Bagi kaum adam, kebiasaanya mesti nak tengok rupa dulu. Tak boleh disangkal. Tapi bagi perempuan, adakah sama? Apa yang dilihat oleh kaum perempuan masa kini, rupa atau wallet? atau kacak?
Di sini kami senaraikan tiga perkara utama yang menarik minat wanita terlebih dahulu.
3. Rupa paras Percaya atau tidak, paras rupa bukanlah berada di carta pertama. Jangan tanya rupa macam mana yang mereka anggap kacak dan menarik kerana setiap orang ada citarasa masing-masing. Lebih baik kalau pembaca perempuan di sini yang berikan contoh rupa lelaki yang mereka anggap kacak. Lagi senang.
2. Pekerjaan Kalau kriteria kedua dah lepas tapi pekerjaan tak seberapa, memang tak jadi menarik pada mata mereka. Rasionalnya, zaman sekarang ni semua dah mahal. Tengok jelah harga rumah yang semakin meningkat, susah nak apply loan kereta dan macam-macam lagi kos yang tinggi sekarang. Jadi nak tak nak perempuan kena melihat kepada kerjaya lelaki dahulu sebelum melihat pada rupanya.Biasanya lelaki yang mempunyai kerjaya sebagai seorang profesional dan berkelayakan tinggi menjadi pilihan, bukan sahaja pilihan gadis, malah pilihan ibu bapanya untuk dibuat menantu.
1. Umur Katakan kalau tengok rupa dahulu dan nampak matang tapi umur baru di awal 20-an, macam mana? Kebanyakan perempuan memang tak sanggup bersama lelaki yang lebih muda, lebih-lebih lagi kalau jarak umur tu sangat besar (kalau setahun masih boleh diterima).Terlalu tua pun tak boleh tapi ada sesetengah tak kisah sangat kalau dapat lelaki tua. yang ni sebab duit dan lelaki tu boleh bagi kebahgian.
Perempuan tak pandang pada rupa paras sebagai kriteria utama untuk memilih pasangan mereka. Jadi janganlah pelik kalau nampak lelaki tak kacak bersama perempuan cantik. Pada mereka, rupa yang kacak itu hanyalah bonus dan bukan keperluan.
|