View: 3979|Reply: 22
|
Ramai x tahu Malaysia ada muzium coklat
[Copy link]
|
|
Ramai Tak Tahu Malaysia Mempunyai Sebuah Muzium Coklat Yang Cukup Cantik, Jual 300 Jenis Coklat Dengan Harga Cukup Murah
Kongsikan di
Sebelum ini pasti kita pernah mendengar akan kehebatan Chocolate Museum di Brixton, London, Chocolate Museum Vienna Austria, Muzium Hershey dan Chocolate Museum Cologne, Jerman di mana sudah pasti ramai penggemar coklat ingin ke sana.
Namun, rupanya di Malaysia sendiri rupanya terhadapat sebuah muzium coklat yang cukup moden dan menarik untuk dikunjungi oleh penggemar-penggemar coklat yang sudah pasti membuat anda rambang mata.
Bayangkan ketika melangkah masuk ke muzium ini sudah terhidu aroma coklat yang segar pastinya ada yang terliur dan terbayang akan kelazatannya yang membuatkan ia merupakan salah satu lokasi yang wajib kunjung bagi anda yang mengemari coklat.
Ini kerana Muzium Coklat yang terletak di Kota Damasara yang merupakan Muzium coklat pertama di Malaysia dan Asia, dengan memaparkan pelbagai info-info menarik mengenai coklat, iaitu cara pembuatan coklat di seluruh dunia, rahsia kehebatan dan khasiat coklat.
Apa yang menarik tentang muzium yang dibuka secara rasmi pada tahun 2014 ini, pengunjung yang tidak pernah memegang biji kopi atau koko, anda dapat berbuat demikian di sini, bahkan anda akan dapat melihat sendiri bagaimana rupa raja koko Afrika selain dapat melihat replika mesin adunan coklat pertama di dunia yang telah dicipta pada 1879 oleh peneroka coklat antarabangsa, Swiss Chocolatier, Rodolphe Lindt.
Tahukah anda bahawa coklat sebenarnya telah wujud sejak zaman Tamadun Olmec lagi yang merupakan kaum purba Mesoamerika yang tinggal di dalam hutan di selatan Telok Mexico sekitar tahun 600 sebelum masihi.
Muzium yang menggunakan konsep ‘3E’ di mana pengunjung dapat pengetahuan interaktif (education interactive), pengalaman membuat coklat (experience chocolate making) dan keseronokan membeli-belah (enjoyable shoppings) menjadikan muzium ini satu tarikan yang unik bagi pengunjung yang hadir.
Itu hanya sedikit info yang boleh di dapati dari beribu-ribu info lain tentang coklat yang kita boleh dapati di Muzium coklat Kota Damansara ini di mana untuk masuk ke dalamnya adalah percuma, dibuka dari 10 pagi sehingga 5 petang pada setiap hari.
Apa yang perlu dibanggakan ialah cetusan ilham anak tempatan iaitu Pengarah Urusan Dr Group Holding Sdn Bhd, Dato’ Dahlan Mohd Rashid mampu membukanya setanding muzium coklat antarabangsa yang lain.
Sempena musim perayaan Tahun Baru Cina ini, muzium coklat Kota Damansara telah menawarkan hampir 130 coklat berjenama serta produk minyak wangi import pada harga yang rendah iaitu diskaun sehingga 50% bagi coklat dan minyak wangi berjenama tempatan dan import pada 20, 21 dan 22 Januari 2017 ini.
Jualan murah ini akan berlangsung selama 3 hari bermula 9 pagi hingga 5 petang di mana sudah tentu ada boleh dapatkan coklat dan minyak wangi premium idaman yang diimport boleh didapati dengan harga yang lebih murah daripada biasa.
Kalau bukan pada Musim perayaan pun, mereka tetap menjual coklat dengan harga murah daripada harga pasaran di luar, muzium ini menjanjikan kualiti coklat yang asli dengan harga 30 sehingga 40 peratus lebih murah dari harga biasa.
Latar belakang Muzium
Chocolate Museum Kota Damansara adalah sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh DR Group Holding Sdn Bhd yang merupakan syarikat pengeluar dan pengedar coklat terbesar di Malaysia. Muzium coklat ini dibuka secara rasmi oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, pada 16 Januari 2014.
