Penjelasan Hadis:
Dalam hadis ini, Nabi SAW menyebutkan tiga sifat terpuji yang dicintai Allah SWT dan Rasul-Nya.
Jujur dalam berbicara ialah memberitahu sesuatu sesuai dengan kenyataan. Nabi SAW menjelaskan bahawa jujur dalam berbicara mempunyai banyak manfaat. Antaranya adalah: - Membawa keberkatan.
- Membuahkan kebaikan.
Jujur adalah sifat manusia utama Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash RA berkata: Kami bertanya: “Wahai Nabi Allah, siapakah manusia paling utama? Baginda menjawab: ‘Setiap orang yang bersih hatinya dan jujur ucapannya.’ Para sahabat bertanya: Kami sedia maklum akan maksud jujur dalam ucapan, tetapi apa maksud orang yang bersih hatinya?’ Baginda bersabda: ‘iaitu orang yang bertakwa, bersih, tidak ada keinginan berbuat dosa, tidak ada hasad dan dengki.” (HR Ibnu Majah). Kejujuran adalah akhlak para nabi Dalam kisah permulaan turunnya wahyu, Khadijah RA berkata kepada Rasulullah SAW: “Demi Allah, tidak akan terjadi apa-apa. Allah tidak akan membuatmu hina kerana engkau selalu menyambung sanak kerabat, berkata jujur, menolong fakir miskin, menghormati tetamu dan membantu orang-orang yang ditimpa musibah.” (HR Bukhari dan Muslim).
|