View: 3520|Reply: 23
|
Perihal Risale I Nur - YADIM
[Copy link]
|
|
Edited by mbhcsf at 20-5-2018 11:47 AM
Apa itu Risale-i Nur?
By
Editor Yadim -
Thursday, 26 April, 2018
pautan asal:
http://www.yadim.com.my/v2/apa-itu-risale-i-nur/
|
|
|
|
|
|
|
|
SEBAGAI Said Baru, Bediuzzaman telah menenggelamkan dirinya dalam lautan al-Quran, mencari jalan untuk menghubungkan kebenarannya kepada manusia moden. Di Barla, dalam pengasingannya, dia mula menulis risalah yang menjelaskan dan membuktikan kebenaran ini, kerana sekarang al-Quran itu sendiri serta kebenarannya berada di bawah serangan secara langsung. Risalah pertama dari koleksi karyanya adalah mengenai kebangkitan semula manusia.
Dengan gaya yang unik, beliau telah membuktikan kebangkitan tubuh secara rasional, di mana para sarjana hebat sebelum ini pun mengakui kelemahan mereka dalam perkara ini. Beliau menyatakan kaedah yang digunakan dalam perkara ini terdiri kepada tiga peringkat: pertama kewujudan Tuhan dibuktikan, kedua nama-nama-Nya (Asma al-Husna) dan ketiga sifat-sifat-Nya dijelaskan. Maka kebangkitan semula manusia yang telah mati dibina berdasarkan kepada perkara-perkara ini dan telah dapat dibuktikan dengan jelas.
Dengan penulisan ini, Bediuzzaman membuka jalan baru kepada hakikat dan ilmu dalam mengenal Allah yang digambarkannya sebagai jalan al-Quran dan jalan para sahabat-sahabat Nabi SAW menerusi ‘warisan kenabian’, yang akan memberi manfaat bagi mereka yang mengikutinya ‘dengan keimanan dan keyakinan yang benar’. Beliau tidak menisbahkan penulisan tersebut kepada dirinya, tetapi adalah dari al-Quran itu sendiri, dan itulah ‘cahaya-cahaya bersinar yang lahir dari kebenarannya’. |
|
|
|
|
|
|
|
Terdapat berbagai bentuk tafsir al-Quran. Berbanding sekadar menjadi terjemahan al-Quran yang menjelaskan ayat-ayat dan perkataan-perkataannya secara langsung dan sebab-sebab penurunannya, Risale-i Nur adalah sebuah kitab yang dikenali sebagai manevî tafsir (Tafsir Maknawi) yang menjelaskan makna kebenaran-kebenaran yang terdapat di dalam al-Quran.
Ayat-ayat yang kebanyakannya dijelaskan dalam Risale-i Nur adalah yang bersangkutan dengan kebenaran iman, seperti Asma al-Husna dan sifat-sifat-Nya, kegiatan Ilahi di alam semesta, keberadaan Ilahi, ketauhidan-Nya, hari kebangkitan, kenabian, Qada dan Qadar, dan tugas manusia dalam beribadah. |
|
|
|
|
|
|
|
Bediuzzaman menerangkan bagaimana al-Quran menujukan penyampaiannya terhadap semua golongan manusia dalam setiap zaman sesuai dengan tahap pemahaman dan perkembangan mereka; ia mempunyai wajah yang berhadapan dengan setiap zaman. Risale-i Nur, kemudiannya menjelaskan wajah al-Quran yang sesuai dengan zaman ini. Sekarang kita akan melihat aspek lanjut Risale-i Nur berkaitan dengan perkara ini.
Dalam kebanyakan ayatnya, al-Quran mengajak manusia untuk melihat alam semesta dan melakukan refleksi akan kekuasaan Ilahi dan penciptaanNya; dengan hanya melalui kaedah ini, Bediuzzaman memberikan bukti dan penjelasan tentang kebenaran-kebenaran iman.
