View: 1893|Reply: 3
|
10 hari pertama bulan Dzulhijjah
[Copy link]
|
|
Maksimakan amalan soleh pada 1-10 Zulhijjah
Apa yang dilakukan pada 10 malam terakhir Ramadhan, ulang kembali pada 1-10 Zulhijjah
Amalan Soleh ini penting kepada kita sebagai bekal di alam barzakh/kubur dan di alam akhirat
Ramadhan dan Zulhijjah tahun depan belum kita boleh sampai lagi, kerana Ajal boleh menjemput pada bila2 masa tanpa kira usia. Oleh itu jangan lepaskan peluang keemasan ini wahai sahabat....
|
|
|
|
|
|
|
|
Seorang wanita dermawan yang sudah berumur telah memberi seekor kambing kepada Luqmanul Hakim. Dia meminta Luqman menyembelih kambing itu dan berpesan,
“Berilah bahagian yang terburuk darinya untuk saya makan.”
Setelah Luqman menyembelih kambing itu, dia pun menghantar hati dan lidahnya kepada wanita tersebut.
Beberapa hari kemudian wanita itu memberikan lagi seekor kambing untuk disembelih. Kali ini dia berpesan untuk memberinya bahagian yang terbaik dari kambing itu. Setelah disembelih, Luqman menghantar hati dan lidah juga kepada wanita itu.
Wanita itu kehairanan dan bertanya kepada Luqman,
“Mengapakah tuan menghantar lidah dan hati kepada saya ketika meminta bahagian yang terburuk. Dan mengapa kedua-duanya juga dihantar kepada saya ketika memesan menghantar bahagian yang terbaik?”
Luqman menjawab,
“Hati dan lidah sangat baik ketika baiknya, dan apabila keduanya buruk maka sangatlah buruknya!”
Mendengar jawapan yang bijaksana itu, wanita itu lalu memahami maksud Luqman. Sebabnya hati dan lidah adalah pokok segala kebaikan, begitu juga sebaliknya, dari hati dan lidah juga lahir segala kejahatan dan keburukan.
*Oleh itu hati dan lidah adalah punca segala kejahatan dan kebaikan.*
*Jagalah hati kita dan jagalah lidah kita.* |
|
|
|
|
|
|
| |
|