Cincin perkahwinan merupakan elemen yang penting dalam sesuatu perkahwinan. Ianya merupakan tanda seseorang wanita itu sudah dimiliki. Sebelum anda memilih cincin kahwin untuk pasangan anda, haruslah anda mengetahui dahulu saiz jari pasangan anda. Hal ini kerana untuk mengelakkancincin kahwinyang dibeli tidak muat untuk disarungkan pada jari manis pasangan anda. Setiap wanita mempunyai saiz jari yang berbeza-beza dan jari manis di tangan kiri dan kanan juga berbeza. Kemungkinan jari di belah kanan lagi besar dari jari kiri. So, jika pasangan anda tiada bersama anda ketika memilih cincin kahwin, anda perlu mengetahui saiz jari yang betul untuk pasangan anda. Jadi, entry kali ini saya ingin berkongsikan cara untuk mengukur saiz jari untuk cincin kahwin.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk mengukur :
kertas
gunting
pen
Cara-caranya :
1) Gunting kertas yang panjangnya sejengkal dan lebar 2cm. Seterusnya tenangkan jari jemari anda dan lilitkan kertas tersebut di jari manis bakal pengantin perempuan. Anda diingatkan agar tidak mengukur jari pada waktu pagi kerana pada waktu itu jari tengah mengembang dan jangan juga mengukur jari ketika tangan masih basah.
2) Kemudian, tandakan pertemuan di antara kedua-dua hujung kertas. Pastikan anda selesa dengan kertas tersebut.
3) Selepas itu, ukur lilitan kertas tadi dengan pembaris. Ukuran haruslah menggunakan mm.
4) Akhir sekali anda boleh melihat panduan saiz cincin di bawah untuk mengetahui saiz cincin.
Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com