CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4858|Reply: 45

tiada wasiat untuk waris

[Copy link]
Post time 23-10-2017 03:25 PM | Show all posts |Read mode
Edited by regularbig at 23-10-2017 03:26 PM


assalamulaikum
nak minta pendapat pakar2 hukum islam dalam hal wasiat.

1. arwah telah membuat wasiat 1/3 dari harta sesuai dengan hukum islam
2. dalam wasiat tersebut, arwah menulis hendak lah 30% dari wasiat 1/3 tersebut di beri kepada salah seorang waris
3. masalahnya sekarang, ada waris (bukan penerima 30% yang disebut dalam wasiat) tidak bersetuju kerana katanya hukum tidak membenarkan wasiat kepada waris sesuai dengan hadis Rasulullah saw. Allah swt telah memberi haq ahli waris masing2 haq mereka, maka tiada wasiat untuk ahli waris. period.
4. ada waris yang mengatakan diperbolehkan jika semua ahli2 waris bersetuju, sesuai dgn hadis Rasulullah saw, tiada wasiat untuk ahli waris melainkan semua waris bersetuju.

jadi saya ingin bertanya meminta pendapat tuan puan uztad uztazah, kalau pendapat peguam faraid, lagi bagus,
apakah jika wasiat tersebut dijalankan, maka ayat dari surah annisa ayat 13-14 terpakai untuk arwah?

apakah dgn menjalankan wasiat tersebut, (dengan wasiat 30% tersebut, maka secara otomatik, bahagian faraid salah satu dari ahli waris akan melebihi dari apa yang telah ditetapkan Allah swt dalam surah an nisa ayat 11) akan melanggar batas2 hukum Allah sesuai ayat 13.???



Ayat 13-14: Menerangkan bahwa yang menetapkan perintah dan larangan adalah Allah Subhaanahu wa Ta'aala saja, dan ancaman menyelisihi perintah-Nya
تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (١٣) وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُهِينٌ (١٤
13. Itulah batas-batas (hukum) Allah. Barang siapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya[1], niscaya Dia akan memasukkannya ke dalam surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan Itulah kemenangan yang besar.
14. Dan barang siapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya[2] dan melanggar batas-batas hukum-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka, dia kekal di dalamnya dan dia akan mendapat azab yang menghinakan.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2017 05:51 PM | Show all posts
Mana boleh kata macam tu kat arwah.

In fact, arwah tak kata pun wajib faraid. Boleh je korang bagi sama rata. Berlaku faraid hanya bila wujud perbalahan.

Kira faraid last option, atas apa2 harta yg tersisa selepas buat bayaran pengebumian , hutang2 & laksanakan wasiat jika ada. Turned out salah satu wasiat ialah 30% pergi dekat pewaris. Kalau tak nak dia dapat lebih, jgn buat cara faraid. Boleh nego dgn dia, dah dapat 30% cukuplah, yg balance bagi kami yg tak dispecify. Then, korang bahagi lah sama rata.

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 01:16 PM | Show all posts
baulu replied at 23-10-2017 05:51 PM
Mana boleh kata macam tu kat arwah.

In fact, arwah tak kata pun wajib faraid. Boleh je korang bag ...

Bagaimana faraid jatuh last option sedangkan faraid itu dah ditetapkan dalam Al-Quran?

Bukan kah faraid didahulukan dan jika ada yang nak buat pembahagian mengikut budi bicara dibuat kemudian?

Contohnya, sebuah tanah di bahagikan kepada 3 adik beradik (A,B,C) lelaki secara faraid.  Selepas pembahagian faraid dibuat, A dan B dengan relahati menyerahkan bahagian yang mereka terima secara faraid itu kepada C.  Akhirnya, C mewarisi tanah tersebut.  


Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 01:23 PM | Show all posts
Masaalah ini kena buat di bahagian harta pusaka di Pejabat Tanah dan Daerah atau Majlis Amanah Raya.  Penyelesaian nya akan di buat semasa perbicaraan pembahagian harta.  Samada wasiat itu valid atau tidak nanti akan ditentukan dalam pericaraan.  
Setiap proses harta warisan dan pertukaran milik kepada waris mesti melalui proses perbicaraan dan dapat 'surat kuasa' selepas selesai kes.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
ibnur replied at 24-10-2017 01:16 PM
Bagaimana faraid jatuh last option sedangkan faraid itu dah ditetapkan dalam Al-Quran?

Bukan ka ...

Itu mmg rules dia. Antara hutang, wasiat, faraid (atau kaedah pembahagian yg dipersetujui antara waris), yg wajib dilaksanakan dulu ialah hutang/wasiat.

