CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6532|Reply: 8

Happy Science atau ‘Kofuku no Kagaku’, Agama Baru Dari Jepun yang Bertapak di Ma

[Copy link]
Post time 16-1-2019 12:34 PM | Show all posts |Read mode




Happy Science atau disebut dalam bahasa Jepun ‘Kofuku no Kagaku’ adalah sebuah gerakan keagamaan dan kerohanian yang ditubuhkan di Jepun pada 6 Oktober 1986 oleh Ryuho Okawa. Beliau merupakan seorang pengkagum kepada seorang tokoh agama baru di Jepun yang bernama Takahashi Shinji.





Pada 7 Mac 1991, gerakkan ini secara rasminya ia menjadi agama rasmi di Jepun dan tergolong dalam kumpulan Shinshukyo atau Shukyo Shinko (agama baru).


Seterusnya, pada bulan Februari 2008 nama rasmi bagi agama ini telah ditukar dari sebutan bahasa Jepun iaitu ‘Kofuku no Kagaku’ kepada Happy Science. Mereka memiliki pertubuhan iaitu, The Institute for Research in Human Happiness (IRH) dan syarikat penerbitan persendirian iaitu IRH Press.



Sejarah

Agama Happy Science diasaskan oleh Ryuho Okawa dan beliau dilahirkan pada 7 Julai 1956 di Tokushima Prefecture, Jepun. Selepas menamatkan pengajian di Universiti Tokyo, beliau berkhidmat di sebuah syarikat perdagangan antarabangsa yang berpangkalan di Tokyo.





Pada awal tahun 1980-an, Ryuho Okawa membaca buku-buku penulisan Takahashi Shinji, pengasas kepada sebuah agama baru God Light Association (GLA) di Jepun. Ryuho Okawa mengaku, beliau banyak terpengaruh dengan ajaran yang diperkenalkan oleh Takahashi Shinji. Jika diperhatikan terdapat banyak persamaan doktrin yang dibawa oleh Takahashi Shinji diserap masuk ke dalam Happy Science.


Takahashi Shinji pada awalnya pemilik syarikat Koden Industry Co., Ltd, sebuah syarikat yang menghasilkan barangan elektronik. Menjelang tahun 1960-an, Takahashi mendakwa beliau telah berkomunikasi dengan roh dan mencapai pencerahan melalui bimbingan roh tersebut. Beliau mendakwa roh itu adalah roh Jesus, Buddha dan Musa. Bermula detik itu, Takahashi kemudian berkhidmat sebagai seorang pemimpin agama dan menulis tentang pengalaman dan lukisan yang berkenaan dengan pengalaman kerohanian yang diperolehi sepanjang beliau berkomunikasi dengan roh-roh tersebut.


Agama yang diasaskan oleh Takahashi Shinji secara rasminya mengguna pakai nama ‘God Light Association’ pada tahun 1970. Sejak bulan Mac 1973, agama God Light Association (GLA) telah diiktiraf sebagai sebuah agama yang sah (shukyohojin) yang dilindungi di bawah undang-undang Jepun.


Setelah kematian Takahashi Shinji, anaknya Takahashi Keiko telah diamanahkan untuk memimpin agama GLA yang diwarisi daripada ayahnya di wilayah Tokyo. GLA terus berkembang serta berubah di bawah kepimpinan Keiko sehingga dapat menambah pengikut lagi ramai. Antara kelebihan ajaran agama ini adalah sering menggunakan bahasa saintifik dan metafora teknologi untuk menjelaskan fenomena rohani yang kompleks. Beliau juga memiliki pemikiran moden dan rasional yang mampu menjelaskan konsep kehidupan manusia di bumi, hasil gubahan yang beliau pelajari mengenai Buddha dan Kristian


Hasil dari apa yang telah berlaku kepada Takahashi Shinji ini telah memberi inspirasi kepada Ryuho Okawa sehingga membawa kepada kewujudan agama Happy Science. Pada 23 Mac 1981, Ryuho Okawa mendakwa beliau telah mencapai tahap pencerahan dan perlu membawa misi untuk khabar kegembiraan kepada seluruh umat manusia. Pada tahun 1986, beliau telah meletak jawatan dari syarikat besarnya lalu menumpukan perhatian untuk mengasaskan ajarannya sendiri. Setelah itu, beliau bergiat aktif menyampaikan ceramah dan penulisan buku untuk menyebarkan agamanya.


