CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1607|Reply: 6

YADIM - Hubbub Dunya - daripada sudut pandangan Ibnu Khaldun

[Copy link]
Post time 25-5-2018 07:38 AM | Show all posts |Read mode
Bencana godaan kekuasaan


pautan asal di laman :

http://www.yadim.com.my/v2/bencana-godaan-kekuasaan/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-5-2018 07:38 AM | Show all posts
IBNU KHALDUN, ilmuwan dan pelopor dalam bidang sosiologi dan sejarah pada abad ke-15 berpendapat, kekuasaan berkait rapat dengan godaan, kemegahan, harta (wang) dan wanita. Makin tinggi pencapaian atau posisi seseorang, baik sebagai pemimpin jabatan mahupun pemimpin masyarakat, bertambah banyak godaan. Justeru, sejarah banyak merakam jatuh bangun pelbagai bangsa seiring dengan kemampuan dan ketidakmampuan menghadapi godaan. Mereka tergoda dengan kekuasaan.

Realitinya, apa yang diluahkan oleh Ibnu Khaldun ternyata berlaku dalam masyarakat hari ini. Ibnu Khaldun menyaran kepada penguasa atau pemimpin yang berkuasa agar berhati-hati ketika menjalankan tugas. Hal demikian, berdasarkan pengertian beliau tentang zaman dahulu dan zaman-zaman sebelumnya, kekuasaan itu secara automatik mengandungi godaan.

Ada tiga jenis godaan; pertama, kekuasaan itu secara langsung boleh menimbulkan godaan terhadap kemegahan diri apabila sering disanjung dan dipuja. Ia sesuatu yang sukar untuk ditinggalkan. Justeru pemimpin seperti ini sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan kekuasaan yang ada padanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2018 07:39 AM | Show all posts
Kedua, kata Ibnu Khaldun, godaan itu berkaitan dengan harta dan wang. Entah kenapa, jika seseorang itu memiliki kekuasaan, harta dan wang itu bagaikan datang ke rumahnya secara benar atau tidak benar.
Soal agama bukan lagi menjadi sandaran, sebaliknya harta dan wang itu merupakan jaminan untuk dia mempertahankan kekuasaan itu.

Ketiga, menurut Ibnu Khaldun, kekuasaan itu menggoda dalam bentuk lain. Wanita turut serta menggoda dalam rangka kekuasaan itu. Apakah diberikan oleh orang lain ataupun dicari sendiri, namun ada saja wanita yang turut dalam godaan ini.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2018 07:40 AM | Show all posts
Dalam rangka itu, ia berbuat sesuatu yang amat bersalahan dari acuan moral dan etika dan akhirnya jatuh ke jurang penyelewengan. Dan memang kalau kita mengikuti sejarah, pendapat Ibnu Khaldun ini merupakan potensi `kekeliruan’ yang dilakukan oleh penguasa. Hingga kini, hal itu masih berlaku.

Oleh hal yang demikian, Ibnu Khaldun meletakkan peranan agama pada nilai yang tinggi dalam membentuk sesuatu peradaban. Baginya, agama adalah dasar terpenting bagi peradaban yang luas dan hebat. Justeru agama pada pandangannya merupakan landasan moral yang dapat meneguhkan suatu peradaban.

Tiga dosa sejarah iaitu kesombongan, kemewahan dan kerakusan muncul kerana manusia telah menjauhi syariat. Apabila agama tidak dijadikan dasar, maka peradaban akan mengalami kehancuran. Dengan demikian, agama bagi Ibnu Khaldun merupakan suatu kekuatan yang dapat menentukan perjalanan sejarah manusia.

Bagi sesetengah pemimpin apabila nafsu sudah tidak terkawal, agama menjadi mainan mulut sahaja. Justeru penglibatan sesetengah pemimpin dengan politik wang sebenarnya mendekatkan dirinya di pinggir neraka.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2018 07:41 AM | Show all posts
Hal ini dalam konteks yang lebih khusus dapat ditumpukan kepada seseorang yang mempunyai pengaruh atau jawatan yang tinggi atau kekuasaan atau mana-mana pegawai yang didatangi oleh orang lain atau masyarakat untuk meminta pertolongan daripadanya, sedangkan pertolongan tersebut merupakan tugas atau tanggungjawab yang sememangnya dia mesti tunaikan.