Selepas dua ni selesai, baru tengok balance. Balance ni lah untuk waris. Cara nak bagi, terpulang kpd persetujuan waris. Klu tiada persetujuan atau waris diam, pemegang amanah akn execute secara faraid.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
sambung chapter ke dua lah pula ye mengenai wasiat.

wasiat berbeza dgn faraid yg sebenar-benarnya. seseorg itu bila berwasiat perlu menyatakan perkataan "wasiat" dan didengari oleh "saksi yg mendengar akan wasiat itu" yakni saksi itu terdiri dari 2 orang lelaki atau 1 orang lelaki dan 2 perempuan atau 4 orang perempuan yang mana mereka itu BUKANLAH dari kalangan yg MENERIMA WASIAT. adapun wasiat yg TIDAK MEMENUHI SYARAT yg dimaksudkan, maka sebaik-baiknya diberikan hibah kpd waris samaada hibah itu hanya sebahagian dari 1/3 harta yg telah ditinggalkan oleh si mati yg ditetapkan oleh Amir yg beragama Islam.

mana-mana harta yg TIDAK DIWASIAT, maka 1/3 harta itu menjadi hak ALLAH secara MUTLAK. dan mana-mana harta yg  JELAS dimaksudkan hibah, perlu diadili di mahkamah utk mengesahkan kebenaran agar hak-hak ALLAH terpelihara.

mana-mana wasiat yg diwasiatkan dgn menjelaskan 1/3 bahagian hartanya itu hakikatnya dinyatakan oleh mereka yg beriman kpd ALLAH dan Rasul. akan tetapi, yg diwasiatkan itu TIDAK MUNGKIN akan menerima jumlah 1/3 harta itu memandangkan hadis dari baginda Rasullullah saw dgn jelas menerangkan kurang sedikit dari 1/3. maksudnya begini. mereka yg menguruskan wasiat pun perlu diuruskan di atas muka bumi ini. makanya,   sebahagian kecil dari 1/3 bahagian itu masuk ke tabung zakat agar amil-amil yg diamanahkan oleh ALLAH itu mampu melaksanakan hukum ALLAH berkenaan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2017 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
mana-mana harta yg TIDAK DIWASIAT, maka 1/3 harta itu menjadi hak ALLAH secara MUTLAK. dan mana-mana harta ygJELAS dimaksudkan hibah, perlu diadili di mahkamah utk mengesahkan kebenaran agar hak-hak ALLAH terpelihara.

utk hal yg dimaksudkan ini, beberapa perkara perlu dilihat yg sebenar-benarnya. iaitu pengesahan saksi-saksi yg hampir sama dgn cara perlaksanaan wasiat akan tetapi tidak terikat pada maksud pemilikan.

sebagai contoh, si mati ada menyuruh kenderaannya itu ditukar nama kpd orang lain. makanya, saksi-saksi dan bukti geran kenderaan diperlukan utk mengesahkan sesuatu yg bersifat hibah. ini kerana, hibah  itu diserahkan SEBELUM si mati meninggal dunia akan tetapi, takdir ALLAH mengatasi perancangan si mati.

syarat saksi-saksi itu tidak seperti wasiat kerana ianya bersifat hibah. ini kerana paling kurang 1 orang lelaki atau 1 orang perempuan diperlukan utk mengesahkan perkara hibah itu berlaku berserta bukti yg jelas samaada saksi itu yg menerima hibah itu terus dari si mati ketika si mati hidup atau sebaliknya. ini kerana, hak-hak ALLAH ke atas mana-mana hibah itu diserahkan ketika hidup dan ianya tidak diselesaikan atas faktor-faktor memelihara hubungan kekerabatan ketika si mati masih hidup dan ianya bukanlah dinyatakan "wasiat" malah segala bukti diperlukan utk mengesahkan hibah berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
harus diingatkan!

hibah itu DISERAH oleh si mati kpd penerima ketika masih hidup dan TIADA LAFAZ WASIAT malah si mati awal-awal sudah menyerahkan segala bukti akan tetapi terhalang atas dasar memelihara kekerabatan.

maka pengadilan itu penting utk didengari dan akuan sumpah saksi perlu diambil kira berserta bukti-bukti yg diserahkan oleh si mati ketika masih hidup.

SEKIRANYA, si mati tidak pernah MENYERAHKAN hartanya itu dalam bentuk hibah, mengambil sebarang bukti utk menipu ketika diadili adalah antara dosa-dosa BESAR. ini kerana, hak itu menjadi hak ALLAH utk diuruskan dgn cara-Nya.

contohnya. sekiranya si mati tidak meninggalkan pesan hibah atau wasiat, makanya mereka yg terlibat perlu membayar harga barang yg terlibat menurut hukum yg sedia ada (faraid). dan 1/3 bahagian harta yg dibayarkan itu menjadi hak ALLAH utk diuruskan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2017 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
mana-mana orang Islam yg tidak menurut hukum ALLAH ketika hidupnya, malah cuba menipu akan hak-hak  ALLAH ke atas segala ciptaan-Nya itu, makanya, mereka pasti diazab oleh-Nya

makanya, berhati-hati dgn urusan hak-hak ALLAH ini.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
soalan berbangkit.

ayah saya tinggalkan motorsikal. dia meninggal dunia dan tidak meninggalkan sebarang pesanan. adakah saya perlu membayar motorsikal berkenaan?