Beberapa filem yang dihasilkan Happy Science tentang kegemilangan Okawa



Seperti Takahashi Shinji, Ryuho Okawa juga mendakwa beliau juga dapat berinteraksi dengan roh orang yang telah meninggal. Selain itu beliau juga dapat berinteraksi dengan roh atau semangat yang membimbing seseorang yang hidup di dunia ini. Hasil dari dialog tersebut membawa kepada beliau menulis dan membukukan apa yang diinteraksikan bersama roh tersebut.

Antara roh yang Ryuho Okawa berinterkasi adalah roh Nabi Muhammad, Jesus, Musa, Buddha, dan tokoh-tokoh agama yang lain. Manakala roh-roh mutakhir ini yang di temuramah oleh beliau seperti Mahatma Gandi, Osama Ben Laden, Saddam Hussein, Puteri Diana, Nelson Mandela, Mother Teresa, dan ramai lagi.


Hasil dari interaksi beliau dengan roh-roh ini, beliau merakam dan mempersembahkan ke dalam terbitan buku-buku yang dihasilkan oleh beliau sendiri. Di situ ditulis dialog penceritaan yang dikarang berdasarkan ‘temu bicara’ secara spiritual yang didakwa oleh beliau.


Caranya adalah beliau akan menghimpunkan beberapa orang pengikutnya di dalam sebuah dewan ibadat Happy Science. Pengikutnya itu bertindak sebagai penemuramah kepada roh yang akan masuk ke dalam badan Ryuho Okawa. Okawa akan mulakan dengan menceritakan pengenalan dengan roh siapa akan memasuki badannya, lalu beliau mulakan dengan “In the name of Elohim, I’ll summon the gurdian spirit of….” beliau memejam mata sambil menekupkan kedua tangan lalu roh yang diseru tersebut memasuki badannya. Lalu beliau mula bercakap sebagai orang yang diseru tersebut. Dari situ pengikutnya akan menemuramah ‘roh’ tersebut dan hasil temu ramah itu akan dibukukan.


Happy Science di Malaysia


Selain itu juga beliau mendakwa dapat mengetahui siapa yang berada di dalam syurga dan siapa di dalam neraka. Umpamanya di dalam buku tulisan beliau berjudul ‘The Just Cause In The Iraq War’, beliau mengatakan Saddam Hussein dan Osama Ben Laden sekarang berada di dalam neraka. Dan beliau juga mendakwa Saddam bertanggunjawab ke atas insiden 9/11 sedangkan realiti pada hari ini ramai yang telah mendedahkan insiden itu adalah konspirasi dari pihak Amerika Syarikat sendiri. Manakala di dalam buku Spiritual Interview With Princess Diana, beliau menceritakan bahawa roh Puteri Diana tergantung iaitu tidak ke syurga dan tidak ke neraka. Hasil dari situ beliau memasukkan Puteri Diana ke dalam syurga.


Kepercayaan

Happy Science mempercayai terdapat satu Tuhan yang paling berkuasa di alam semesta. Tuhan itulah yang layak disembah dan dikenali sebagai ‘El Cantare. Perkataan ‘El’ bermaksud ‘cahaya’ dan ‘Cantare’ bermaksud ‘tanah’ atau ‘bumi’. Jadi, ‘El Cantare’ bermaksud tanah yang indah bumi bercahaya; melambangkan Tuhan.


Menurut Happy Science, El Cantare telah mengambil tempat beberapa kali menjelma di dunia ini. Sejarah pertama adalah jelmaan El Cantare sebagai Alpha, iaitu sumber kepada kejadian alam semesta sekitar tahun 300 juta tahun lalu. Manakala setelah itu ia menjelma dalam bentuk Elohim sekitar 150 juta tahun lalu.