Contohnya: Pegawai-pegawai kerajaan, wakil rakyat, polis, atau kastam dan sebagainya. Antara lain ia dilantik secara khusus dan telah menerima gaji atau habuan yang telah ditetapkan. Namun begitu dalam hal tersebut, orang yang meminta pertolongan masih menghulurkan hadiah kepadanya atas dasar peribadi di atas pertolongan itu dan ia pula menerimanya, maka hukumnya adalah haram dan seolah-olah ia menerima riba.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2018 07:42 AM | Show all posts
Hal ini dapat dikaitkan dengan hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Daud:

`Sesiapa sahaja yang telah kami lantik untuk memegang sesuatu jawatan atau kerja dan kami telah tetapkan pendapatannya atau gaji maka apabila dia mengambil lebih daripada apa yang ditetapkan itu dikira sebagai satu penipuan dan korupsi’.

Antara lain dalam konteks hadis tersebut, syafaat dan pemberian itu dan penerima hadiah lebih sesuai digunakan dengan pengertian rasuah atau sogokan. Lantaran itu perbuatan menerima rasuah merupakan perbuatan keji yang diharamkan oleh syariat serta undang-undang negara.

Untuk menunjukkan betapa kejinya penerima dan pemberi rasuah, menurut undang-undang negara kedua-dua pihak terlibat dikira bersalah dan boleh ditangkap dan apabila sabit kesalahan boleh dihukum, sama ada penjara atau denda. Manakala mana-mana pegawai atau kakitangan kerajaan yang sabit dengan kesalahan itu juga boleh dibuang kerja.

Oleh itu amat diperlukan batasan-batasan dalam rangka menjaga kekuasaan tersebut. Batasan itu bergantung juga pada budaya bangsa. Bagaimanapun kalau kita beranjak daripada Islam, tentu saja kita menekankan lebih kepada soal iman, soal Islam, dan soal ihsan.

Fikiran dan perbuatan haruslah disandarkan pada ajaran ini. Orang yang berkuasa itu boleh saja mempunyai ilmu apa lagi pada zaman serba canggih ini. Dalam Islam dituntut bahawa ilmu itu juga disandarkan pada iman. Kita memang mempunyai akal, tetapi dalam Islam hendaknya kita menyedari bahawa akal pun harus ditundukkan pada Allah. Kepercayaan seperti ini mengajak kita menjaga kekuasaan. – ABABIL
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-5-2018 07:50 AM | Show all posts
elemen yg sama yg menjadi ujian dunia kerana dalam sejarah, walaupun peristiwa  itu di lain masa  dan  tempat - namu, manusia yg menduduki dunia adalah juzuk yg sama , elemen nafsu yg sama so dugaan ujian  ini pun dalam bentuk yg sama cuma manifestasi sahaja yg berbeza.

kekadang terbayang  kalaulah pengausa itu seperti umar bin al khattab, al farouk or even umar abdul aziz - apakah mereka ini memerlukan manifesto dalam siasah mereka ataupun  ketika tika dan saat mereka berjalan di dalam kota, segata integriti dan kepercayaan , amanah dah sure diberikan kepada dua tokoh ini dalam pada mereka tidak perlu menzahirkannya secara terang?

kenapa - sebab peribadi mereka ...yg satu tu, sampai lilin pun  atau amount of cahaya ( secara indirect ) dikira selepas waktu pejabat ...ini wow u know...


bila ditengokkkan muhasabah balik ...yg selamat yg ikut  persona sahabat atau yg begini ...

adab, akhlak dan segala yg baik ...i mean ada sebab indvidu ini diwujudkan dan dipahatkan nama mereka dalam sejarah warisan peradaban dunia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.073068 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list