Beliau mengumpamakan alam semesta itu sebagai sebuah buku, dan melihatnya dengan cara yang ditunjukkan oleh al-Quran, iaitu, ‘membaca’ untuk memahami maksudnya, mengajar manusia tentang Asma al-Husna dan sifat-sifat-Nya dan tentang kebenaran-kebenaran iman yang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Tujuan buku alam ini adalah untuk menggambarkan Pengarangnya dan Penciptanya; makhluk menjadi bukti dan tanda-tanda kepada penciptaannya. Oleh itu, elemen penting dalam metadologi Risale-i Nur adalah refleksi atau merenung (tefekkür), ‘membaca’ Kitab Alam Semesta untuk meningkatkan pengetahuan tentang Ilahi dan memperoleh ‘keimanan yang hakiki dan yakin’ dalam semua kebenaran-kebenaran keimanan.
Bediuzzaman telah menjelaskan kebenaran hakiki seperti tauhid, dengan membuktikan bahawa inilah satu-satunya konsep yang rasional yang mengandungi penjelasan yang logik tentang alam semesta. Melalui perbandingan dengan ahli falsafah Naturalis dan Materialis yang menggunakan penemuan sains berkaitan alam semesta untuk menolak kebenaran dengan menggunakan konsep seperti “Sebab-akibat” dan “Alam Semula Jadi”, Bediuzzaman telah dapat membuktikan bahawa pegangan mereka ini adalah tidak rasional dan secara logiknya, tidak masuk akal.
Sesungguhnya, sains jauh sekali bercanggah dengan tuntutan Tauhid, dalam menyingkap aturan dan mekanisme alam semesta. Di sebaliknya sains memperluas dan memberi petunjuk yang mendalam tentang pengetahuan kebenaran keimanan.
Dalam Risale-i Nur, terdapat banyak penerangan tentang pengaturan Ilahi di alam semesta yang dapat dilihat melalui kaca mata sains. Bediuzzaman, melalui Risale-i Nur telah menunjukkan bahawa tidak terdapat percanggahan atau konflik antara agama dan sains. |
|
|
|
|
|
|
|
Di samping itu, semua perkara yang dibincangkan dalam Risale-i Nur diletakkan sebagai hujah yang munasabah dan terbukti mengikut logik. Semua aspek yang penting tentang kebenaran iman dibuktikan dengan jelas sehinggakan orang yang tidak beriman pun dapat melihat tentang keperluannya. Begitu juga, perkara-perkara yang diilhaminya dari al-Quran, hattakan kebenaran yang paling mendalam, dapat dicapai dengan cara perbandingan, yang memberikan mereka sejelas-jelas kefahaman dan mudah difahami oleh orang biasa dan mereka yang tidak mengetahui tentang persoalan ini sebelumnya.
Satu lagi aspek Risale-i Nur yang berkaitan dengan kebenaran al-Quran yang ditujukan untuk zaman ini ialah ia menjelaskan segala-galanya dari sudut hikmah, mempertimbangkan sesuatu perkara atas pandangan nama Allah yang Maha Bijaksana. Menerusi kaedah ini juga, banyak misteri dalam agama yang dapat diselesaikan, seperti kebangkitan semula jasad, Qada dan Qadar, kebebasan memilih, teka-teki berkenaan aktiviti dalam alam semesta dan gerakan zarah, di mana manusia sebelum ini bergantung atas akal dan falsafahnya yang lemah.
Cara Risale-i Nur ditulis dan disebarkan adalah unik, seperti isi kandungannya itu sendiri. Bediuzzaman akan menyampaikan mengucapkannya kepada seorang penulis, yang akan menulis setiap ucapannya; dengan penulisan sebenar yang sangat cepat. Bediuzzaman tidak mempunyai buku untuk dirujuk dan penulisan tentang agama pada masa itu telah dilarang. |
|
|
|
|
|
|
|
Oleh itu, semuanya ditulis di kawasan pergunungan di luar kota dan juga di penjara. Salinan tulisan tangan kemudian dibuat, secara rahsia, disalin di rumah para pelajar Risale-i Nur, sebagaimana mereka di kenali, dan diserahkan dari kampung ke kampung dan kemudian dari bandar ke bandar, sehingga tersebar di seluruh Turki. Adalah dianggarkan jumlah keseluruhan hasil salinan tulisan tangan ialah 600,000.
