CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1914|Reply: 2

Solekan Yang Sesuai Dengan Warna Kulit Buat Pengantin

[Copy link]
Post time 25-1-2017 09:48 AM | Show all posts |Read mode
Edited by eltyna at 25-1-2017 09:51 AM



Hari perkahwinan anda akan berlangsung tidak lama lagi dan anda pastinya ingin nampak menawan pada hari bersejarah anda. Dengan adanya solekan pada wajah anda, ianya akan membuatkan wajah anda kelihatan lebih berseri. Tetapi jika salah warna solekan pada wajah anda, ianya mungkin akan tercetus gelak tawa dari orang lain. Untuk artikel kali ini, bagi bakal pengantin yang ingin membuat solekan sendiri pada muka, saya akan kongsikan solekan yang sesuai dengan warna kulit anda. Semoga ianya memberi manfaat kepada bakal pengantin yang akan melangsungkan majlis perkahwinan.

1. Kulit Cerah
Bagi anda yang mempunyai kulit yang cerah, anda mempunyai banyak kelebihan kerana anda boleh menggunakan sama ada warna cerah mahupun gelap. Untuk foundation, pilih warna yang lebih kurang sama dengan warna kulit dan jangan pilih warna yang lebih terang kerana kulit anda akan kelihatan pucat. Begitu juga dengan bedak, pilih yang hampir sama dengan warna kulit dan basahkan span supaya bedak rata di muka dan anda tidak kelihatan begitu putih. Bagi blusher, anda boleh oleskan pipi anda dengan warna pink atau peach untuk nampak lebih fresh. Anda boleh mengenakan gincu yang berwarna terang pada bibir anda seperti pink dan merah. Untuk eyeshadow, pilih warna seperti gold, kuning cair, biru muda dan letakkan shimmer agar bahagian mata anda kelihatan lebih menawan.

2. Sawo Matang
Jika anda mempunyai kulit yang sawo matang, pilih foundation yang lebih gelap sedikit dari kulit. Untuk eyeshadow pula, pilih warna-warna yang neutral seperti coklat dan almond. Pakailah pemerah pipi yang bewarna peach,rose dan orange pada siang hari dan memilih warna bronze pada waktu malam. Jika anda inginkan kelainan makeup pada wajah anda, anda perlu memastikan ianya bersesuaian dengan pakaian kahwin anda.

3. Kulit Gelap
Untuk anda yang mempunyai kulit yang gelap, anda boleh memakai gincu yang berwarna tanah seperti coklat muda. Hal ini kerana, pemilihan gincu yang bewarna merah akan menyebabkan anda kelihatan garang. Untuk bahagian mata pula, warna tanah juga sesuai untuk dipakai.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2017 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2017 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Thank you TT  .rajin you
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.375308 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list