CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1806|Reply: 9

Menjawab Si Reilly yg tersilap fakta ( hehe)

[Copy link]
Post time 6-9-2017 12:18 AM | Show all posts |Read mode
Prinsip Keadilan Muktazilah Mewajibkan Islamic Renaissance Front (IRF) Berlaku Adil Kepada Imam Al-Ash’ari, Asha’irah Dan Imam Al-Ghazali By admin - August 31, 2017






Tulisan ini merujuk kepada hebahan Majlis Pelancaran Buku “Tertutupnya Pemikiran Kaum Muslimin” yang merupakan terjemahan karya Robert R Reilly bertajuk “The Closing of the Muslim Mind” anjuran bersama IRF dengan G25 pada 23 September 2017 akan datang di Concorde Hotel, Kuala Lumpur. Sebagai sebuah institusi yang juga berhasrat untuk mengembangkan budaya ilmu dan pemikiran kritis berdasarkan tradisi keilmuan, kerohanian dan ketamadunan Islam, ISSI mengalu-alukan inisiatif penterjemahan dan penerbitan buku ini yang sudah tentu dihasratkan oleh IRF untuk mempertingkatkan lagi tahap kefahaman dan penghayatan budaya berfikiran kritis umat Islam di Malaysia.

Bagaimanapun ISSI mendapati pemilihan buku ini jelas sekali menggambarkan ketidakpekaan IRF dalam inisiatif membudayakan pemikiran kritis dikalangan umat dengan mengambil buku yang mengandungi banyak kesilapan fakta ilmiah, kekeliruan terhadap pensejarahan pemikiran dan lebih utama kegagalan untuk berlaku adil kepada dua orang tokoh utama dalam tradisi akidah atau usuluddin atau Kalam Asha’irah iaitu Imam Al-Ash’ari dan Imam Al-Ghazali justeru bercanggah dengan prinsip keadilan Muktazilah yang ingin diperjuangkan oleh IRF itu sendiri.



Dalam konteks ini, ISSI akan meringkaskan tiga (3) kesilapan pokok buku ini iaitu yang Pertama: Memuntahkan semula Naratif Orientalis tentang kemunduran Islam dan umatnya yang sudah lapuk (debunked) dalam konteks kesarjanaan Islam kontemporari; Kedua: Menghubungkaitkan fenomena Jihadisme atau Terorisme dengan akidah Imam Ash’ari dan Asha’irah meskipun seluruh dunia memaklumi fenomena ini adalah hasil pemikiran Salafi Jihadi/Takfiri atau Neo-Khawarij; dan Ketiga: Menuduh kemunduran berfikir dan penghasilan ilmu umat Islam berpunca dari peranan Imam Al-Ghazali menghapuskan pemikiran falsafah dan saintifik dari kehidupan mereka. Walaupun ISSI berpendapat tiga kesalahan buku ini sangat melampau yang menjurus kepada sikap prajudis malah Islamofobia penulis asal buku ini, pembohongan fakta terhadap akidah Imam Al-Ash’ari dan Asha’irah dan juga pertuduhan melulu terhadap peranan Imam Al-Ghazali, ISSI tidaklah sampai mencadangkan supaya buku ini diharamkan dari bacaan rakyat negara ini.

Biarlah para pembaca yang bijaksana menilai secara kritis ketepatan/kemerengan dan kebenaran/kepalsuan kandungan buku ini sepertimana yang dihasratkan oleh IRF dengan agenda Neo-Muktazilah mereka.



