CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24126|Reply: 118

Pengalaman study di Cyberjaya berumah di Seri Kembangan

[Copy link]
Post time 26-3-2018 01:54 PM | Show all posts |Read mode
Since Aku boring harini so nak coretkan sedikit pengalaman masa zaman study dulu. Masa aku study di Cyberjaya, keadaan bukanlah mcm sekarang ni. Dulu kalau tak duk hostel, option paling dekat Cyberia. Tapi skang ni dah byk Kondo/Apartment. Kalau nak makan pun cuma ada Street Mall dgn Bus Station jer.

Nak dijadikan cerita, selepas setahun duk ostel Aku dgn kawan-kawan decide nak pindah rumah. Since semua orang berkereta (4 orang jer pun), semua decide nak duk Seri Kembangan. Kami tak mahu duk aprtment/kondo sebab...bayar mahal rumah kecil jer. Lepas cari so dpatlah sebuah rumah teres 2 tingkat, rumah baru kawasan baru. Row rumah kami ada 10 biji rumah yang berpenghuni cuma 5 biji jer. Row depan pun lebih kurang sama. Mostly non  Malay yg tinggal. But uncle2 and untie2 kat sni mmg friendlylah.

Walaupun kami ber4 bila pindah rumah member aku bawak sorang kawan dier utk join. Brader ni dah keje...tapi mmg humble, baik dan tak byk kerenah. Aku duk bilek atas sorang. Member A aku duk sebelah pun sorang. Dua org duk Master Bedroom, Brader ni duk bilik bawah sorang2.
Paling rapat dengan aku Member A, mmg manusia terbaik pernah aku jumpa. Di permudahkan cerita, setiap malam aku akan ke library sorang2.
Yang lain selalu duk rumah atau keluar dgn gf masing2.  Sepanjang aku dgn knal dgn kawan2 ni mmg setiap malam diorg akan keluar....sometime diorg ajak, sometime tak. Aku buat tak kisah pun sebab Course kami lain2.

Then, satu malam aku balik dari library terus masuk tidur. Dalam kul 3 pagi aku bangun dgr macam org tgh bersembang dalam Master Bedroom (masa aku balik diorg tka keluar lagi). Aku dgn selambarnya pun selak pintu pun masuklah Master Bedroom. Terkejut Aku......
Kawan2 aku tgh bertafakur sambil baca2 ayat2 tertentu (ayat alquran kot). Salah seorang dr mereka tersedar Aku masuk bilik tue, then yg lain pun stoplah. Rupanya diorg ni mmg menuntut ilmu2 tertentu..mlm2 diorg jumpa guru mereka. Panjang lebar lah diorg ni citer.....
Sejak dari haritue......byklah bende pelik jadi kat rumah kami.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2018 01:57 PM | Show all posts
Belah mana seri kembangan tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2018 02:46 PM | Show all posts
depa buat apa dalam bilik tu?
puja something ke? mentera?

anyway, seri kembangan celah mana tt?
banyak taman perumahan kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2018 02:58 PM | Show all posts
sambung lagi dik tt

teringat ms keje kt cyber dulu..iols sllu lepak ngn kolig pondan kt umah kt sri kembangan..sonok g umah dorang sbb pondan2 ni masak sedap n umah dorang bersih n wangi je..bergosip ngn dorang kalah makcik2 bawang zaman skg

haaa off topic plak

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2018 03:48 PM | Show all posts
iols duduk kejap kat seri kembangan, rumah 2 tingkat juga. jalan masuk perumahan i , lorong opposite giant seri kembangan tu.. i tak ingat tak jalan apa.

i sorang bekerja, yg lain girls mmu. mak aih, semua family dok kl, tapi nak sewa gak dgn kawan2. yg tak best, jenis merokok. Dok dalam rumah, tutup pintu tingkap, melepak kat ruang tamu dgn tilam2 mereka, sambil merokok..

anak2 orangkaya la diorang ni, hp, tab, laptop tak apple tak sah.

yg i boleh keluar, sorang ni seludup boypren. gila, siang2 hari kalau i cuti, rupanya laki ni ada je dlm bilik. hampeh. kalau kena tangkap basah. i sekali kena angkut.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2018 04:38 PM | Show all posts
ilmu sesat ke dik?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2018 05:01 PM | Show all posts

lg dik...sambunglah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2018 05:15 PM | Show all posts
pernah keje seri kembangan...
kilang kecik...kawasan sunyi...
nasib baik bff chinese sgtttt laaa baik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2018 05:53 PM | Show all posts
Sambungannya.....

Actually bukan ilmu sesat pun. Ilmu yang elok....cuma diorg ada masa pada waktu malam utk belajar dan try ilmu tue. Cuma Aku terkejut sebab, malam tue baru tahu.

