CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3993|Reply: 19

Buku merah penderma darah boleh gantikan health insurance.

[Copy link]
Post time 16-6-2018 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Betul ke? Minta pendapat bagi yan berpengalaman, sy bercadang nak derma every 2-3month and gunakan benefit buku merah tu in time of emergency nanti, possible ndak?

Comments

Useful discussion  Post time 17-6-2018 04:50 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2018 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tel hospital
Tel pej derma darah
Cari kat google
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2018 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 16-6-2018 06:07 PM
Tel hospital
Tel pej derma darah
Cari kat google

ye tau, cuma minta pendapat bg yg da penah berpengalaman, x salah kan.. mne tau ad yg dpt kongsi pengetahuan sdkit sbyk
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2018 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye betul kot. Sepupu saya dua bulan lepas operate mata. Belanja nak dekat 3K...tapi disebabkan dia penderma darah tegar, dia perlu bayar RM150 sahaja bila tunjuk buku merah derma darah tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2018 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus ni. Salah satu galakan dan imbuhan kepada penderm tegar. Ai nk je menderma darah if layak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2018 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
GigaMom replied at 16-6-2018 08:37 PM
Bagus ni. Salah satu galakan dan imbuhan kepada penderm tegar. Ai nk je menderma darah if layak..

Kenapa tu sampai tak layak menderma drh? Sy decided untuk jadikan buku merah tu sebagai health insurance aka medical card then subscribe to any PA insurance.. Umur 23yo dah, the health benefits dari mnderma darah tu byk tho (u should google it,byk kelebihan dri segi kesihatan) and dpt check kesihatan free huhu bgus tu, kind of early preparation kalau2 kita ad penyakit tnpa kita sedar ke.. sbb most people tak alert lngsung tu sume, cuma timbul kesedaran lpas pnyakit yg dtg tu dh jdi kronik smpai trlmbat nak recover ^^
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2018 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
beli saja la insurance untuk cover diri..
kalau tak mampu untuk cover banyak, beli yang mana mampu then upgrade bila u ada duit lebih..
jangan la berkira sangat untuk kesihatan..
buku darah tu hanya laku kat hospital gomen saja..
kalau swasta tak laku walaupun u dah derma beratus kali..
dan ada tempoh laku rasanya sebab kat belakang buku tu state ada terms and condition..
buatnya u kena penyakit kritikal yang tak cover, dah naya kena bayar beribu..
and once u derma darah, minimum period untuk next derma adalah 3 bulan..
pastu u kena fikir juga kesihatan u takkan 100% untuk sepanjang tahun..
jangan kerana nak kejarkan derma lebih 5 6 kali untuk dapatkan rawatan hospital percuma, u tipu tahap kesihatan dan pergi juga derma..
tak pasal-pasal je penerima darah u kena risiko..

Comments

informational input  Post time 17-6-2018 04:51 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2018 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Error365 replied at 16-6-2018 08:44 PM
Kenapa tu sampai tak layak menderma drh? Sy decided untuk jadikan buku merah tu sebagai health ins ...

Ai salah seorg pengguna darah yg diderma ni...
Nk derma camana..
Aiol pernah ditahan dspital dlm keadaan amat memerlukan
X sempat tgu fmly datang... Terpaksa guna darah kat spital...
Kepada anda2 yg layak menderma ni
Jgn la kerana malas, takut jarum, momokan kesan derma darah x baik
Anda x menderma
Percayala..ramai yg memerlukan darah yg diderma tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2018 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
GigaMom replied at 16-6-2018 11:01 PM
Ai salah seorg pengguna darah yg diderma ni...
Nk derma camana..
Aiol pernah ditahan dspital dlm ...

Sama la kita. Berat pun kurang dari syarat kelayakan. Jika layak mmg mahu derma pun kan
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2018 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
missinpiece replied at 16-6-2018 11:22 PM
Sama la kita. Berat pun kurang dari syarat kelayakan. Jika layak mmg mahu derma pun kan

Ai lepas bersyukur x terhingga dapat drh tu
Selang setahun volunteer nk g derma darah
Mash kategori deferal smtara
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2018 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelayakan Pendermaan Darah
Darah yang selamat dari penderma darah yang sihat.