jawapan : cara paling mudah utk uruskan adalah mendapatkan persetujuan ke semua penerima faraid, dan bayar 1/3 harga motorsikal itu kpd pemegang amanah. atau minta pihak yg diamanahkan itu uruskan dan membayar harga kenderaan berkenaan (dan pastilah anda menerima semula sebahagian wang itu menurut hukum faraid).
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
okey, saya jawab semua soalan TT.

bila kita sebut wasiat, semua harta mengikut wasiat kerana orang yg bertaqwa itu hakikatnya diperintahkan-Nya utk berwasiat akan harta-hartanya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
180. Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma'ruf, (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertakwa. [QS. 2]

ini kriteria wasiat. surah Al-Baqarah
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
bila ALLAH tetapkan taqwa atas ayat itu, maka yg dimaksudkan-Nya itu merujuk kpd layer hierarki ibu bapa, saudara mara yg tidak dinyatakan secara jelas mengenai wasiat utk anak-anak kandung.

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
apakah definasi karib kerabat?

seorang bapa yg meninggal dunia boleh mewasiatkan hartanya kpd mereka yg ada hubungan kerabat (dalam erti kata lain hubungan melintang dan menegak ke atas) dan bukan pula hubungan antara si bapa dan juga si anak.

di dalam surah Al-baqarah juga, ALLAH swt perintahkan utk menjaga hubungan kekerabatan melalui "sedekah" yg mana maksud kekerabatan juga TIDAK BERKAITAN DGN HUBUNGAN KEKERABATAN antara baps dan anak.

makanya, jika bertaqwa, hendaklah mewasiatkan harta agar mampu menghubungkan silaturahim antara anak dan kaum kerabat yg lain sepertimana yg dikehendaki oleh ALLAH pada makna TAQWA.

nak berwasiat? adakah ALLAH spesifikkan hak anak utk diwasiatkan 1/3 oleh orang tuanya?

jika tak ada, maka bertaqwalah kpd ALLAH!

mengaku beriman? jgn guna hukum akal. guna hukum ALLAH pada makna taqwa.

siapakah itu kerabat bagi seorang ayah/ibu?
1)  jalur melintang
2) jalur menegak ke atas
3) jalur seagama (jiran, anak angkat)

berwasiatlah ikut ALLAH! tak perlu ikut sesiapa pun. yg akan memberikan pahala bukan saya, awak, Amil, amir, peguam dan makhluk ciptaan ALLAH, sebaliknya yg akan menentukan besar kecilnya pahala adalah dari sisi ALLAH.

nak beramal? cari pahala yg dijanjikan ALLAH. pahala itu bermaksud kebaikkan. dan sebaik2 bekal itu Taqwa agar selamat di dunia dan akhirat kelak.

zaman ini, ramai yg tak bertaqwa. yg ada hanyalah berfatwa.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 26-10-2017 12:28 PM

bagaimana cara mengira saiz pahala?

jika awak wasiatkan harta awak kpd orang yg kaya, adakah sama pahala yg akan awak wasiatkan harta awak kpd orang yg miskin? dan bila mana awak wasiatkan harta awak utk diwakafkan (kegunaan umum), sedangkan ketika itu kaum kerabat awak lebih memerlukan, manakah amalan yg terbaik selain bertaqwa kpd ALLAH?

nak beramal? fahamkan taqwa dan taqwa itu jalan keselamatan di dunia dan akhirat. dan kesolehan tanpa taqwa itu ibarat mata hati yg celik tanpa cahaya dari ALLAH.

jawapannya adalah : tidak sama.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
bila kita bersedekah, ALLAH lipat gandakan pahala (secara umum) dan hakikatnya ianya bergantung kpd siapa yg menerima sedekah.

jika awak sedekah kpd orang kaya, sama pahala ke dgn awak bersedekah kpd orang miskin?

samalah juga dgn harta yg akan diwasiatkan.

ketahuilah! hak harta 1/3 itu BUKAN BOLEH DIWASIATKAN KPD ANAK-ANAKNYA

apa guna jadi anak, kalau tak pernah wasiatkan hartanya kpd kedua ibu bapanya. apa gunanya jadi anak, tidak mahu mengajar anak-anaknya utk menghubungkan kekerabatan sesama Islam.

dan paling utama, tak ada faedahnya mengaku diri itu Islam tanpa diberi faham petunjuk Taqwa oleh-Nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2017 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah Akan Sentiasa Membalas Kebaikan Kepada Orang Yang Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 215:

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).”
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah Melipat Gandakan Ganjaran Kepada Orang Yang Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 261:

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”

Allah Janjikan Pahala Kepada Orang Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 262:

“Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (ugama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.”
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah Melipat Gandakan Ganjaran Kepada Orang Yang Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 261:

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”

jika ramai yg faham keterangan ini, senang sikit nak masuk syurga.

ramai yg gagal faham hal ini dan cara utk tambahkan pahala.

yg mereka ingat hanyalah "INI AIMAN YG PUNYA!"
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
kita duduk di zaman  ramai orang tak faham nak hitung pahala.

kerana itu ramai pasti masuk ke neraka (tak cukup pahala atau muflis diakhirat kelak)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.063388 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list