View: 2326|Reply: 13
|
Gadis Melayu Selamatkan Anjing Dilanggar Kereta, Buat Netizen Terharu
[Copy link]
|
|
Tindakan beberapa wanita Melayu beragama Islam membantu seekor anjing yang dipercayai telah dilanggar sebuah kereta menarik perhatian ramai netizen.
Sesi pertolongan itu telah dirakam dalam bentuk video dan dimuat naik menerusi akaun Facebook bernama Ziezie Zeyta.
Ia jelas menunjukkan wanita terbabit cuba membantu seekot ajing yang tidak mampu berjalan dengan baik akibat dilanggar di jalan raya.
Di Malaysia, umum mengetahui masyarakat Islam begitu sensitif dengan perkara tertentu yang diharamkan dalam agama Islam termasuklah menyentuh haiwan seperti anjing dan khinzir.
Pun begitu, usaha murni beberapa orang wanita ini bukan sahaja mengagumkan malah menyentuh hati ramai masyarakat. Mereka memuji sikap dan keprihatinannya terhadap haiwan yang terbiar dan berada dalam keadaan yang kesakitan.
Ia sekaligus menunjukkan agama tidak sesekali melarang umatnya untuk membantu mana-mana makhluk yang sedang dalam kesusahan, malah menjelaskan kepada mereka yang sering salah faham terhadap Islam itu sendiri.
"Inilah contoh muslim yang baik. Very simple, just help bukan cakap kosong."
Dalam masa yang sama, bukan semua pihak nampaknya menyenangi apa yang berlaku. Mereka mengecam perbuatan wanita tersebut yang dikatakan tidak ikhlas membantu.
"Kalau betul ikhlas, tak payah ambil gambar dan post di FB, timbul macam-macam fitnah, kerana nak menunjuk-nunjuk kerja jadi sia-sia," begitulah antara yang bersikap negatif.
Walau apapun, masih ramai yang berasa terinspirasi dengan perbuatan baik yang dipamerkan oleh gadis terbabit. Malah, mereka juga turut menyumbang sedikit wang untuk membantu rawatan anjing berkenaan. Syabas buat semua! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
abang kena langgar todak tiada siapa nak bawa pergi hospital... |
|
|
|
|
|
|
|
Yang sengaja langgar tu lebeh hanjing. Igt ko sorang jer nk hidup selesa ats bumi Allah ni.Nk hidup tanpa makhluk lain sila masuk lubang |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah masih ade insan perihatin yang sebelum ni terlalu byk insan yang kejam. |
|
|
|
|
|
|
|
"Kalau betul ikhlas, tak payah ambil gambar dan post di FB, timbul macam-macam fitnah, kerana nak menunjuk-nunjuk kerja jadi sia-sia," begitulah antara yang bersikap negatif.
Kalau tak post, kena hencap dengan netizen pulak kata saje create story untuk dapatkan duit sumbangan. Entah apa2 theyols ni. |
|
|
|
|
|
|
|
The world needs more people like Ziezie Zeyta. |
|
|
|
|
|
|
|
Bertabahlah. 
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga diberkati dan dirahmati usaha gadis ini. Comelnya anjing tu baring. |
|
|
|
|
|
|
|
baiknya sis ni. semoga diberkati. amin |
|
|
|
|
|
|
|
Berani adik ni...semoga murah rezeki.. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh baca kat belog2 ada yg tulis pasal "anjing musafir" .. jgn tolong bila accident aje |
|
|
|
|
|
|
|
kadang ad nmpk anjing sakit, tapi mek was2 nak bantu, ilmu ciput.. pikir memacam.. tapi mek hnya mmpu bg mkn jelah.. mek nak pegang mek takut... |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Takde muslimah muslimin islamik yang mengutuk tindakan beliau..eh? Bagus.
Aku paling pantang orang kutuk org2 kita pegang anjing. Pada aku simple je.. pegang anjing boleh samak. Pegang boyfriend/girlfriend hari2 tak boleh samak. Unfortunately some of org kita nampak islam pegang anjing mcm severe sgt perbuatan tu.. padahal boleh samak |
|
|
|
|
|
|
| |
|