalkannya. Bagaimana Menjadi Berani Mencari ‘Timba’ Sebagai wanita, tiada salahnya mencari lelaki, berbanding menunggu lamaran lelaki semata-mata. Kadangkala lelaki itu tidak perasan akan kewujudan anda, bukannya kerana tidak mahu. Oleh sebab itu, dalam ebook ini, saya akan ‘basuh’ minda dan akal anda agar anda menjadi wanita yang lebih berani. Anda (wanita) perlu berani mulai hari ini. Berani yang saya maksudkan adalah: —> Bukan berani melakukan maksiat, tetapi berani menampilkan diri dengan kesederhanaan.
—> Bukan berani yang memberahikan si lelaki, tetapi berani yang menarik hati lelaki untuk menikahi. Bercakap untuk berani itu senang. Tetapi melakukan itu payah. Jadi, saya harap anda boleh berani (pada tempatnya) selepas membaca karya terbaru saya ini. Hayatilah dan saya harap keberanian itu akan ‘menghidupkan’ dirimu yang ‘tidur’ sebelum ini. … dalam pada mencari si lelaki, ada peraturan dan petuanya yang tertentu, iaitu:~ (teruskan pembacaan di bawah): Teknik Anak Dara TIDAK SAMA Dengan Teknik Janda Memikat Si Teruna Fitrah duda dan teruna itu berbeza. Setiap daripada mereka ada kelainan dan ciri yang langsung tidak sama. Oleh sebab itu, teknik untuk seorang anak dara memikat teruna adalah sangat berbeza sama sekali tekniknya berbanding teknik seorang janda dalam memikat lelaki teruna. Begitu juga dengan teknik memikat lelaki yang sudah bergelar suami orang, ada isyarat dan amalan yang perlu dilakukan agar mudah membuatkan si lelaki ini terpikat dan mahu menjemput anda untuk masuk ke dalam alam rumahtangganya sebagai insan yang kedua. P/s:- Kepada golongan wanita yang sudah bergelar isteri, mungkin anda juga perlu dapatkan ebook ini agar segala "umpan-umpan" yang dipasang oleh wanita lain di luar sana terhadap suami anda dapat anda tepis terlebih dahulu dengan jayanya!. Mari Saya Senaraikan Apa Yang Saya Kongsikan Di Dalam Ebook ‘Si Hensem’ Ini Senarai ini hanya sebahagian isi kandungan dalam ebook ‘Si Hensem’. Bab 1 : Mengapa Mereka Dapat, Aku Tidak. Betulkah ‘tidak cantik’ itu menghalang kita memiliki cinta idaman? Apakah tembok-tembok yang memenjara minda kita para wanita sehingga tidak percaya bahawa terpikat dan memikat itu adalah hak semua yang hidup. Adakah wanita tidak boleh mengubah nasib, dan hanya menerima takdir bulat-bulat dan redha tanpa mengerah keringat? Usah berbohong kepada diri sendiri. Bagaimana yang dikatakan sebagai berbohong kepada diri sendiri itu. Kenapa ramai wanita cantik tidak berpunya? Benarkah cantik itu adalah penghalang utama menemui jodoh hidup. Sikap pasrah dan tawakkal yang TUHAN marah. Bab 2 : Persediaan Memikat Untuk Dapat. 3 ciri perempuan sejati yang mengujakan lelaki. Beza antara perempuan dan betina. Mana satu anda patut jadi? Atau kedua-duanya sekali? Benarkah jika kita lambat bermula, maka pilihan lelaki idaman itu akan ‘habis’ kerana laris? Rangsangan dan tips untuk menjadi lebih berani mencari cinta lelaki. 3 hingga 4 jenis berani yang mampu membuatkan wanita lebih diredhai Ilahi, sebelum menemui jodoh sendiri. Bab 3 : Siapakah Diriku Ini Bagaimana berkulit hitam itu lebih diminati lelaki. Menurut pakar sains pemakanan dari UKM, terlalu menghendaki putih berseri, hanya akan memakan diri. Ketahui fakta ini sebelum anda tersilap mencantikkan diri ke arah membinasakan badan sendiri. Penyakit demi penyakit jika tersilap mencantikkan diri. Adakah berbaloi mengambil produk mencerahkan kulit untuk memikat lelaki? Setakat manakah ia berbaloi? Bab 4 : Menguasai Psikologi Lelaki Jadual lengkap bagaimana ‘modal’ memikat yang sesuai bagi pelbagai status lelaki. Bagaimana cara anak dara boleh memikat teruna, sebelum dan apabila sudah terpikat. Bagaimana anak dara boleh memikat si duda dengan hanya bermodalkan _______ dan ______. Teknik memikat suami orang, dan dalam masa yang sama tidak menghancurkan rumahtanga orang. Teknik andartu memikat teruna atau dara dengan mempamerkan _______, bukannya dengan menunjuk-nunjuk. Apabila sudah mula terputiknya perasaan suka dan