Hanya pada tahun 1946, pelajar Risale-i Nur dapat memperoleh mesin penyalin, sehinggalah pada tahun 1956 barulah pelbagai bahagian Risale-i Nur dapat dicetak dalam skrip Latin menggunakan mesin pencetak yang moden. Berdasarkan perkara di atas, jelaslah bagaimana komuniti Risale-i Nur tersebar luas di Turki, walaupun segala usaha di buat untuk menghentikannya. Selepas tahun 1950, tempoh yang Bediuzzaman namakan sebagai ‘Said Ketiga,’ menyaksikan peningkatan yang besar dalam bilangan pelajar Risale-i Nur, terutamanya golongan muda dan mereka yang telah melalui sistem pendidikan sekular republik.
Di samping tulisan-tulisan yang mempunyai kekuatan, faktor utama dalam kejayaan pergerakan ini mungkin dikaitkan dengan kaedah yang telah dipilih oleh Bediuzzaman, yang boleh diringkaskan dengan dua fasa: ‘manevî jihad’ (maknawi jihad) atau ‘jihad dengan perkataan’ atau ‘jihad bukan fizikal’, dan ‘tindakan yang positif’.
Bediuzzaman menganggap musuh sebenar pada zaman sains, zaman kebebasan berfikir dan tamadun ini adalah materialisme dan atheisme, dan sumber mereka, falsafah materialis. Oleh itu sebagaimana dia memerangi dan mengalahkan mereka dengan bukti-bukti Risale-i Nur yang lojik, begitu juga ianya berfungsi dengan cara mengukuhkan keimanan dan menaikkannya ke tahap ‘keimanan yang hakiki, ataupun keimanan yang meyakinkan’ menjadikan Risale-i Nur sebagai penghalang yang paling berkesan terhadap kerosakan masyarakat yang disebabkan oleh musuh-musuh seperti ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk dapat meneruskan ‘jihad perkataan ini’, Bediuzzaman menegaskan supaya pelajarnya mengelak sebarang penggunaan kekerasan dan tindakan yang menyebabkan gangguan keamanan. Melalui ‘tindakan positif,’ serta penjagaan ketenteraman dan keselamatan awam, kerosakan yang disebabkan oleh kuasa-kuasa kekufuran dapat ‘diperbaiki’ oleh kebenaran penyembuhan Al-Qur’an. Dan inilah cara yang pelajar-pelajar Risale-i Nur patuhi sepenuhnya.
Disediakan oleh urus setia SEMINAR DAN BENGKEL ANTARABANGSA RISALE I NUR yang diadakan pada 12 Mei ini bertempat di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 20-5-2018 12:15 PM
Siapakah Bediuzzaman Said Nursi?
pautan asal : http://www.yadim.com.my/v2/siapakah-bediuzzaman-said-nursi/
By
Editor Yadim -
Thursday, 26 April, 2018
Bediuzzaman Said Nursi dilahirkan pada tahun 1877 di Timur Turki dan meninggal dunia pada tahun 1960 di Urfa, Turki. Pembaca boleh merujuk biografinya untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci tentang kehidupannya yang panjang untuk dijadikan sebagai tauladan.
Kehidupannya merangkumi dekad terakhir Empayar Uthmaniyyah, yang runtuh selepas Perang Dunia Pertama dan penubuhan semula Republik. Seterusnya di susuli dengan dua puluh lima tahun peraturan Parti Republik Rakyat yang terkenal dengan langkah-langkah yang diambil untuk menentang Islam yang berakhir dengan sepuluh tahun pemerintahan Demokratik yang memberikan keredaan sedikit demi sedikit untuk Bediuzzaman.