Mereka juga percaya El Cantare menjelma di bumi sebagai manusia dan dilahirkan sebagai Sidharta Gautama Buddha. Dalam Perjanjian Lama (Bible), Elohim itu difahami dan dikenali sebagai El Cantare, yang turut mewakili legenda purba bagi semua agama. Bagi Happy Science, semua agama datang dari satu sumber iaitu El Cantare.


Menurut buku-buku Okawa, beliau juga mendakwa sebahagian daripada El Cantare terdapat di dalam dirinya. Lalu, beliau bertindak membimbing umat manusia untuk mewujudkan sebuah dunia yang harmoni dan makmur.


Selain itu, penganut agama ini juga percaya bahawa El Cantare sudah diutuskan di bumi lebih awal sebelum Buddha. Juga dipercayai El Cantare sudah turun ke bumi dalam bentuk manusia sebanyak enam kali sebagai tokoh yang berlainan. Antaranya;


17,000 tahun lalu El Cantare menjelma sebagai La Mu di Benua Mu.
12,000 tahun lalu El Cantare menjelma sebagai Thoth di Atlantis.
7,000 tahun lalu El Cantare menjelma sebagai Rient Arl Croud Empayar Kuno Inca.
6,500 tahun lalu El Cantare menjelma sebagai Ophealis di Greece.
4,300 tahun lalu El Cantare menjelma sebagai Hermes di Pulau Crete, Greece.
2,500 tahun lalu El Cantare menjelma sebagai Sidharta Gautama Buddha di Nepal dan India.

Manakala Ryuho Okawa adalah penjelmaan semula Buddha. Beliau merupakan El Cantare pada akhir zaman.



Ajaran

Asas ajaran Happy Science adalah ‘Penerokaan Hak Minda’ dan ‘Prinsip Kebahagiaan’. Menurut Okawa, untuk memperoleh kebahagiaan, seseorang itu perlu mengamalkan Prinsip Kebahagiaan yang terdiri daripada empat prinsip iaitu cinta, kebijaksanaan, muhasabah dan kemajuan.


Terdapat satu syarat bagi seseorang yang mahu menganut Happy Science, iaitu mesti mempunyai aspirasi dan wawasan untuk mencari jalan dan menyumbang kepada merealisasikan cinta, keamanan dan kebahagiaan di bumi.


Pada masa sama, Happy Science juga menggalakkan penganutnya supaya cakna terhadap politik dan ketenteraan Jepun. Mereka juga menyokong penggunaan tenaga nuklear untuk melawan Komunis China dan Korea Utara. Bagi mereka, itu adalah persediaan dalam peperangan.


Walau bagaimanapun, ajaran Happy Science banyak berpandukan kepada asas-asas agama Buddha. Malah, ucapannya juga banyak mengaitkan dengan ajaran Buddha, memandangkan beliau mendakwa bahawa dirinya itu adalah kelahiran semula Buddha (El Cantare).

Pada hari ini, terdapat lebih daripada 10,000 cawangan pejabat agama tempatan dan kuil-kuil (Shojas) seluruh Jepun dan dunia. Jumlah penganut mereka juga dianggarkan sekitar 11 hingga 12 juta di seluruh dunia.



Happy Science New York



Kitab Suci

Dalam Happy Science, buku tulisan Ryuho Okawa dianggap sebagai kitab suci. Terdapat banyak sekali buku yang ditulis oleh Ryuho Okawa sehingga dikatakan melebihi 2300 buah buku. Pada tahun 2011 beliau mendapat rekod Guinness World Records sebagai penulis buku terbanyak dalam satu tahun. Dianggarkan seminggu menghasilkan sebuah buku.


Antara kesemua buku yang ditulis beliau, Buku The Law of The Sun adalah kunci kepada dasar ajaran Happy Science. Namun, buku yang digunakan ketika beribadat dan berdoa mereka akan menggunakan buku Words of Truth the Dharma of the Right Mind yang dijadikan kitab suci utama yang dibaca ketika berada di rumah ibadat.