Rupanya brader yg join rumah Aku tue antara guru dioranglah. Brader ni mmg softspoken, baik dan tak tinggal solat. Kepala giler2 skit. Actually kawasan rumah kami kawasan baru....masa tue Farm In the City pun tak ada, rumah kami btol2 blakang kawasan yg byk kdai2 mcm Food Court tue. Nak balik rumah mmg kena U turn kat depan Pasar Borong then masuk ikut Petronas.

Ada satu hari tue, Aku balik lambat dari library. Pukul 2 pagi Aku baru nak grak balik.
Before tue ada msg dr housemate Aku btau kalau nak balik Call diorg dulu.  Sebabkan ter lupa Aku pun tak msg diorg. Masa sampai depan rumah Aku pelik skit sebab....tertiba jer bulu roma berdiri, rasa macam takut sgt. Yang best terdengar plak anjing2 nie mengilai....rasa seram sgt.  Then sampai kat pintu pagar ....angin plak bertiup2, sayup2 jer kena muke Aku.  Aku mcm perasan bende bertenggek kat atas Porch Rumah Aku. Tapi mcm tak nampak apa.

Lepas masuk rumah, rasa sunyi plak.....bunyi anjing tue ada lagi. Sebab seram sgt....Aku call kawan2 Aku, btau Aku dah sampai rumah. Diorg marah sebab tak call diorg dulu. Dalam 10 minit diorg sampai rumah. Terus semua datang bilik Aku.....tanya ok ker tidak. Pelikkan? Aku cuma btau ada rasa seram skit......lepas tue boleh diorg gelakkan Aku. Rupanya diorg pergi test ilmu diorg.....so dapat lah tangkap Langsuir kat area Perumahan kiteorg. Lepas tue diorang lapar diorang  gi makan, diorang boleh ikat Pontianak tue kat depan rumah. ....aku punyalah seram.  Ingat tak nak percaya tapi sebab ada budak lain (bukan housemate yg join diorg mlm tue mengiayakan.......dier sampai terkencing dibuatnya).  Masa tu jugak Aku suh diorang pi buang  bende tue........

Nanti Aku share lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2018 05:56 PM | Show all posts
rose_2011 replied at 26-3-2018 03:48 PM
iols duduk kejap kat seri kembangan, rumah 2 tingkat juga. jalan masuk perumahan i , lorong opposite ...



I think kawasan yg sama. During my time, Giant pun tak ada.
Mmg sunyi sepi waktu malam.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2018 07:31 PM | Show all posts
Housemate tt tu belajar ilmu panggil hantu ke macam mana?
Beraninya
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2018 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Reinaldo replied at 26-3-2018 05:53 PM
Sambungannya.....

Actually bukan ilmu sesat pun. Ilmu yang elok....cuma diorg ada masa pada waktu ...

Weh boleh plak ikat2 cik pon sementara diorg g isi perut.  Scaryyyyyy! Diorg blaja ilmu berubat ke hape ni?  
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayooo.. Iols kalo tau ada housemate menuntut sebegitu siap praktik tgkap hantu jam tu juga iols angkat kaki..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 02:22 AM | Show all posts
Mampu ke student local dok cyberjaya kalau zaman sekarang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 07:48 AM | Show all posts
best2...nak lagiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2018 09:57 AM | Show all posts
Sambungannya....

Since aku dah tau semua housemate Aku ni mmg belajar benda2 pelik ni, setiap kali nak balik dari library Aku mmg call diorg dulu.  Takut2 benda pelik diorg buat kat rumah......hahahhah

Cerita seterusnya berlaku kat diri Aku. Mcm biasa Aku sampai kat rumah dalam kul 1 pagi. Masa tue semua housemate aku tgh layan movie. Lepas sembang dgn diorg kat bawah Aku pun naik atas nak tido. Member bilek sebelah pun sama....naik atas tido. Masa nak tido tue Aku rasa bilik Aku panas sgt.
Ke kiri ke kanan semua tak kena. Sebab susuah nak tido.....Aku pun bacalah ayat2 Alquran yang Aku tahu (Aku dari sekolah Agama, so mmg adalah belajar dari senior skit2). Masih tak boleh tido.....bilek panas. Then aku rasa mcm ada something bertenggek kat tingkap bilik Aku. Aku tido mmg mengadap tingkap.  Dari apa yang Aku pernah belajar.....Aku seru bende tue tunjukkan diri, tapi mungkin sebab ilmu tak cukup Aku tak nampak jelas sgt. Yang pasti sah ada bende bertenggek kat tingkap tue.

Masa tue mmg dah takut sgt, tapi sib baik bende tue tak buat apa2.....cuma rasa panas, seram,takut jer. Aku pun terus keluar bilik, turun bawah.  Kat bawah Aku tgk Brader (housemate Aku) baru nak siap2 tido. Aku btau dier....x boleh tido, mcm ada benda kat tingkap bilik. Dier terkejut gak.....tgk Aku rilek jer. So, dier naik atas nak check. Selang 5 minit dier turun btau mmg ada bende bertenggek kat tingkap......masalahnya bende tu tak nak blah. Dier pun kejutlah housemate yg lain. Semua org dah ada kat bawah. Brader ni naik lagi sekali sorang.......dier naik bawak kapak kecik, garam kasar...... diorg ni mmg bersedia kot bende2 mcm ni. Yang lain semua get ready ambil wudhu..... Aku jer yang terkebil-kebil tak tahu nak buat apa.