Sejak di awal usianya, kebijaksanaan Bediuzzaman telah menonjol dengan luar biasa dalam pembelajaran. Beliau telah menamatkan pengajian biasa pendidikan madrasah dalam usia seawal empat belas tahun dengan memperolehi ijazah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia menjadi terkenal dengan ingatan berkamera dan rekod perdebatannya yang tidak dapat dikalahkan apabila berdebat dengan ulama-ulama pada ketika itu. Dengan berlalunya masa, sains fizikal telah digugurkan dari silibus pendidikan madrasah, dia telah merumuskan satu kertas cadangan yang komprehensif untuk melakukan pembaharuan semula dalam sistem pendidikan melalui penyatuan ilmu-ilmu agama tradisional dan sains moden dengan cadangannya untuk mendirikan sebuah universiti di Wilayah Timur, dikenali dengan nama Medresetüz-Zehra. |
|
|
|
|
|
|
|
Pada tahun 1907 beliau telah membawa cadangan beliau ini ke Istanbul untuk dibentangkan kepada Sultan Abdul Hamid. Walaupun kemudiannya sebanyak dua kali beliau menerima dana untuk pembinaan universiti ini, dan asasnya telah dirasmikan pada tahun 1913, ia tidak dapat disiapkan kerana meletusnya Perang Dunia Pertama.
Berlawanan dengan sikap para ulama ketika itu, Bediuzzaman sendiri mempelajari dan menguasai ilmu fizik, ilmu matematik, dan kemudian mempelajari falsafah, karena ia percaya bahawa hanya dengan cara ini sahajalah teologi Islam (kalam) dapat diperbaharui dan dapat menjawab serangan-serangan terhadap kebenaran Al-Qur’an dan Islam.
Beliau mengakui bahawa kejatuhan pemerintahan Uthmaniyyah selari dengan kemajuan Barat pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 disebabkan oleh tiadanya integrasi sains fizikal dan matematik dalam pendidikan madrasah yang menyebabkan Eropah menguasai dunia Islam dan menyerang Al-Qur’an dan Islam atas nama sains dan kemajuan.
Oleh itu, semua usaha Bediuzzaman adalah untuk membuktikan dan memperlihatkan kepalsuan tuduhan-tuduhan ini, dan membuktikan adalah sangat tidak wajar tuduhan bahawa al-Quran dan Islam tidak bersesuaian dengan sains dan kemajuan. Al-Qur’an adalah sumber kemajuan yang hakiki dan bertamadun, dan akan menguasai masa hadapan, walaupun secara relatif kemajuannya menurun pada ketika itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Dengan keazaman yang tinggi dalam ilmu pengetahuan, beliau telah berkhidmat untuk Islam melalui penglibatan pendidikan secara aktif dalam kehidupan sosial masyarakat awam. Semasa perang, beliau mengetuai askar tentera militia medan Hadapan Caucasia melawan serangan tentera Rusia, yang kemudiannya beliau dianugerahkan Pingat Perang.
Untuk memastikan orang-orangnya terus bersemangat tinggi, dia sendiri turut memasuki parit-parit walaupun terus-menerus menerima serangan yang dilancarkan semasa perang. Ketika serangan besar-besaran itulah dia menulis tafsir al-Quran yang terkenal, “Tanda-tanda Keajaiban” dengan memerintahkan anak murid yang bersamanya menulis walaupun ketika beliau sedang menunggang kuda. Selanjutnya dalam perang itu, Bediuzzaman telah menjadi tawanan pada bulan Mac 1916 dan dihantar menjalani tahanan di Rusia selama dua tahun. Beliau kemudiannya dapat melarikan diri pada awal tahun 1918, dan kembali ke Istanbul melalui Warsaw, Berlin, dan Vienna.
Kekalahan kerajaan Uthmaniah dalam perang telah menyaksikan berakhirnya Empayar dengan penaklukan Istanbul dan beberapa wilayah Turki oleh tentera asing. Tahun-tahun getir ini juga telah menyaksikan transformasi “Said Lama’ ke ‘Said Baru’, iaitu tempoh utama yang kedua dalam kehidupan Bediuzzaman. |
|
|
|
|
|
|
|
Penentangan beliau terhadap tentera British dan dalam masa yang sama beliau telah dilantik sebagai ahli Darul’l-Hikmeti’l-Islamiye, badan ulama yang berada di bawah Pejabat Shaykhu’l-Islam. Dalam masa semua penerimaan pujian dan penghargaan perkhidmatan yang di perolehinya ini, Bediuzzaman telah melalui perubahan dari segi mental dan rohani yang mendalam di mana beliau membuat keputusan untuk berpaling dari kehidupan kegemilangan dunia. Menyedari kekurangan sains kemanusiaan dan falsafah yang telah dipelajarinya untuk mencapai kebenaran, beliau telah mengambil al-Quran sebagai ‘panduan utama’.