Di Malaysia, darah yang diperolehi adalah dari penderma ikhlas secara sukarela. Kriteria kelayakan pendermaan darah diujudkan bertujuan untuk memastikan hanya penderma darah yang berkelayakan sahaja dibenarkan untuk menderma darah. Ini bertujuan untuk memastikan proses pendermaan darah adalah selamat dan tidak memudaratkan penderma itu sendiri. Seseorang individu yang berhasrat untuk mendermakan darah mereka tetapi tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan sebagai penderma darah, tidak akan dibenarkan untuk mendermakan darah mereka. Prosidur untuk tidak melayakkan penderma tersebut menderma darah dikenali sebagai “deferral”atau terjemahannya deferal. Secara globalnya, kadar deferal adalah berbeza dari sesebuah pusat darah ke pusat darah yang lain, dan adalah di antara 5 hingga 25%. Di Malaysia juga kadar deferal berbeza dari setiap pusat kutipan darah juga adalah pada kadar yang sama.

Apakah itu deferal pendermaan darah?

Ia bermakna penderma tersebut tidak layak untuk mendermakan darah mereka. Deferal ini boleh berlaku semasa proses pendaftaran sebagai penderma darah, semasa menjalankan ujian pra-pendermaan darah, selepas sessi temubual pra-pendermaan darah ataupun sejurus sebelum prosidur pendermaan darah dilakukan oleh kakitangan terlatih.

Berapa lamakah tempoh deferal yang dikenakan keatas penderma darah ?

Tempoh deferal yang harus dilalui oleh seseorang individu yang ingin menderma itu bergantung kepada sebab-sebab mengapa individu yang ingin menderma itu tidak layak untuk menderma darah.

Terdapat dua tempoh deferal yang dilalui oleh penderma-penderma darah , iaitu tempoh sementara dan tempoh kekal. Tempoh deferal sementara boleh sesingkat 1 hari sehingga 2 tahun, manakala deferal kekal bermaksud penderma darah tersebut tidak layak untuk menderma darah sepanjang hayat mereka bermula dari tarikh tidak layak tersebut.

Apakah sebab-sebab deferal sementara?

Beberapa contoh sebab-sebab deferal sementara yang ditemui ialah paras hemoglobin yang rendah (kurang darah), situasi dimana penderma mengalami tekanan darah rendah ataupun tekanan darah tinggi, berat badan yang kurang daripada 45 kg, sedang dalam rawatan penyakit yang memerlukan mengambil ubat seperti antibiotik, aspirin dll, selepas penerimaan vaksinasi, mengalami jangkitan kuman seperti selsema dan denggi, menjalani pembedahan (major atau minor) dan prosidur seperti rawatan gigi, tattoo ataupun prosidur akupuntur.

Di Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur, kadar deferal penderma darah adalah sebanyak 15% hingga 20% daripada jumlah penderma darah yang mendaftar sebagai penderma setiap tahun, dan kebanyakannya (90%) daripada jumlah ini merupakan penderma yang tidak layak menderma untuk tempoh yang singkat (deferal sementara). Paras hemoglobin yang rendah merupakan sebab utama penderma tidak layak menderma diikuti oleh penderma yang mengalami tekanan darah tinggi atau tekanan darah rendah.

Apakah sebab-sebab deferal kekal?

Penderma darah yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, penyakit dalam darah, sakit jantung, dan golongan penderma-penderma yang berisiko tinggi (individu yang bertukar-tukar pasangan seks, penagih dadah secara suntikan, pelacur dan individu yang melanggani pelacur, lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki yang lain) tidak akan dibenarkan menderma darah sama sekali (Deferal secara kekal).

Sebanyak 10% daripada kes-kes penderma deferal adalah deferal kekal. Kebanyakan daripada deferal kekal adalah disebabkan individu berisiko tinggi dan sejarah lawatan ke United Kingdom atau Eropah dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Individu yang pernah melawat atau mendiami di United Kingdom (England, Norther Ireland, Wales, Scotland, the Isle of Man, Channel Island) selama tempoh 6 bulan atau lebih dari 1 Januari 1980 sehingga 31 Disember 1996 adalah tidak layak menderma (deferal kekal).