Jap lagi Aku sambung....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-3-2018 10:00 AM | Show all posts
nipskacang replied at 26-3-2018 10:36 PM
Weh boleh plak ikat2 cik pon sementara diorg g isi perut.  Scaryyyyyy! Diorg blaja ilmu berubat ke ...

Actually sampai skang Aku tak percaya. Tapi ada 2-3 incident kat rumah tue buat Aku percaya dgn diorg.Bunyi pelik, tapi mmg jadi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 10:40 AM | Show all posts
sambung lgi plzzz
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2018 11:09 AM | Show all posts
Sambungannya.....

Yang lain2 kat bawah semu tenangkan Aku....diorg btau jgn takut. Lepas 10 minit Brader tue turun, dier btau bende tue masih tak nak turun.  Katanya itu laluan dier , mmg dari dulu dier selalu ikut jalan tue. Cuma mlm tue dier duk berenti kat bilik Aku. Mmg cuak aku dgr.....seram giller, dah lama dier ni duk lalu lalang kat bilik Aku.

Beranikan diri Aku tanya lah Brader nie, ....."Nie hantu ker Pontianak ker langsuir? Dier senyum jer, dier btau hantu perempuan, rambut panjang, pakai baju putih...mmg cantik...cina... Boleh lepas tue dier tanya nak tgk ker? Mmmg tak lah.....kaki dah goyang ni. Dier nak describe lagi ....Aku suh dier senyap. Habis diorg gelakkan Aku.

Dier btau yang Hantu ni mmg kuatlah .... kalau nak paksa dier tak boleh buat sorang. So, semua housemate Aku kena naik atas. Mmg Aku tak duk bawah lah......hahahah.....Sorang lagi housemate Aku temankan Aku duk bilik Master Bedroom. Masa ni bende pelik jadi depan mata Aku.....

Diorg berempat (ada member lain (member diorg) dtg tumpang tido malam tue) masuk dalam bilik Aku. Kiranya....bilik Aku bertentang dengan Master Bedroom (bukan sebelah menyebelah). Tetiba dlam bilik Aku dgr bunyi bising......tak pasti bunyi apa. Member Aku bagi isyarat suh senyap jer buat tak tahu. Lepas tue....boleh dgr angin plak dr bilik tue....mmg kuatlah. Masa nie member Aku duk sebelah Aku suh baca apa2 yang Aku tahu. Dier tarik tangan Aku duk tgh dalam Master Bedroom. Lepas tue dier pun start baca ayat 2 Alquran. Tetiba.....member aku yg berempat dalam bilik Aku masuk Master Bedroom dari celah-celah almari baju. Punya terkejut Aku.....Mcmmana boleh camni? Diorg berempat ni pun mula2 mcm blur.......sib baik yg temankan Aku ada, dier Azan basuh muka diorg. Baru diorg tersedar. Diorg pun pelik mcm mana ada dalam Master BEdroom.

Masa tue....Allah jer tahu perasaan Aku. Takut sebab tak tahu nak buat  apa.....Nak lari dah pukul 4 pagi. Then Aku tanya apa jadi....... Tak semua dari diorg berempat yang boleh tgk nampak bende tue. Yang btol2 nampak cuma 2 orang. Lagi 2 orang cuma nampak bentuk jer.....
Diorang btau.....dengan cara baik dirg suruh bende tue keluar. Tapi bende tu degil....x mahu. So, diorg berkasar skit........bende ni pun berkasar gak. Masa tgh berlawan2 lawan (aku pun tak tahu lawan mcm mana), tetiba diorg masuk Master Bedroom.

Sebabkan house mate Aku tak puas hati, salah seorang (yg tumpang tidur) masuk lagi sekali. Yang brader tue turun bawah, keluar rumah kul 4 pagi.....baling garam kasar kat luar. Pastue semua orang duk dalam Master Bedroom sambil tunggu yg sorang dalm bilik Aku. Masa tue Aku tanya diorg......ini kira hantu paling kuat ker diorg pernah jumpa? Diorg kata tak juga. Ada yg lagi ganas. Cuma hantu kat bilik Aku tue degil. Tergelak plak aku.....

Nanti sambung lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 11:28 AM | Show all posts
Reinaldo replied at 26-3-2018 09:53 AM
Sambungannya.....

Actually bukan ilmu sesat pun. Ilmu yang elok....cuma diorg ada masa pada waktu ...

tt nampak ke dia ikat pontianak tu? ke camna?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.091784 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list