Ok, mungkin jugalah sebab Facebook dah beli Whatsapp, jadi mungkin diorang dapat detect perbualan kita, lalu keyword perbualan tu dia tarik iklan tersebut.
Tapi, ada yang lebih menakutkan.
Semalam aku dok sembang dengan adik aku pasal nak cat kereta pakai cat karbon. Adik aku kata, ada satu kedai kat Melaka cat karbon dengan harga yang murah.
Masa tu kami borak-borak kosong dalam kereta. Aku drive, adik aku duduk sebelah. Kami tak buka handphone langsung sepanjang perbualan. Ia kekal di celah peha aku. Perbualan tentang cat karbon tu habis di situ je, dan lepas tu, aku tak pernah search kat mana-mana website tentang cat karbon ni.
Malam tadi, sebelum tidur, aku layari Facebook. Tiba-tiba, terpampang iklan cat karbon iklan yang Sponsored, dan paling mengejutkan, kedai cat itu terletak kat Melaka!
Hoi, aku berborak je pasal benda ni, tapi bend tu boleh detect jugak ke?! Ok, memang creppy.
Tapi, tu tak takut lagi. Mungkinlah Facebook boleh detect dari 'microfon' handphone kita, dan segala perbualan kita disimpan lalu beberapa keyword dalam perbualan kita tu digunakan untok paparkan iklan.
Yang ini lebih seram.
Pagi tadi masa mandi, aku perasan sinki aku tersumbat. Aku pun pergilah godek-godek paip dan aku mengeluh, 'Aduh.. Susahnya nak check apa benda yang tersumbat ni.'
Dalam bilik air, aku tak bawak fon, dan aku hanya bermonolog dalam hati je.
Tup-tup, masa aku kat court pagi tadi, aku surf Facebook,
Terpampang iklan orang jual kamera kecik yang boleh masuk paip dan siniki. Berderau darah aku bila tengok iklan tu.
Sumpah,tak tipu ni.
Aku yakin benda tu kebetulan, tapi, kau sendiri pun boleh fikir kan benda ni kebetulan ke apa.
Dua tiga minggu ni memang dah bising kat 9gag dan komuniti Facebook yang diorang alami benda yang sama. Pagi tu diorang hanya berfikir nak sesuatu, petang keluar iklan yang diorang nak tu kat Facebook, Twitter, Insta dan sebagainya.
Persoalannya, adakah betul Facebook dan Google setiap saat perhatikan perbualan, percakapan dan tulisan kita?
Persoalan yang lebih menakutkan, adakah kini mereka sudah mampu baca fikiran kita?
Nak jawab pun takut, apatah lagi mendengar jawapannya.
Korang pernah jadi macam aku ni?