Sebagai pengiktirafan perkhidmatannya dalam Perjuangan Kemerdekaan, Bediuzzaman telah dijemput ke Ankara oleh Mustafa Kamal. Tetapi ketika beliau tiba di sana, beliau mendapati dalam saat kemenangan Turki dan Islam, pengaruh orang-orang atheis telah tersebar di kalangan ahli-ahli dewan parlimen dan pegawai-pegawainya dan ramai yang lalai dalam menjalankan tanggung jawab agama. Menyedari hal ini, beliau menerbitkan pelbagai karya yang berjaya menentang gejala ini.
Dengan baki selama lapan bulan di Ankara, Bediuzzaman mula memahami taktik Mustafa Kamal dan pemimpin-pemimpin baru yang mereka bakal ambil, dan ketika itu beliau merasakan beliau tidak dapat bekerja bersama mereka. Beliau juga turut sedar bahawa mereka ini tidak boleh dikalahkan melalui politik lalu membuat keputusan untuk meninggalkan Ankara untuk pergi ke Van dengan menolak tawaran pelbagai jawatan dan keistimewaan yang ditawarkan oleh Mustafa Kamal dengan menarik dirinya dari kehidupan duniawi dan memasukki kehidupan beribadah dan tafakkur. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam masa yang sama, apa yang ditakuti tentang rejim baru tersebut telah mula menunjuk belangnya: langkah pertama yang mereka ambil adalah dengan menukar gaya pemerintahan kearah pemerintahan sekular serta mengurangkan kuasa agama Islam di dalam negeri sehingga membasmikan perkara-perkara agama dalam kehidupan rakyat Turki.
Pada awal tahun 1925 terdapat pemberontakan di timur yang mana Bediuzzaman langsung tidak memainkan peranan, tetapi tanpa usul periksa beliau dihantar dan dikurung di barat Anatolia bersama dengan ratusan rakyat Turki yang lain. Maka bermulalah fasa dua puluh lima tahun pengurungan, penjara, dan penindasan yang tidak adil terhadap Bediuzzaman.
Dia kemudiannya dihantar ke Barla, sebuah desa kecil di pergunungan wilayah Isparta. Walau bagaimanapun, percubaan untuk mengurungnya dan membuat beliau diam telah memberi kesan yang sebaliknya, kerana Bediuzzaman sudah mempersiapkan dirinya untuk menghadapi cabaran baru yang dia telah jangkakan sebelum ini: tahun-tahun itu kita boleh lihat kemunculan penulisan Risale-i Nur, disebarkan secara rahsia dan telah membina akar yang kukuh di kalangan rakyat, memerangi kezaliman dan penindasan dengan menggunakan cara yang paling berkesan dalam percubaan untuk menumbangkan Islam, meruntuhkan iman dan menyebar falsafah materialistik yang cuba ditanam ke atas masyarakat Islam Turki.
Disediakan oleh urusetia SEMINAR DAN BENGKEL ANTARABANGSA RISALE I NUR yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 12 Mei 2018. |
|
|
|
|
|
|
|
kepada para pembaca , ini tambahan tentang tokoh.
Said Nursi gariskan tiga musuh umat Islam
pautan asal :
http://www.yadim.com.my/v2/said-nursi-gariskan-tiga-musuh-umat-islam/
Tokoh Islam Turki gabung ilmu sains, agama Hasil Risalah An Nur Burung tidak boleh terbang dengan satu sayap sahaja. Begitu jugalah ilmu yang perlu digabungkan seiring antara sains dan agama supaya kita dapat memahami alam semesta melalui bahasa sains serta hakikat iman. Hebatnya ulama terkemuka, Badiuzzaman Said Nursi, beliau mempelajari ilmu sains dan disinergikan dengan ilmu teras Islam hingga menghasilkan Risalah An Nur (Risale I Nur), iaitu tafsir al- Quran yang membahaskan masalah mendasar dalam kehidupan manusia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Risalah An Nur membuka jalan baharu kepada hakikat dan ilmu dalam mengenal Allah SWT yang digambarkan oleh Said Nursi sebagai jalan al-Quran serta sahabat Nabi SAW melalui warisan kenabian. Ia juga mengetengahkan pandangan tidak bercanggah antara agama dan sains.
