CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3394|Reply: 10

Nak Tumit Kaki Cantik Dan Menawan? Cuba Cara Ini, Percuma Je

[Copy link]
Post time 12-4-2018 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Kaki merupakan bahagian yang penting buat kaum wanita. Akan tetapi, keadaan kaki yang merekah sering kali mengganggu hidup anda? Tidak mampu untuk membuat rawatan yang mahal-mahal? Nah, di sini  ada caranya untuk mendapat kaki yang cantik dengan hanya menggunakan bahan yang semulajadi. Nak tahu dengan lebih lanjut, mari baca artikel yang dipetik dari Vemale.com ini.


Kaki cantik dengan hanya menggunakan bahan berikut:

1) Lemon

Foto: Arbamedia.com




Senang saja, anda hanya perlu meletakkan hirisan lemon kedalam air hangat dan kemudian rendamkan kaki anda. Biarkan sehingga lima hingga sepuluh minit dan selepas itu anda hanya perlu menggosok tumit anda dengan berus bagi mendapatkan tumit kaki yang cantik dan selamat tinggal kulit kaki yang pecah!

2) Air mawar


Foto: Deherba.com



Campurkan air mawar bersama dengan gliserin dan letakkan dikaki anda sebelum tidur. Amalkan secara rutin bagi mendapatkan kulit kaki yang lembab.

3) Madu


Foto: Bottegadelleapi.com



Anda hanya perlu mencampurkan madu bersama dengan air hangat kemudian rendamkan kaki anda kedalamnya. Selepas itu, gosokkan secara perlahan-lahan dibahagian kulit kaki yang pecah bagi mendapatkan tumit kaki yang menawan.


4) Air beras


Foto: Facetofeet.com



Untuk pengetahuan anda air beras boleh melembabkan kulit kaki anda. Jadi, anda hanya perlu mencampurkan air beras tersebut bersama dengan  madu dan cuka. Seperti biasa, selepas itu anda perlu menggosok kaki anda. Seterusnya biarkan ia beberapa minit sementara anda ingin membilasnya. Anda boleh melakukannya seminggu sekali bagi mendapatkan kulit kaki yang lembab dan cantik.


Bagi mendapatkan kulit tumit yang sentiasa cantik dan lembab, anda perlulah mengamalkannya secara rutin. Semoga bermanfaat! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2018 12:48 PM | Show all posts
kdg2 x sempat habiskan hirisan lemon.. so lps ni bolehlah buat sental kaki plk hihi
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 04:41 PM | Show all posts
lemon tu dpt bunuh bakteria betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2018 08:52 AM | Show all posts
Air beras tu sng. memang tiap hari ada.
tapi nak kena campur madu plak..
mahal weh madu nak jadi buat basuh kaki
sayang plak rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2018 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiap2 malam sebelum tido i sapu vaselin jah. Tiada lagi tumit kaki pecah. Mase tumit kaki merekah2 teruk, i sapu vaseline dlm kuantiti yg agak byk sblum tido. Skrg ni dah okay still sapu tp light2 jah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2018 12:09 PM | Show all posts
Tip berguna dan bahan2 pun mudah diperolehi.  Apa2 kena rajin jaga kebersihan kaki kalau nak tumit cantik dah tak merekah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2018 10:28 AM | Show all posts
Saya ada try yang lemon tu.. Memang bagus,sebab dapat mencerahkan kaki juga.. saya ambil kulit lemon tu lepas tu gosok-gosok kat kaki dan kuku kaki. Tapi selepas rendam kaki tu dengan lemon, kena sapu lotion lah sebab macam mengeringkan kulit.
Tapi lama dah tak buat sebab malas...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2018 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
I pun ada try yg vaseline tu.. mmg elok.. tapi mula2 rajin.. lama2 malas.. tak istiqomah kekdahnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2018 09:14 AM | Show all posts
sebenarnya apa-apa petua ok je kan.. janji istiqamah

u/p: Peringatan untuk diri sendiri juga ni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2018 02:51 PM | Show all posts
Edited by izamdgreat at 9-7-2018 02:56 PM

Boleh baca juga tips ni
  1. http://seokecantikan.blogspot.com/2018/07/penjagaan-kaki-supaya-cantik-dan-sihat.html
Copy the Code

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2019 04:16 PM | Show all posts

Hakak dah duatiga botol sapu Vaseline ni kat tumit sebelum tidur. Alhamdulillah, tumit merekah atau pecah takde.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.227395 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list