Deferal kekal juga akan dikenakan ke atas individu yang pernah melawat atau mendiami di Eropah Barat (Austria, Belgium, Denmark, Finland, France, Germany, Greece, Holland, Iceland, Republic of Ireland, Italy, Liechtenstein, Luxembourg, Norway, Portugal, Spain, Sweden, Switzerland) dari 1980 sehingga sekarang selama tempoh 6 bulan atau lebih.

Bolehkah saya menilai kelayakan saya sebagai penderma darah?

Boleh. Kriteria pendermaan darah boleh dibaca melalui poster dan carta alih yang dipamirkan di ruang pendaftaran pendermaan darah di pusat-pusat kutipan ataupun kempen derma darah yang diadakan maupun melayari laman web Pusat Darah Negara : www.pdn.moh.gov.my Proses ini dikenali sebagai self derral di mana individu yang tidak memenuhi kriteria pendermaan darah atau menyedari bahawa darahnya sendiri berpotensi menjangkiti penerima darah dan membuat keputusan supaya tidak menderma darah pada waktu itu. Individu dalam golongan risiko tinggi yang dinyatakan diatas adalah dinasihati untuk tidak meneruskan niat untuk menderma darah mereka demi menjamin keselamatan bekalan darah dan kemungkinan menjangkiti pesakit yang menerima pemindahan darah tersebut.

Apakah yang akan berlaku sekiranya saya tetap menderma darah walaupun tidak layak?

Individu yang tidak memenuhi kriteria pendermaan darah (contohnya kurang paras hemoglobin, tekanan darah rendah) mungkin akan mengalami kesan sampingan dari pendermaan darah seperti sakit kepala, pening atau pitam. Individu yang tidak layak menderma untuk tempoh masa sementara adalah dinasihati dan digalakkan supaya kembali selepas tamat tempoh deferal tersebut.

Individu dalam golongan berisiko tinggi mempunyai potensi untuk menularkan penyakit bawaan darah seperti HIV, Hepatitis B, Hepatitis C atau Syphilis kepada pesakit yang menerima darah tersebut. Darah itu tercemar sekiranya penderma mendermakan darah mereka dalam tempoh window period. Ini kerana ujian saringan yang digunakan kini tidak berupaya untuk mengesan jangkitan tersebut dalam tempoh window period ini. Unit darah tersebut melepasi ujian saringan yang dijalankan dan digunakan untuk tujuan pemindahan darah berpotensi untuk menjangkiti pesakit.

Apakah yang akan berlaku sekiranya saya tidak mendedahkan maklumat seperti amalan risiko tinggi dan meneruskan pendermaan darah?

Seseorang penderma darah yang tidak mendedahkan maklumat yang dianggap penting seperti amalan risiko tinggi boleh mendatangkan banyak mudarat. Setiap unit darah yang didermakan boleh menyelamatkan sebanyak 3 nyawa apabila darah tersebut diproses kepada 3 komponen darah yang berbeza. Jadi jika pendermaan darah tersebut berlaku dalam tempoh window period penderma, maka darah tersebut berpotensi menjangkiti 3 pesakit yang berbeza pada satu-satu masa.

Penderma darah dalam golongan berisiko tinggi perlu memahami kemungkinan kemudaratan yang akan dihadapi oleh pesakit-pesakit. Setiap penderma darah perlu mempunyai rasa penuh tanggungjawab dan beretika kepada pesakit-pesakit yang bakal menerima pemindahan darah yang telah mereka dermakan. Penderma-penderma darah yang didapati memberikan pengakuan yang tidak benar berkaitan dengan tingkah laku dan gaya hidup mereka yang berisiko tinggi boleh didakwa di mahkamah mengikut peruntukan undang-undang yang sedang berkuatkuasa.

Apakah implikasi deferal pendermaan darah ke atas penderma darah dan bekalan darah?

