Ramai di antara kita, terutama golongan lelaki biasanya memilih untuk melakukan seks bagi menghilangkan tekanan dan kemurungan.
Namun sekarang apa yang mengejutkan adalah dengan hanya bermain permainan video, ia mampu dan terbukti lebih berkesan untuk menghilangkan ketegangan berbanding seks dan pengambilan ubat-ubatan.
Foto: archive.siasat.com
Kajian ini dibuat oleh sekumpulan penyelidik dari University College London, UK, hasil dari bancian yang dilakukan terhadap 115 respondan lelaki dan 250 wanita.
29% lelaki mengakui permainan video memang berkesan manakala selebihnya meluahkan masalah kepada rakan atau memilih untuk makan.
Ada juga yang menonton pornografi bagi mendapatkan perasaan yang tenang dan nyaman namun mereka punya sebab tersendiri memilih untuk untuk bermain video game berbanding berhubungan dengan wanita.
Foto: www.lanacordaro.com
Salah satu sebabnya adalah mereka perlu memastikan yang wanita tersebut benar-benar terangsang untuk melakukan seks dan sekiranya gagal, maka lelaki tersebut akan menjadi lebih tertekan.
Berbeza dengan bermain permainan video, mereka tidak perlu memikirkan tentang orang lain, sebaliknya boleh berkhayal dan hanyut sendiri dalam keseronokan.
Jadi, anda dalam golongan yang mana satu? -CARI |