Happy Science Di Malaysia

Di Malaysia mereka memiliki 4 cawangan iaitu, Pusat Happy Science Malaysia Bukit Jalil, Happy Science Malaysia Kota Damansara Centre, Happy Science Malaysia Penang Centre dan Happy Science Malaysia Kuantan Missionary House.



Cawangan Happy Science Malaysia



Antara banyak-banyak negara Asia selain Jepun (tempat Happy Science bertapak), Malaysia adalah negara yang memiliki cawangan Happy Science yang terbanyak berbanding di negara Asia lain. Pusat bagi agama Happy Science di Malaysia adalah di Bukit Jalil. Pusat itu dirasmikan pada 4 September 2011. Di sanalah mereka menjual buku-buku yang ditulis oleh Ryuho Okawa, ada yang berbahasa English, bahasa Indonesia, bahasa Cina dan juga bahasa Jepun. Pada setiap hari ahad mereka akan membuat upacara sembahyang, meditasi dan juga penyampaian khutbah di ruang dewan ibadat mereka di tingkat atas.




Selang beberapa hari setelah pembukaan Pusat Happy Science Malaysia, Ryuho Okawa buat pertama kali dijemput datang ke Malaysia dan memberi ucapan di Plenary Hall di Kuala Lumpur Convension Center (KLCC) pada 18 September 2011 dan beliau memberi pidato bertajuk “The Age of Mercy” yang dihadiri sekitar 3000 orang.


Setelah itu, antara misionari antarabangsa Happy Science yang meneruskan perkembangan susulan adalah Dr Jiro Imai yang merupakan misionari antarabangsa yang aktif menyebar fahaman Happy Science di luar negara. Di Malaysia, beliau adalah misionari yang aktif membuat program di Selangor dan Pulau Pinang.


Di Malaysia, Kementerian Dalam Negeri pernah mengharamkan buku tulisan Ryuho Okawa yang bertajuk The Golden Laws: History Through the Eyes of the Eternal Buddha pada 9 Jun 2015. Buku ini menghimpunkan kisah dan sejarah tokoh agama seperti Buddha, Krishna, Konfusius, Socrates, Jesus Christ, dan nabi Muhammad. Ia di ban kerana memiliki fakta yang menyeleweng dan bercanggah dengan fahaman Islam. Selain itu juga, Ryuho Okawa menulis buku berjudul Messages From Heaven. Di dalam buku tersebut beliau menceritakan dialog beliau di dalam alam roh bersama nabi Muhammad, nabi Musa, dan nabi Isa.


Ahmad Iqram Mohd Noor




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2019 12:56 PM | Show all posts
@SissySembah    sila komen
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 12:59 PM | Show all posts
science pala duboq apa kalau dok ada percaya2....dah2...hangpa pi google julia kyoka dan hitomi tanaka lagi baguih...wakakakakkakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
syukur lady diana dah masuk syurga
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 01:03 PM | Show all posts
Pada masa sama, Happy Science juga menggalakkan penganutnya supaya cakna terhadap politik dan ketenteraan Jepun. Mereka juga menyokong penggunaan tenaga nuklear untuk melawan Komunis China dan Korea Utara. Bagi mereka, itu adalah persediaan dalam peperangan.

Walau bagaimanapun, ajaran Happy Science banyak berpandukan kepada asas-asas agama Buddha. Malah, ucapannya juga banyak mengaitkan dengan ajaran Buddha, memandangkan beliau mendakwa bahawa dirinya itu adalah kelahiran semula Buddha (El Cantare).


Alamak kalau bukan orang jepun kena gigih cakna politik dan tentera jepun jugak ke sis. menyokong pengunaan nuklear tak menahan tu. kata cinta keamanan





Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy hantar thread ini ke bod agama.
Terima kasih atas usaha membuka thread.
Kami mod CI sgt menghargai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2019 02:01 PM | Show all posts
agama yg cedok dari agama lain jua... another mitos...
tak lama pun akan bertahan agama2 begini... so is agama samawi...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2019 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
jetrofa replied at 16-1-2019 01:01 PM
syukur lady diana dah masuk syurga

Yg ni lawak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2019 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Interesting buku dia buku ke kitab dia ni... cover ala2 anime
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.058466 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list