Deferal sementara memberikan impak negatif kepada penderma darah. Kajian telah menunjukkan bahawa penderma darah yang tidak memenuhi kriteria kelayakan pendermaan darah (deferral sementara) mempunyai kurang kecenderungan untuk kembali menderma darah berbanding dengan penderma darah yang layak dan telah mendermakan darah mereka. Adalah penting supaya penderma darah yang tidak layak untuk menderma (deferal sementara) diberikan penerangan dan nasihat yang terbaik supaya mereka akan kembali semula untuk menderma darah setelah tempoh deferal tersebut tamat.

Deferal kekal pula boleh membawa kesan psikologi, dan kadang kala boleh menyebabkan perasaan seperti penolakan, kekeliruan, ketakutan, ketidakpercayaan, kemarahan, stigma dan kehilangan pada penderma itu sendiri. Perlu ditekankan bahawa tujuan deferal adalah untuk menjaga kepentingan dan keselamatan penderma dan juga pesakit.Kefahaman yang tinggi dari pihak penderma akan memudahkan penerimaan situasi dimana penderma tersebut tidak boleh menderma untuk tempoh kekal. Penderma yang terlibat ini akan diberi kaunseling secara professional oleh kakitangan yang terlatih dan kompeten supaya penderma darah boleh memahami tujuan dan mengapa mereka tidak dibenarkan menderma.

Kriteria kelayakan pendermaan darah juga dikaji dan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk menambahbaik kriteria kelayakan pendermaan darah dan mengelakkan pihak kutipan darah kehilangan penderma berpotensi tanpa sebab yang kukuh.

Di manakah boleh mendapat lebih maklumat?

Kriteria kelayakan pendermaan darah boleh diketahui dengan melayari laman web Pusat Darah Negara. Sila kunjungi www.pdn.gov.my untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kriteria kelayakan pendermaan darah.

Kriteria kelayakan pendermaan darah juga terkandung di dalam Transfusion Practice Guidelines for Clinical and Laboratory Personnel, di laman web Pusat Darah Negara.


Tarikh Kemaskini
13 Jun 2018


Notis Hakcipta
Hakcipta Terpelihara 2005-2018 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia


Paparan Terbaik
Menggunakan Internet Explorer 10 ke atas atau Mozilla Firefox 40 ke atas atau Google Chrome 40 ke atas atau Safari 4 ke atas dengan resolusi melebihi 1024 x 768 dan ke atas.


Bilangan Pengunjung

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Pengguna | Jaminan Kualiti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2018 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai tempek utk yg malas mengugel
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2018 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Bab gantikan health insurance tu tak pasti pula. Lagipun kalau hospital gomen, bayaran pun affordable..
Bab menderma tu, amat lah digalakkan kalau cukup semua syarat. Me, secara personal sangatlah happy setiap kali menderma. Cuma tu lah, perempuan, kena cari timing baik kalau nak menderma. Hasilnya, i baru je 4 kali menderma. Setahun sekali je
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2018 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
betul ke berita ni? saya dah lebih 30 kali menderma sejak 2006..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2018 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mongoose_kidz at 17-6-2018 12:26 AM

dia ade kriteria dia..
1-4 kali derma - percuma rawatan pesakit luar
5-8 kali - percuma rawatan wad kelas 3 utk 3 bulan
ni cth je...aku x brp sure
tp makin byk derma makin tggi faedahnya
klau x silap lebih 30 kali da upgrade ke first klas utk tmpoh 2 thn
yg pnting klau ade buku.merah tu bawa jela dlm bag..kot2 teradmit boleh tunjuk kat unit hasil tu..diorg tau nk guna mcm mana

Comments

useful addition  Post time 17-6-2018 04:52 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2018 03:45 AM From the mobile phone | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 17-6-2018 12:06 AM
betul ke berita ni? saya dah lebih 30 kali menderma sejak 2006..

iye, insentif kerajaan galakkan derma darah, janji ad buku merah tu sbgai rekod
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2018 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
pernah terbaca artikel berkenaan penderma darah..

http://www.mingguanwanita.my/encik-tak-perlu-bayar-bil-apa-apa-semuanya-kerana-sekeping-buku-merah-lusuh/

credit : mingguan wanita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.217146 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list