Sesuai dengan gelaran diberi Badiuzzaman atau Keagungan Zaman kerana kemampuan menguasai ilmu tradisional agama dan sains moden, dakwah Said Nursi menggunakan pendekatan mudah bagi membolehkan semua lapisan masyarakat memahami mesej ingin disampaikan.
Beliau mengorbankan 83 tahun hidupnya dan bertahan menghadapi semua kezaliman terhadap dirinya demi perjuangan menyelamatkan keimanan melalui penulisannya yang menjadi khazanah Islam yang relevan hingga saat ini.
Pengerusi Persatuan Persaudaraan Afrika, Semsettin Turkan, berkata pada usia 18 tahun Said Nursi sudah memulakan madrasahnya dan memperkenalkan sistem pendidikan baharu kepada kerajaan Uthmaniyah ketika itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Beliau menjelaskan, Said Nursi menggariskan tiga musuh umat Islam, iaitu kejahilan, kemiskinan dan ikhtilaf, manakala cara untuk mengatasinya turut diberi dengan menekankan pendidikan, seni perniagaan serta kesatuan.
‘Konsep pendidikan menurut Said Nursi mesti menggabungkan tiga unsur, iaitu ilmu agama, pengetahuan semesta moden dan nilai moral yang diserap daripada pengajaran sufi. Memisahkan ilmu itu hanya akan melahirkan pemikiran radikal, fanatik dan ekstrem.
“Jadi perlukan kedua-duanya seperti kata Said Nursi untuk menggambarkan pentingnya ilmu dngan metafora burung tidak boleh terbang dengan satu sayap sahaja,” katanya pada Seminar dan Bengkel Antarabangsa Risale I Nur di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.
Seminar anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Persatuan Kebudayaan Malaysia-Turki (MTCA), Perhimpunan Belia Islam Dunia (WAMY), Yasayan Budaya dan Sains Istanbul (IFSC) dan UM.
Seminar membincangkan pemikiran Said Nursi yang melalui detik kejatuhan Empayar Uthmaniah dan pemerintahan Turki yang mengetengahkan dasar sekularisme itu dirasmikan Yang Dipertua YADIM, Dr Yusri Mohamad. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan putus asa
Semsettin berkata, Said Nursi dalam Khutbah Syamiyah di Masjid Jami’ Bani Umayyah di Damaskus, Syria pada 1911 yang dihadiri ribuan umat Islam termasuk ulama dan cendikiawan menjelaskan enam sebab kemunduran dunia Islam.
Pada pengamatan beliau, enam sebab itu ialah sikap berputus asa, tiada keikhlasan, wujud permusuhan, tiada persaudaraan umat Islam seluruh dunia, berleluasa sifat pentingkan diri dan wujud kezaliman.
Tokoh Islam Turki itu turut menggariskan penyelesaiarinya dengan menyarankan umat Islam sentiasa meletakkan harapan, mengubati penyakit hati, jujur, berkasih sayang, mengelak sikap diktator dan mencapai kebahagiaan dengan bermusyawarah.
“Said Nursi menegaskan umat Islam tidak boleh putus asa kerana orang yang berputus asa akanjauh daripada Islam dan apabila kita jauh, itu yang menyebabkan kita lemah, apabila ikut Islam, kita akan maju,” katanya.
Sementara itu, Dr Osman Yapar dari Yayasan Sains dan Budaya Istanbul ketika membentangkan tajuk Pemerkasaan Umat Islam: Formula Terbaik dari Pengalaman Turki berkata, hasrat Said Nursi untuk menubuhkan institusi pengajian yang dinamakan Madrasah Az-Zahra tidak tercapai.
Bagaimanapun, kegagalan itu tidak menghalang beliau merealisasikan konsep pengajian yang menjadi ideanya dari awal dengan beralih kepada bidang penulisan dan penghasilan Risalah An Nur beijaya memenuhi peranan sepatutnya dimainkan oleh Madrasah Az-Zahra. |
|
|
|
|
|
|
|
Salin tulis tangan
Beliau berkata, menerusi metodologi pendidikan tidak formal itu beribu-ribu penulisan Said Nursi disalin dengan tulisan tangan dan disebarkan walaupun dikawal oleh kerajaan. Berjuta berjaya dididik daripada tulisan Said Nursi yang terus tersebar hingga hari ini.
