View: 3316|Reply: 2
|
KAEDAH-KAEDAH NAHU & SHOROF BAHASA ARAB
[Copy link]
|
|
Edited by KitabTurath at 10-12-2017 10:05 AM
Kunci memahami suatu bahasa adalah dengan caramemahami pola atau struktur kalimatnya. Bagi pemula,sangat penting untuk memahami struktur kalimat Bahasa Arab. Apalagi struktur Bahasa Arab agak berbeda dengan bahasa Melayu.
Ayat dalam bahasa Arab (Jumlah) terbahagi kepada dua iaitu;
1. Ayat Ismiyah (Jumlah Ismiyah)
- iaitu ayat pada asasnya dimulai dengan kalimah isim, secara minimalnya
- ISIM + ISIM
- ISIM + FE'IL
2. Ayat fe'liyah (Jumlah Fe'liyah)
- iaitu ayat yang pada asasnya dimulai dengan kalimah fe'il, secara minimalnya
- FE'IL + ISIM::
CONTOH AYAT ISMIYAH
1. هَذَا كِتَابٌ - ini sebuah buku. (ayat sempurna)
Kalimah haazaa adalah isim dan kalimah kitaabun adalah isim.
2. هُوَ طَبِيْبٌ - dia seorang doktor.
Kedua2 kalimah ini adalah isim.
3. زَيْدٌ مُدَرِّسٌ - Zaid seorang doktor
Kedua2 kalimah ini adalah isim.
::CONTOH AYAT FE'LIYAH
1. ذَهَبَتْ فَاطِمَةُ - Fatimah telah pergi. (ayat sempurna)
Kalimah zahabat adalah fe'il. Jadi setiap ayat yang didahului oleh fe'il adalah ayat fe'liyah.
MUBTADA DAN KHABAR.
Dalam ayat ismiyah (jumlah ismiyah), kalimah yang pertama, iaitu kalimah mula2 disebut sebagai MUBTADA dan rangkap selebihnya disebut KHABAR. Mubtada dan khabar kedua2nya berada dalam posisi marfu. Contoh;
هَذَا كِتَابٌ - Kalimah haazaa adalah mubtada (isim) dan kalimah kitaabun adalah khabar. Mubtada mempunyai ciri2 umum berikut;
1. Isim Makrifat
2. Marfu'
- Khabar mempunyai ciri2 umum seperti berikut;
1. Isim nakirah bagi isim mufrad
2. Marfu
Mubtada dan khabar harus sama dari segi jantina dan bilangannya.
ISIM2 YANG BOLEH DIJADIKAN MUBTADA
1. Isim Alam (seperti nama orang, nama tempat, nama negeri)
2. Dhamir (seperti huwa, hiya, anta, ana dll)
3. Isim Isyarah (seperti haazaa, haazihi, zaalika dll)
4. Isim Maushul (seperti al-lazii, al-latii dll)
5. Isim AL-
Semua isim diatas adalah isim makrifat. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by KitabTurath at 10-12-2017 10:38 AM
JENIS-JENIS KHABAR
Bahagian kedua dari jumlah ismiyah ialah KHABAR. Khabar terbahagi 2 iaitu;
1. Khabar Mufrad
2. Khabar Ghairu Mufrad (Majmu')
KHABAR MUFRAD
- Khabar mufrad ialah khabar dimana kalimah isimnya adalah tunggal. Contoh;
1. Haazaa kitaabun. (هَذَا كِتَابٌ)
2. Ar-rajulu mudarrisun (اَلرَّجُلُ مُدَرِّسٌ)
Kalimah kitaabun dan mudarrisun adalah khabar mufrad.
KHABAR GHAIRU MUFRAD
Iaitu khabar yang lebih komplek. Khabar jenis ini mempunyai beberapa kalimah untuk membentu khabar. Ia terbahagi kepada 4 iaitu;
1. Khabar berbentuk syibul jumlah - jarr wa majrur
2. Khabar berbentuk syibul jumlah - dzorof zaman dan dzorof makan
3. Khabar yang berbentuk jumlah ismiyah
4. Khabar yang berbentuk jumlah fe'liyah
Contoh mubtada dan khabar ghairu mufrad (mubtada + khabar majmu')
وَاللّٰهُ يَهْدِىْ مَنْ يَّشَآءُ اِلٰى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيْمٍ
"Dan Allahsentiasa memberi petunjuk hidayatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus" [QS2::213]
Kalimah اللّٰهُ adalah mubtada kerana berbaris dhammah.
Rangkap يَهْدِىْ مَنْ يَّشَآءُ اِلٰى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيْمٍ adalah khabar majmu'
Dalam ayat di atas, lafal Allah adalah mubtada, sedangkan khabarnya adalah يَهْدِىْ beserta fail dan mafulnya. Artinya yang menjadi khabar bukan hanya 1 kalimah saja melainkan keseluruhan kalimah yang menjelaskan tentang keadaan mubtada.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by KitabTurath at 10-12-2017 11:01 AM
Khabar Ghairu Mufrad (Majemuk)
Ini adalah kelompok khabar yang majemuk karena khabarnya bukan hanya satu kalimah melainkan dua kalimah atau lebih yang merupakan frasa atau bahkan ayat yang sempurna. Sehingga ada mubtada yang khabarnya merupakan “mubtada khabar” atau bahkan khabarnya “fi’il dan fa’il”. Khabar ghairu mufrad ada empat:
1. Jar dan Majrur
Contohnya:
الْمِصْبَاحُ فِىْ زُجَاجَةٍ‌
"lampu itu dalam bekas kaca (qandil)," [QS24::35]
Kalimah الْمِصْبَاحُ adalah mubtada dan rangkap فِىْ زُجَاجَةٍ‌ adalah jar wa majrur syibul jumlah khabar
|
|
|
|
|
|
|
| |
|