Sebelum dihuraikan tiga kesilapan mendasar buku ini, sangat wajar untuk diperkenalkan penulis asal buku ini supaya kita dapat menelusuri bentuk pemikiran atau naratif yang ingin disampaikan oleh sang penulis. Robert R Reilly, penulis asal buku ini berasal dari Amerika Syarikat dan pernah bertugas sebagai pegawai tentera juga penasihat dalam pelbagai agensi dan badan keselamatan, pertahanan dan ketenteraan Amerika Syarikat. Malah Reilly berperanan sebagai Penasihat Kanan, Pejabat Setiausaha Pertahanan ketika penaklukan atau serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq antara tahun 2002-2006 yang dinamakan oleh Pentagon sebagai Operasi Pembebasan Iraq. Pemilihan karya seorang “neo-cons” dan “hawkish” Era “Parti Republican Presiden Bush” yang menyaksikan pembantaian umat Islam di Afghanistan, Iraq, Syria dan Libya misalnya sangat mendukacitakan bagi organsasi seperti IRF yang memperjuangkan kebebasan berfikir umat Islam tetapi gagal mengambil-kira keterlibatan penulis sebagai sebahagian dari agen dan instrumen dalam strategi geo-politik menghancurkan umat. Sangat menghairankan mengapa tidak buku hasil karya sarjana Barat atau Bukan Barat yang terlibat langsung lagi dihormati dalam dunia pengajian dan penyelidikan ilmiah Islam dan Perbandingan Pemikiran dan Peradaban dipilih berbanding dengan buku sang propagandis “warmongering” seperti Robert R Reilly ini.





Read more at: https://www.menara.my/prinsip-ke ... an-imam-al-ghazali/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-9-2017 12:19 AM | Show all posts
PERTAMA:
Amat malang di abad ke 21 ini, bilamana pendekatan kesarjanaan Orientalis abad ke 19 dan 20 mengenai Islam yang bersifat Eurosentrik atau “Western-Centric’ juga Islamofobik malah kadangkala rasis terus digunakan dalam buku ini. Berpandukan kepada kayu-ukur modeniti dan rasionaliti Zaman Pencerahan Barat, Reilly memuntahkan semula idea-idea lama Orientalis seperti Ignaz Goldziher, Duncan MacDonald, Alfred Guillaume, George Hourani dan Majid Fakhry bahawa umat Islam mundur kerana menolak akal, pemikiran dan falsafah. Menjadi kelaziman bagi Orientalis dalam Naratif mereka mempertentangkan dengan ketat Islam, agama dan wahyu dengan Modeniti, falsafah dan akal sedangkan misalnya dalam tradisi Kalam iaitu tradisi akidah/usuluddin dan pemikiran Islam khususnya tradisi Kalam Asha’irah yang diasaskan oleh Imam Al-Ash’ari tidak berlaku dikotomi seketat ini.


Read more at: https://www.menara.my/prinsip-ke ... an-imam-al-ghazali/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2017 12:19 AM | Show all posts
KEDUA:
Tanpa memahami penjelasan faham dan akidah Imam Al-Ash’ari dan Asha’irah yang berkaitan dengan Kuasa dan Kehendak Allah Tuhan Maha Pencipta dan Tiada Daya Hakiki Manusia, Reilly sekali lagi seperti para Orientalis sebelum ini mendakwa akidah Asha’irah sebagai punca fatalisme atau ketidakmampuan berusaha atas diri sendiri atau sekadar berserah kepada takdir semata-mata dikalangan umat Islam. Tetapi sangat pelik lagi ajaib pula bila umat Islam yang dikatakan Reilly yang sekadar berserah kepada nasib dan takdir atas pegangan akidah Asha’irah ini menjadi begitu agresif dan radikal malah menjayakan jihadisme dan terorisme untuk mengubah nasib dan kedudukan mereka. Amat malang bagi seorang Penasihat Kanan Ketenteraan Amerika Syarikat seperti Reilly tidak berupaya untuk membezakan antara akidah Asha’irah dengan akidah Salafi Jihadi atau Neo-Khawarij pegangan Al-Qaedah atau ISIS yang malah menyesat, mensyirik dan mengkafirkan Imam Al-Ash’ari dan Asha’irah!

