For more info >> kmania.info
Misteri potret keluarga “Mama Fairy and the Woodcutter” (tvN) yang bakal bersiaran November depan
by runaway_dida · Published October 10, 2018 · Updated October 10, 2018
Drama “Mama Fairy and the Woodcutter” yang akan mengisi slot drama Isnin-Selasa tvN akan datang telah meriliskan poster untuk drama tersebut.
“Mama Fairy and the Woodcutter”adalah sebuah drama adaptasi dari webtoon yang bergenrekan Comic Fantasy, dan mengisahkan tentang pari-pari berusia 699 tahun bernama Sun Ock Nam (dimainkan oleh Moon Chae Won dan Go Doo Shim) dari Dinasti Goryeo dan Joseon.Sun Ock Nam bekerja sebagai seorang barista (orang yang menyediakan minuman kopi) di zaman moden dan bertemu Jung Yi Hyun (Yoon Hyun Min) dan Kim Geum (Seo Ji Hoon) yang berkemungkinan antara mereka adalah kelahiran semula suaminya yang telah meninggal.
Konsep poster drama ini adalah potret keluarga yang diambil distudio foto vintage. Moon Chae Won, pemenang Best Actress 1st CARIKdrama Awards ini, tersenyum manis, sementara Yoon Hyun Min mempamerkan riak wajah yang serius dan Seo Ji Hoon dengan karakter yang menyenangkan. Kedua-dua poster menunjukkan bahawa Moon Chae Won dan Go Doo Shim akan membawakan watak yang sama dan apa yang akan membuat penonton tertanya-tanya adalah, rahsia disebalik karakter lakonan Mina (Gugudan).
Kapsyen tertera di sebelah poster itu yang bermaksud, “Siapa suami saya, tukang kayu yang hilang sejak 699 tahun yang lalu? ” sekaligus mengingatkan para penonton kepada cerita rakyat Korea” The Fairy and the Woodcutter. ” Poster juga menimbulkan rasa ingin tahu mengenai adakah Yoon Hyun Min atau Seo Ji Hoon adalah suami sebenar Sun Ock Nam.
“Mama Fairy and the Woodcutter” akan mula ditayangkan pada 5 November depan pada pukul 9 malam KST bagi menggantikan drama “100 days Husband”.
|