Muzium coklat berkonsepkan 3E iaitu Education, Experience dan Enjoyable Shooping, sehingga kini telah menarik setengah juta pelawat sejak pembukaannya. Syarikat ini juga cuba mengetengahkan produk keluaran tempatan yang berkualiti serta mampu menyaingi produk keluaran negara luar.
Syarikat ini juga banyak mendapatkan secara terus coklat daripada negara pengeluar.
Lebih 30 jenama coklat antarabangsa berjaya dibawa masuk ke sini. Antaranya ialah Ferrero, Hershey’s, Lindt, Mars, Daim, Cadbury dan Nestle. Manakala jenama coklat keluaran tempatan yang dipasarkan di sini ialah seperti Fidani, Farells, Millton dan Danson.
Muzium ini sudah cukup sinomim kepada pelawat-pelawat berkumpulan sebenarnya. Saban hari ada sahaja pelawat berkumpulan daripada sekolah, kumpulan komuniti, pelajar pusat pengajian tinggi dan juga pihak kedutaan negara luar datang membuat kunjungan. Sudah tentu lawatan berkumpulan akan diringi oleh Chef Coklat sendiri. Untuk lawatan berkumpulan, pelawat bolehlah menempah di laman web Chocolate Museum: http://www.chocolatemuseum.my/enquiry.htm
Alamat Chocolate Museum:
No.2, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1,
47810 Kota Damansara,
Selangor
No Tel: 03-74904260 Faks: 03-61408825
Laman Web: Chocolate Museum WEB
Laman Facebook: Chocolate Museum FB
Laman Instagram: Chocolate Museum Insta
http://www.siakapkeli.my/2017/01 ... -mempunyai.html?m=1
Jom gi lawat |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
xtau pun nk gi la nti  |
|
|
|
|
|
|
|
tau pun tgk rcgn amenda ntah.program dr singapore xsilap iols  |
|
|
|
|
|
|
|
kecik jer muzium nye...nak bli daim tak yah gi langkawi kat sini pun ada.
muzium ni dekat ngan Up Town Kota Dame..
|
|
|
|
|
|
|
|
wow.. sebagagai peminat muzium.. xpena taw pon.. tq tt.. |
|
|
|
|
|
|
|
ye dekat dengan rumah aku je, tp aku pun x koser nak pi  |
|
|
|
|
|
|
|
Ada je diwar2kan masa mula2 beroperasi tapi tak da follow up senyap je sebab tu ramai yang masih tak tahu |
|
|
|
|
|
|
|
dari segi harga camne plak?
|
|
|
|
|
|
|
|
sabar_sabariah replied at 17-1-2017 06:45 PM
dari segi harga camne plak?
Dah pergi tahun lepas...harga mahai jugak la..maybe sbb coklat import... |
|
|
|
|
|
|
|
Harga lebih kurang Langkawi. Ni nak CNY ni ada sales kot boleh dapat murah lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
tgh buat sales pun sempena chinese new year sampai 22/1... |
|
|
|
|
|
|
|
pegi dulu masa mula2 dia bukak...
kata muzium tpi alahai... lebih kepada pameran jer...
dia buat duit kat jualan chocolate tu.. mahal jugak coklatnya..
skrg x taula kot2 dorg dah upgrade tempat tu.. dulu katanya nak extend buat cafe... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mehmet at 18-1-2017 05:13 PM
Pasal chocolate ini, ada ter lalu belakang Wisma Technip Jalan tun Razak. Ada rumah dibuat chocolate factory ke apa. Berjujuk tourists bus beratur.
Anyone ever been there? Baru tahu kewujudan nya.
|
|
|
|
|
|
|
|
mehmet replied at 18-1-2017 05:12 PM
Pasal chocolate ini, ada ter lalu belakang Wisma Technip Jalan tun Razak. Ada rumah dibuat chocolate ...
dah lama sgt dah wujud tempattu..since aku keje rhb tunrazak 7-8tahun lepas.. tp lalu aje la tak penah masuk..lunch kat haven area situ jugak. tak silap ternampak signboard coklat jenama beryls kot. sebab beryls dulu byk buat sales kat lobi rhb. murah? yes. mmg murah. sekarang wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama tau tapi tak pernah pegi. |
|
|
|
|
|
|
|
murah sket dari langkawi...akak pegi pun 3 tahun lepas dik..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|