Read more at: https://www.menara.my/prinsip-ke ... epada-imam-al-ashar
i-ashairah-dan-imam-al-ghazali/

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2017 12:21 AM | Show all posts
KETIGA:

Reilly secara melulu menuduh Al-Ghazali yang mengemukakan kesilapan-kesilapan falsafah dan pemikiran rasional Yunani serta menolak faham sebab-musabab (causality) dan berpegang kepada faham atomisme (occasionalism) menjadi penyebab kepada hilangnya pemikiran falsafah dan saintifik umat Islam. Mereka yang meneliti pengkajian mengenai Imam Al-Ghazali tentu sekali mendapati tuduhan ini sangat dangkal memandang pemikiran-pemikiran Imam Al-Ghazali ini juga diterima jika tidak diambil secara langsung oleh tokoh-tokoh besar Barat seperti Descartes, Hume, Malebranche malah terdapat dapatan Fizik Kuantum terkini yang bersamaan dengan idea-idea Imam Al-Ghazali juga Asha’irah seperti kewujudan alam yang ada permulaannya, atomisme itu sendiri, tiadanya sebab-musabab yang pasti dalam sains, fenomena ketidaktentuan dan kerelatifan ruang dan masa.

Read more at: https://www.menara.my/prinsip-keadilan-muktazilah-mewajibkan-islamic-renaissance-front-irf-berlaku-adil-kepada-imam-al-ashari-ashairah-dan-imam-al-ghazali/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2017 12:23 AM | Show all posts
Disamping tiga kesalahan pokok ini, tentunya bagi menepati agenda IRF untuk memartabatkan pemikiran dan faham Neo-Muktazilah, Reilly seperti burung kakaktua para Orientalis mengkuduskan Muktazilah sebagai satu-satunya kelompok Muslim yang menjuarai penggunaan akal tidak ahli falsafah apatah lagi ahli kalam.

Reilly juga mengkambinghitamkan Asha’irah sebagai kelompok yang memperolehi kuasa dan menghapuskan peranan Muktazilah dalam pembinaan akal dan ilmu umat. Asha’irah digambarkan sebagai kelompok tidak toleran sedangkan disepanjang sejarah Islam hanya ketika Muktazilah memegang tampuk kuasalah Mihnah atau Inquisition seperti Zaman Kristian digunakan bagi menghukum dan membunuh golongan yang tidak sealiran dengan mereka.


Asha’irah meskipun begitu lama berkuasa tidak pernah melakukan hal seperti itu. Malah Reilly sempat menyebut fenomena Mihnah yang dialami oleh golongan yang tidak bersetuju dengan Muktazilah cumanya Reilly dan mungkin juga IRF sendiri tidak sedar betapa tidak tolerannya Muktazilah ini terhadap pandangan kelompok lain bila mereka berkuasa!

Read more at: https://www.menara.my/prinsip-keadilan-muktazilah-mewajibkan-islamic-renaissance-front-irf-berlaku-adil-kepada-imam-al-ashari-ashairah-dan-imam-al-ghazali/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2017 12:24 AM | Show all posts
Sekiranya Robert R. Reilly dengan latarbelakang beliau menulis buku “The Closing of the Muslim Mind” kita boleh memahaminya sebagai penerusan propaganda Orientalis dan Permusuhan terhadap orang Islam tetapi bila IRF menterjemahkan buku tersebut kepada “Tertutupnya Pemikiran Kaum Muslimin” kita berasa musykil untuk tujuan apa.

Penulis yang tiada kredibiliti dalam kesarjanaan Islam dan Perbandingan, Naratif Orientalis yang telah sekian lama dimusnahkan oleh “Orientalism” Edward Said, Kejahilan terhadap Tradisi Kalam Imam Al-Ash’ari, Asha’irah dan Imam Al-Ghazali yang kaya dengan pelbagai karya-karya memiliki falsafah, daya akliah dan pemikiran saintifik yang masih hidup sehingga ke hari ini; maka ISSI mencadangkan supaya IRF dan para Neo-Muktazilah mengkaji dengan lebih meluas dan mendalam tradisi ini memandang Muktazilah itu sendiri juga asalnya dari Tradisi Kalam bukan Tradisi Falsafah.

