Edited by myakayina at 15-5-2017 12:46 PM
Bubur Nasi Bersantan
Bahan-bahan untuk membuat Bubur Santan:1 cawan beras
santan 1 kotak kecik
serai
garam
gula
Sambal
2 ulas bawang putih
2 hiris halia
cili kering
sos cili
kicap
bawang besar
garam
gula
Sampingan (Telur Hancur)
telur
garam
Cara-cara untuk membuat Bubur SantanBubur Santan
– Campurkan santan dengan sedikit air
– Hiris serai dan campurkan ke dalam santan
– Masukkan beras yang telah dicuci
– Masukkan garam dan gula secukup rasa
– Biarkan mendidih
Sambal
– Bawang putih dan halia di cincang halus
– Kisar/tumbuk hancur cili kering (nak senang pakai je yang dah siap beli kat supermarket)
– Tumis bawang putih dan halia tadi hingga naik bau
– Campurkan cili kering dan tumis hingga naik minyak
– Campurkan sos cili dan sedikit kicap
– Masukkan garam dan gula secukup rasa
– Campurkan air sedikit
– Masukkan bawang besar
– Boleh juga dimasukkan ikan bilis ( mengikut citarasa masing-masing)
Telur Hancur
– Pukul telur hingga kembang
– Masukkan sedikit garam
– Panaskan minyak
– Masukkan telur dan goreng hingga menjadi telur hancur.
Bubur santan enak dimakan bersama sambal dan telur hancur atau makan dengan ikan bilis goreng bawang kicap pun sedap.
|