CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7426|Reply: 3

Perkara-perkara Sunat Selepas Akad Nikah

[Copy link]
Post time 2-2-2017 09:10 AM | Show all posts |Read mode
Edited by eltyna at 2-2-2017 09:20 AM


Entry pada hari ini saya ingin kongsikan beberapa perkara sunat yang boleh dilakukan sejurus selepas akad nikah. Diharapkan anda-anda semua dapat bersama-sama melakukan perkara-perkara ini selepas proses pernikahan sebagai tanda kesyukuran dipermudahkan ijab kabul dan semuanya dapat berjalan dengan lancar.

1. Solat Sunat Selepas Akad NikahNiat :
Lafaz niat  :   “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”
Maksud      : Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
  • Rakaat Pertama :  Membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun
  • Rakaat Kedua     :  Membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas
  • Memberi salam dan berdoa.

2. Melakukan Sujud SyukurSyarat sujud syukur :
Syarat sujud syukur :
  • Suci daripada hadas
  • Menutup aurat
  • Mengadap ke arah kiblat

Cara sujud syukur :
  • Lafaz niat  :  “ Sahaja aku sujud syukur kerana Allah Ta’ala”
  • Takbiratul ihram
  • Sujud sebanyak 1 kali
  • Memberi salam



3. Suami Meletakkan Tapak Tangan di Atas Ubun-ubun Isteri Lalu membaca Doa
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.” (Riwayat Abu Daud).

4. Isteri Bersalaman Dengan Suami
Perkara sunat yang terakhir ialah isteri bersalaman dengan suami sambil mencium tangan suami lalu mengucap dua kalimah syahadah. Anda juga perlu elakkan dari mencium ubun-ubun isteri sesudah bersalam kerana seperti upacara agama lain.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2017 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Good info tq
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2017 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
thanks for info
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2017 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Good info.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.103913 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list