Read more at: https://www.menara.my/prinsip-keadilan-muktazilah-mewajibkan-islamic-renaissance-front-irf-berlaku-adil-kepada-imam-al-ashari-ashairah-dan-imam-al-ghazali/
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-9-2017 12:26 AM | Show all posts
Seperkara yang tidak diketahui oleh IRF ialah pemikiran Muktazilah tentang kebebasan manusia yang mereka perjuangkan ketika ini sangat rapat dengan pemikiran Ibnu Taymiyyah yang hari ini dianuti oleh kelompok Salafi Jihadi/Takfiri aka ISIS iaitu kita manusia menentukan dan berkuasa atas tindak-tanduk kita; yang mana ia sangat bertentangan dengan faham berserah kepada takdir dan Allah yang menentukan setiap sesuatu yang dikatakan Reilly dipegang oleh Imam Al-Ash’ari, Asha’irah dan Imam Al-Ghazali! IRF juga mungkin tidak memahami implikasi pada akidah Muktazilah yang menafikan Sifat-Sifat dan Nama-Nama Allah yang kononnya bertujuan mensucikan dan memurnikan Allah dari syirik iaitu kepelbagaian Sifat-Sifat dan Nama-Nama itu mendatangkan permasalahan akidah yang lebih besar dan bukannya sekadar soal dan keinginan untuk mencipta kebebasan berfikir kritis dikalangan umat Islam yang dilaung-laungkan oleh mereka ketika ini.

Dr Amran Muhammad Ketua Eksekutif Islamic and Strategic Studies Institute (ISSI) NARATIF NUSANTARA ialah sebahagian dari PROGRAM KALAM STRATEGIK ISSI bertujuan membina masyarakat dunia yang menikmati keamanan, rahmah dan barakah melalui tradisi keilmuan, kerohanian dan ketamadunan Islam.

Read more at: https://www.menara.my/prinsip-keadilan-muktazilah-mewajibkan-islamic-renaissance-front-irf-berlaku-adil-kepada-imam-al-ashari-ashairah-dan-imam-al-ghazali/
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2017 03:07 PM | Show all posts
dovob replied at 6-9-2017 01:26 PM
ALLAH pun dia tak kenal, inikan pula nak kritik ye. kesian

yang hang pun apa kurangnya
bahkan lagi teruk meroyannya cakap kat sini
budak tadika pun gelak terkekek-kekek dgn cite temberang lapuk hang ni

tu laaaa
jangan dok hina org lain sangat
--hang dah ke gi sembang dgn org tu baik2 dan berhemah???
dan hang pula mendapat penghinaan yg lagi teruk...terima leeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2017 03:19 PM | Show all posts
dovob replied at 7-9-2017 03:08 PM
tak boring guna id byk-byk tu raul? heheee

camna hang kata kenal ALLAH ni???
nak bezakan aku dgn si raul/rantai kendoq pun tak tahu
patutlah hang dok syok bertuhankan hawa nafsu jeee
sebijik cam cite p ramlee hang buat - hantam sajalah labu

aku rasa lebih baik hang belajar
camna nak bezakan antara dua bijik tu dgn yg tergantung satu tu
lepas hang dah tau bezakan antara keduanya
maka adalah hang pandai sikittttt
barulah dapat title sebagai manusia
tidak dok dgn title haiwan je
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2017 03:34 PM | Show all posts
alamak hancusss
tak leh kita bergadoh kat sini dah
pasal kita bercakau out of topik
di lain benag pulak ye nizam

dan berbalik pada topik
memang aku tak mau nak berbicara
sedangkan yg AFDHALNYA - menghidupkan AL QURAN pada diri masing2
dan TUHANMU TIDAK MEMBEBANKAN MELAINKAN SEMAMPU DIRI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.280841 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list