cinta, apakah cara terbaik mengikat si dia (lelaki) sehingga komited hingga ke jinjang pelamin. Bagi wanita yang berstatus janda, caranya lain pula untuk memikat teruna, dara atau suami orang. Ingat, mencintai suami orang itu tidak salah kerana Islam sendiri membenarkan lelaki mencintai dan mengahwini 4 orang, asal bisa redha dan menjaga iman dalam diri. Bagaimana kisah maharaja China mampu membantu anda mendapat inspirasi dan strategi buat memikat lelaki sejati. Nilai apakah yang perlu dijaga ketika dalam alam perkahwinan? Bab 5 : 7 Titik Kelemahan Lelaki Se ego-ego dan sehebat-hebat lelaki. Mereka juga ada kelemahan. Ketahui kelemahan mereka. Apa anda sebagai wanita perlu lakukan terhadap kelemahan lelaki ini. Awas dengan kelemahan lelaki ini, kelak akan membuatkan hubungan menjadi buruk. Silap cara dan sikap, anda akan terjerumus terperangkap. Kata-kata yang akan membuatkan lelaki terkedu dan mula hormat kepada anda, bukannya memperlekeh menghina. Hadiah terbaik untuk diberikan kepada lelaki. Wanita tidak perlu hipokrit, tapi perlu selalu membaiki diri sedikit demi sedikit. Bagaimanakah caranya untuk berbuat baik sehingga dianugerahi rasa sayang dan cinta dari lelaki? Bab 6 : Mengalirkan Arus Minda Kepada Si Dia Ini bukan ilmu khurafat, tetapi ilmu penuh berkat. Keadaan bagaimanakah yang membuatkan seorang wanita itu rosak kerana cinta. Elakkan keadaan ini. 3 cara mengelak menjadi mangsa nafsu rakus seorang lelaki yang fasik. 7 kuasa yang akan membuatkan lelaki lemah dengan kita, dan tiada mahu menzalimi kita para wanita. 7 perkara ini diterangkan secara terperinci, supaya anda tahu cara dan kepentingan melakukannya. Ketahui konsep Beta, Alpha, Theta dan Delta. Bagaimana arus yang wujud dalam minda, akan mempengaruhi keadaan kita dan si dia. Bab 7 : Imaginasi Cemerlang Untuk Memikat 3 langkah untuk mengalirkan ____ kepada si dia. Bagaimana kuasa tidur, imaginasi dan mimpi berkaitan dengan hubungan lelaki dan wanita. … dan banyak lagi. Bab 8 : Petua Menawan di Mata Orang Bagaimana memukau orang lain, sehingga si jejaka meminati kita. Bagaimana berfikir yang membuatkan syaitan suka campur. Nauzubillah min zalik. 10 perkara yang membuatkan wanita itu anggun dan membuat orang melihatnya terpegun. … dan banyak lagi. Bab 9 : Mari Test Serasi atau Tidak.
Bab 10 : Selingkar Kisah Cinta Gelap.
Bab 11 : Pikatlah, Jangan Sekadar ______.
Bab 12 : Bangkitkan Cantik Anda.
Bab 13 : Biasalah Perigi Mencari Timba.
Bab 14 : Jangan Sampai Terlampau.
Bab 15 : Contoh-Contoh Ayat Memikat.
Bab 16 : Memikat Sebelum Terlekat.
Bab 17 : Apakah Dia Jodoh Kita.
Penutup. Dapatkan Ilmu, Motivasi & Teknik Memikat Terkini Demi Mendapatkan Jejaka Idaman Hati Dengan hanya RM27, ebook ini akan menjadi milik anda dan insyaALLAH, ianya akan dapat membantu anda mencari jodoh yang anda idam-idamkan selama ini dan seterusnya menjadikan kehidupan anda lebih gembira dan bermakna. Klik butang dibawah segera untuk mendapatkan ebook ini!
Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book), ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.P/s:- Benar, jodoh itu ketentuan TUHAN, tapi kita sebagai manusia perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap apa yang kita lakukan, tidak terkecuali dalam soal mencari jodoh. Rezeki takkan datang bergolek, begitu juga jodoh. Ada orang jodohnya cepat tiba, manakala ada orang yang perlu berusaha keras mencarinya. Jika sebelum ini anda mengambil mudah soal jodoh, ebook ini bakal mengubah persepsi dan membuka hati serta minda anda tentang soal mencari pasangan. P/p/s :- Betahkah anda melihat rakan-rakan seusia anda dan ahli keluarga yang lain sudah mendirikan rumah tangga dan hidup bahagia bersama suami dan anak-anak mereka yang comel? Anda pula, pergi dan balik kerja setiap hari, menjalani rutin harian yang "biasa", sedangkan rakan anda yang lain telah melalui fasa baru dalam kehidupan mereka iaitu berkahwin, berkongsi hidup dan memiliki cahaya mata sendiri? Anda mampu mengubahnya! Yang benar,
|