CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2657|Reply: 15

Ladies, Jom Atasi Bau Kaki Dengan Cara Mudah Guna Bawang Putih!

[Copy link]
Post time 21-2-2017 04:42 PM | Show all posts |Read mode
Antara masalah dihadapi menyebabkan kaum wanita sering berasa rendah diri adalah bau badan kurang menyenangkan terutamanya setiap kali mahu menanggalkan kasut.




Foto: keywordsuggest.org




Kadang-kadang bila lama sangat memakai kasut ia boleh menyebabkan tapak kaki berpeluh dan bercampur dengan bakteria. Maka, terhasillah satu bau yang masam dan 'menusuk lubang hidung'.


Selain membersihkan kasut dengan kerap, ada satu cara lagi anda boleh lakukan dan ianya sangat mudah! Apa yang anda perlukan ialah bawang putih.


Caranya sangat mudah. Anda hanya perlu rendamkan kaki anda ke dalam besen kecil berisi air yang dicampur bawang putih kisar selama lebih kurang 30 minit.


Kemudian, lap kaki anda sehingga kering dan sapu Vaseline Petroleum Jelly. Vaseline membantu menghilangkan bakteria dan kulat penyebab bau pada kaki dengan berkesan.


Manakala, bawang putih pula sangat berkesan dalam menghapuskan bau pada kaki kerana mengandungi sebatian organosulfur (ajoene) yang akan membunuh kulat dan menghilangkan bau kaki dengan cepat.




Foto: Commonwealth Foot and Ankle




Kini anda tidak perlu risau lagi dengan bau kaki yang kurang menyenangkan. Bukan sahaja murah dan mudah didapati, malah cara ini sangat efektif. Jom cuba! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2017 05:05 PM | Show all posts
kaki dah tak bau tapi kasut masih tak hilang bau pun akan buat kaki berbau semula..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 06:26 PM | Show all posts
my god ingtkan bawang putih lg berbau
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 06:27 PM | Show all posts
Aku ingat nak bagi kat budak area locker salin baju kat tempat keje ni.. rasa2 dia menyirap tak ekk.. tak bleh tahan wo.. dia dah balik bau tinggal kat locker.. perghh memang menusuk qolbu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by evlinne at 21-2-2017 10:59 PM

Kalau dah tahu kaki tu bau kepam and bagi kucing bau pun boleh meninggal, elakkan la pakai kasut bertutup. Kalau nak atau terpaksa pakai juga kasut tutup, pakai dgn stokin dan kena tukar stokin tu kerap kali. Bawa spare dlm beg!! Jgn lupa cuci kaki tu bersih2 dulu then sarung stoking baru, spray kaki dgn Scholl Foot Spray Odour Control. Sapu2 bedak sikit.

Tips drpd kawan iols yg ada hyperhydrosis.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 09:00 AM | Show all posts
evlinne replied at 21-2-2017 10:58 PM
Kalau dah tahu kaki tu bau kepam and bagi kucing bau pun boleh meninggal, elakkan la pakai kasut ber ...

setuju

iols pun hyperhidrosis tapi bkn kategori terlebey lah
cuma kaki mmg cpt bau
iols memang hari2 tukar stokin dan pastikan stokin tu daripada cotton
pastu kalau ada masa senggang mmg tukar pakai sandal
sebab kalau manjang pakai kasut bertutup konpem kepam
sapu bedak, sembur scholl pun cara yg terbaik jugak
cuma bedak kaki dia tuh mahal lak pada iols
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2017 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Rendam air dgn perahan limau nipis/kasturi pun boleh. Air bgi suam
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bawang putih tu pun boleh kilatkan kuku. Org org tua kat kg ada bgtau dulu dulu mak mentua kalau salam menantu dia pgg lama tgn menantunya tgok kuku kilat ke tak, kalau kilat maknanya rajin ke dapur masak utk suami, kalau mcm tak maya maknanya selalu mkn luar la tu. Malas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2017 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
ctsueraya replied at 22-2-2017 09:00 AM
setuju

iols pun hyperhidrosis tapi bkn kategori terlebey lah


Yup, pakai sandal pun elok sbb ada pengaliran udara. Iols prefer sandal Scholl ke Clarks ke, sebab tapak dia tebal. Selesa jalan lama,jauh. Kalau Vincci ke Padini tu takleh tahan sbb nipis, low spec btul. Bbnu sukalah pakai sandal nipis2 camni pakai lama2 kang affect tulang blkg, postur badan tak betul
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 09:47 AM | Show all posts
Edited by ctsueraya at 24-2-2017 09:48 AM
evlinne replied at 23-2-2017 12:28 AM
Yup, pakai sandal pun elok sbb ada pengaliran udara. Iols prefer sandal Scholl ke Clarks ke, seb ...

haha iols ni mmg spesies kaki gajah noks hatta asal malaysia
kalau pakai sandal vincci dan sama waktu dengannya haruslah jahanam awal sandal sedemikian rupa
BBNU takpe sbb kaki kecik2x
iols telah mengharamkan diri sendirik noks jejak vincci sebab size 8 mmg sokmo takde kalau pattern yg iols kenan( mmg dia khusus utk kaki 4,5,6, je ke)
so iols terima jah hakikat iols kene pakai sandal seperti crocodile, clarks,polo dan comfy sandal yang sama waktu dengannya uols

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 09:48 AM | Show all posts
evlinne replied at 21-2-2017 10:58 PM
Kalau dah tahu kaki tu bau kepam and bagi kucing bau pun boleh meninggal, elakkan la pakai kasut ber ...

info sangat berguna, thanks uolls! iols pun sejenis hyperhydrosis jugak. every month akan tukar sandal baru. rasa insecure sangat sebab kaki berbau ni. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
ctsueraya replied at 24-2-2017 09:47 AM
haha iols ni mmg spesies kaki gajah noks hatta asal malaysia
kalau pakai sandal vincci dan sama w ...

   kasut vincci mmg saiz kecik2 yg iols perasan. Takpelah tak luak pun tak pakai kasut nipis gitu. Yg penting sandal tapak tebal yg selesa buat pakai berdiri lama2.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
mey12 replied at 24-2-2017 09:48 AM
info sangat berguna, thanks uolls! iols pun sejenis hyperhydrosis jugak. every month akan tukar sa ...

No problem uols. Pakai sport shoes pun ok je janji rajin tukar stokin, pakai bedak wangi2 kat kaki. Uols tiap2 bulan tukar sandal? Rajin betul
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
evlinne replied at 24-2-2017 11:51 PM
No problem uols. Pakai sport shoes pun ok je janji rajin tukar stokin, pakai bedak wangi2 kat kaki ...

Tulah uols. Ada time tu sampai lap peluh kat kaki, lagi gelabah kalau kena hujan habis basah sandal semua. Insecure punya pasal gigih tukar sandal every month huhu  
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2017 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Berguna info ni!!! Cuma lamanya 30 minit.. iolls malas sket.. hihi
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 03:59 PM | Show all posts
BOLEH LA CUBA NANTI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.092382 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list