“Said Nursi melalui dua fasa kehidupan yang menyaksikan beliau berkhidmat untuk Islam menggunakan pengaruh sosial, bertemu sultan dan pemimpin. Kemudian beliau mengasingkan diri serta menyendiri untuk jihad rohani.
“Selepas perang, beliau dibuang negeri, kemudian dipenjara dan turun naik mahkamah menghadapi pelbagai tuduhan. Walaupun hidup di luar kehendak sendiri, beliau tunjukkan keajaiban al-Quran sebagai cahaya yang tidak mati menerusi Risalah An Nur,” katanya.
Katanya, Said Nursi tahu kemunduran negara Islam bukan disebabkan orang lain tetapi kerana asasnya yang lemah dari segi keyakinan serta keimanan. Justeru, ia menyedarkan beliau kepentingan untuk mengembalikan keimanan itu.
Risalah An Nur adalah tafsir al- Quran yang mengkaji topik utama bersumberkan al-Quran dan Hadis serta pandangan ilmiah ulama bertujuan menyelamatkan keimanan. Ia menjawab semua persoalan dan kekeliruan untuk manusia menyedari hakikat penciptaan sebagai hamba Allah SWT. |
|
|
|
|
|
|
|
Kembangkan kebijaksanaan
Graduan ijazah doktor falsafah Universiti Istanbul, Dr Hakan Gulerece, berkata anak murid Said Nursi digalakkan menukar ilmu sains kepada ilmu yang mencari keredaan Allah SWT sebagai sokongan memperkukuhkan iman.
Beliau yang kini bertugas di Yayasan Sains dan Budaya Istanbul berkata, menerusi Risalah An Nur dua konsep iaitu kebijaksanaan dan belas kasihan dikembangkan bagi menghadapi kesan negatif kemodenan.
Katanya, sains moden cuba menolak agama dengan melihat sesuatu itu daripada sudut pandangan mata kasar tanpa cuba memandang lebih jauh atau melampaui ciptaan seperti mengaitkan ia kepada penciptanya.
“Contohnya, mereka melihat betapa cantiknya bunga mawar bukan cantiknya ia diciptakan. Kebijaksanaan seperti disampaikan oleh Said Nursi mengajak kita menilai bunga ros yang menggambarkan sifat Allah SWT yang menciptanya.
“Begjtu juga apabila kita melihat kejadian lain seperti matahari, bulan dan banyak lagi. Tindakan kita merenungi setiap sesuatu kejadian itu mencabar sains moden. Ini yang menghasilkan tindakan bermakna,” katanya.
Beliau berkata, Said Nursi juga melihat jihad fizikal melawan jihad kerohanian sebagai perjuangan dengan diri sendiri dan keimanan ibarat polis yang mampu mengawasi setiap tingkah laku serta tindakan.
INFO
Badiuzzaman Said Nursi
Dilahirkan di perkampungan Nurs di Wilayah Bitlis terletak di timur Anatolia pada 1877 Masihi.
Beliau diberi gelaran Badiuzzaman (Keagungan Zaman) kerana mampu menguasai ilmu sains dan ilmu agama.
Pernah ditawan dan dipenjarakan. Beliau tetap meneruskan kerjanya mengajar Islam kepada murid termasuk di penjara.
Said Nursi meneruskan kegiatan berdakwah, mendidik masyarakat dan sentiasa berulang alik antara penjara serta pembuangan disebabkan tekanan oleh rejim Pres’iden Turki, Mustafa Kamal Ataturk.
Risalah An Nur adalah tafsir al-Quran yang tidak mengikut susunan, sebaliknya berdasarkan keperluan masyarakat menerusi isu yang timbul dari semasa ke semasa.
Said Nursi menghembuskan nafas terakhir pada 23 Mac i960 bersamaan 25 Ramadan 1379 Hijrah.
SUMBER: BERITA HARIAN |
|
|
|
|
|
|
| |
|