View: 3542|Reply: 20
|
Menjelang Kiamat, Al Quran akan diangkat !! Naskhah Al Quran di Perak ini sudah
[Copy link]
|
|

Mohamad Khori menunjukkan perbandingan dua muka surat ayat al-Quran hilang di satu naskhah dengan naskhah al-Quran lain di Masjid Hijau Kampung Kedah, pagi tadi.
PARIT BUNTAR - Seorang naib kadi Pejabat Agama Islam Parit Buntar tidak menyangka dua muka surat ayat suci al-Quran milik Masjid Hijau, Kampung Kedah di sini, lenyap sewaktu hendak membacanya pagi tadi.4
Mohamad Khori Junus berkata, lebih kurang jam 11.05 pagi, dia menunaikan solat sunat di masjid berkenaan dan berhajat membacakan Surah Al-Waqi’ah sementara menunggu kehadiran pasangan pengantin untuk dijalankan upacara akad nikah.
Menurutnya, dia segera mengambil salah satu naskhah al-Quran yang diletakkan di bahagian mimbar masjid dan terkejut mendapati sebahagian besar ayat Surah Ar-Rahman dan permulaan ayat Surah Al-Waqi’ah yang ingin dibaca ‘hilang’ ketika membukanya.
“Saya sangat terkejut dan memaklumkan perkara itu kepada imam masjid yang kebetulan turut berada di situ bagi menjadi saksi nikah.
“Beliau (imam masjid) memaklumkan tidak pernah mengetahui terdapat sebarang naskhah al-Quran tidak sempurna disimpan pihak masjid dan meminta saya memaklumkan kejadian itu kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perak (Jaipk),” katanya kepada media di sini hari ini.
Mohamad Khori berkata, hasil pemeriksaannya mendapati sebahagian ayat dari Surah Ar-Rahman yang hilang bermula ayat 41 hingga ayat 78, manakala ayat dari Surah Al-Waqi’ah pula bermula ayat pertama sehingga ayat 16.
Menurutnya, pada mulanya dia menganggap mungkin berlaku kesilapan pencetakan pada naskhah al-Quran Resam Uthmani yang merupakan cetakan keempat pada sembilan tahun lalu.
“Namun, apabila memikirkan proses pencetakan al-Quran perlu melalui prosedur amat ketat oleh panel pemeriksaan dilantik Jabatan Kemajuan islam Malaysia (Jakim), saya memutuskan penemuan ayat al-Quran hilang mungkin merupakan satu peringatan kepada umat Islam,” katanya.
Lebih mengejutkan, Mohamad Khori mendedahkan intipati sebahagian ayat al-Quran hilang terutama ayat permulaan Surah Al-Waqi’ah menceritakan tentang kejadian-kejadian besar pada hari kiamat.
"Dewasa kini, amalan membaca al-Quran dalam kalangan umat Islam di negara ini dilihat semakin berkurangan terutama dalam kalangan golongan muda.
“Saya berharap penemuan ini tidak disalah tafsir, sebaliknya dijadikan iktibar dan pedoman buat diri saya dan seluruh umat Islam untuk kembali taat kepada perintah Allah SWT dan Rasulnya,” katanya.
Mohamad Khori turut mendedahkan pengalaman ini pertama kali dialaminya dan berharap perkongsian pengalaman itu dapat mengingatkan umat Islam supaya kembali mengimarahkan bacaan al-Quran setiap masa.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
YA ALLAH, sesungguhnya aku bertaubat.  |
|
|
|
|
|
|
|
berita bila? xde tarikhjua..
|
|
|
|
|
|
|
|
sinar harian. tengok la gambar tu
|
|
|
|
|
|
|
|
bertaubat la semua. mana ada salah silap tu cepat2 mintak maaf  |
|
|
|
|
|
|
|
ada yang anggap dongeng ada yang anggap palsu. cuma yang pasti mati, kiamat pasti berlaku. terpulang persepsi masing2. kubur masing2 cuma mohon kubur yang ke syurga je sebelah akak. kubur ke neraka mohon pindah ye. |
|
|
|
|
|
|
|
Entah entah printing problem. Di katanya di angkat pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Kualiti dakwat pencetak rasanya, gambar yg masih ada ayat/cetakan tu pun dah pudar/kelabu gak nampaknya tu. road tax aku tak sampai setahun dah hilang huruf & angkanya, tak pelik pun... |
|
|
|
|
|
|
|
sulan01 replied at 18-1-2017 06:09 PM
Kualiti dakwat pencetak rasanya, gambar yg masih ada ayat/cetakan tu pun dah pudar/kelabu gak nampak ...
Mungkin roadtax dah nak arwah sebab tu roadtax pudar. Kuasa tuhan. |
|
|
|
|
|
|
|
Nk ikutkn byk kjdian mcm ni da blaku..husnuzon saja la.. |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 18-1-2017 05:46 PM
ada yang anggap dongeng ada yang anggap palsu. cuma yang pasti mati, kiamat pasti berlaku. terpulang ...
Kubur akak? |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin dakwat kot dh pudar.... surah2 lain x pudar ke? |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya, may-july tahun lepas, matahari akan masuk tepat ke pintu rumah akak, jadi panas membahang kalau petang jam 3-4 pm, akak baru perasan start november tahun lepas smpai ke hari ni, takde dah cahaya matahari ke pintu rumah akak , divert kira 3m ke kiri
kalau driving pagi2, biasanya otw ke tadika hntr anak, matahari akan memancar tepat ke muka akak, skrg dah tak, divert juga ke tepi badan kereta kalau jalan lurus, faham tak?
memang ke uols? ke akak bodo2 tak faham hukum2 putaran ni?
baca cerita mcm ni, akak menginsafkan juga bila tengok keadaan sekeliling  |
|
|
|
|
|
|
|
time yg sama ke? matahari time akan berubah2...skrg ni kan matahari keluar lmbt...
sblm ni pkl 7 pagi dh cerah...skrg 7 pagi masih gelap...
|
|
|
|
|
|
|
|
rosasa replied at 19-1-2017 08:35 AM
nak tanya, may-july tahun lepas, matahari akan masuk tepat ke pintu rumah akak, jadi panas membahang ...
Meols penah tgk kat discovery channel
Psl fenomena sebegini ianya disebabkan oleh bumi yg selalu kene gempa bumi
Jd paksi bumi udah berganjak dr asal slps gempa
So x heran la kalo sblm ni matahari menyinari muka kaka rosasa secara tepat namun udah tidak lagi kini
X ingat lak apa tah nama program kt discovery channel tu
Meols tgk kat astrok |
|
|
|
|
|
|
| |
|