View: 1313|Reply: 0
|
Proses Damai Palestin-Israel: Mahmoud Abbas Puji Peningkatan Promosi Antarabangs
[Copy link]
|
|
RAMALLAH, 2 Mac (Bernama) -- Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, pada Khamis berkata promosi antarabangsa berkaitan proses damai negara itu dengan Israel semakin "meningkat", lapor agensi berita China Xinhua memetik agensi berita rasmi WAFA.
"Proses damai dengan Israel hendaklah berakhir dengan penubuhan sebuah negara Palestin yang bebas," katanya pada mesyuarat Majlis Revolusi Parti Fatah di sini.
Abbas turut menegaskan kepentingan penganjuran satu persidangan antarabangsa bagi menghidupkan semula proses damai itu berdasarkan pelbagai mekanisme.
"Rundingan yang baharu, serius dan sebenar hendaklah dilancarkan bagi melaksanakan prinsip penyelesaian dua negara, termasuk penubuhan sebuah negara Palestin di sempadan 1967."
"Baitulmaqdis Timur akan menjadi ibu kota negara Palestin yang bebas," katanya.
Pada sesi khas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bulan lepas, Abbas membentangkan satu inisiatif damai Palestin yang menangani masalah-masalah asas yang telah menyebabkan usaha damai menemui jalan buntu selama beberapa dekad.....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|