View: 48488|Reply: 333
|
Al-Qur'an & Hadith : Jalan ke Syurga
[Copy link]
|
|
Edited by boca120879 at 30-3-2021 12:24 PM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
ذَٰلِكَ مَبْلَغُهُمْ مِنَ الْعِلْمِ
Itulah sejauh-jauh pengetahuan mereka.
إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ
Sesungguhnya Tuhanmu,
Dialah yang paling mengetahui
siapa yang tersesat daripada jalan-Nya
وَهُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اهْتَدَىٰ
dan Dia pulalah yang paling mengetahui
siapa yang mendapat petunjuk.
(Surah An-Najm 53:30)
Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 11-2-2020 11:26 AM
Diceritakan oleh Khallad bin Yahya, diceritakan oleh 'Abdul Wahid bin Ayman, daripada bapanya (Ayman), daripada Jabir bin 'Abdullah r.a.,
Bahawa ada seorang wanita kaum Ansar berkata kepada Rasulullah s.a.w.
"Tidakkah sebaiknya aku buatkan sesuatu yang boleh baginda gunakan
kerana aku punya anak yang pekerjaannya sebagai tukang kayu?"
Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Silakan bila kamu kehendaki".
Maka wanita itu membuatkan mimbar.
Ketika hari Jumaat Rasulullah s.a.w. duduk di atas mimbar yang telah dibuat tersebut.
Lalu batang pohon kurma yang biasanya Rasulullah s.a.w. berkhutbah di atasnya
berteriak hingga hampir-hampir batang pohon itu terbelah.
Maka Rasulullah s.a.w. turun menghampiri batang kayu tersebut
lalu memegang dan memeluknya
hingga akhirnya batang kayu tersebut merintih dengan perlahan seperti bayi
hingga akhirnya berhenti dan menjadi tenang.
Rasulullah s.a.w. berkata,
"Batang kayu itu menangis
kerana zikir yang pernah didengarnya."
(Hadith Bukhari no. 1953)
Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 11-2-2020 11:25 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh 'Amru bin Ali, diceritakan oleh Abu 'Ashim, daripada Ibnu Juraij, diceritakan oleh Musa bin 'Uqbah, daripada Nafi', daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w. bersabda,
"Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia (Allah) akan menyeru Jibril,
"Sesungguhnya Allah mencintai fulan, maka cintailah dia."
Maka Jibril pun mencintai orang tersebut, lalu Jibril menyeru kepada penghuni langit, "Sesungguhnya Allah mencintai fulan, maka cintailah fulan"
maka penduduk langit pun mencintai orang tersebut,
hingga akhirnya ditetapkan bagi fulan untuk diterima di bumi."
(Hadith Bukhari no. 5580)
Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 12-2-2020 07:10 PM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuhDiceritakan oleh Ibrahim bin Al Mundzir, diceritakan oleh Muhammad bin Fulaih, diceritakan oleh bapanya (Fulaih), diceritakan oleh Hilal bin Ali, daripada Atha' bin Yasar, daripada Abu Hurairah,
Ketika Nabi s.a.w. berada dalam suatu majlis membicarakan suatu kaum, tiba-tiba datanglah seorang Arab Badwi lalu bertanya, "Bila datangnya hari kiamat?"
Namun Nabi s.a.w. tetap melanjutkan pembicaraannya.
Sementara itu sebahagian kaum ada yang berkata, "Nabi s.a.w. mendengar perkataannya akan tetapi Nabi s.a.w. tidak menyukai apa yang dikatakannya itu,"
dan ada pula sebahagian yang mengatakan, "Bahawa Nabi s.a.w. tidak mendengar perkataannya."
Hingga akhirnya Nabi s.a.w. menyelesaikan pembicaraannya, seraya berkata, "Mana orang yang bertanya tentang hari kiamat tadi?"
Orang itu berkata, "Saya wahai Rasulullah!".
Maka Nabi s.aw. bersabda, "Apabila sudah hilang amanah maka tunggulah terjadinya kiamat."
Orang itu bertanya, "Bagaimana hilangnya amanah itu?"
Nabi s.a.w. menjawab, "Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka akan tunggulah terjadinya kiamat."
(Hadith Bukhari no. 57)
Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Antara Sunnah terakhir dari baginda Rasullullah saw sebelum kembali kpd-Nya adalah "kembali kpd Alquran dan Sunnah" sekiranya berlaku sebarang khilaf.
Akan tetapi manusia ini sifatnya LALAI. Kerana mereka tidaklah memerhatikan makna petunjuk diatas petunjuk lalu berpaling sambil mensabitkan sesuatu yg TIADA NASKH yg pernah diucapkan oleh baginda Rasullullah saw.
Hadis tetaplah hadis. Dan janji Allah itu berserta kebenaran yg dibawakan oleh baginda Rasullullah saw menerusi Sunnah. Sunnah di atas Sunnah itu petunjuk yg tak perlu dipertikaikan. Amatlah buruk sikap manusia bila menafikan hak "cahaya di atas cahaya". Dan itulah cara utk ke syurga (kembali kpd Alquran dan Sunnah)
Hidup ini jgn ikut cara Iblis. Ikutlah Alquran dan Sunnah. Dalam hadis, bukan semuanya sunnah. Dan pastilah, sunnah itu kerap didustakan menerusi hadis.
Saya nasihatkan, kpd pendusta2 agama khasnya. Bila awak mula berdusta, sambil bersumpah dgn menggunakan nama Allah, lalu awak lupa dari mana diri itu diciptakan, ingatlah akan janji2 dari Allah terhadap mereka yg bersumpah itu, tiada bahagian kebaikkan diakhirat kelak kpd mereka2 yg berdusta lalu bersumpah dgn menggunakan nama Allah. Dan itulah apa yg telah ditetapkan-Nya.
Berbahagialah orang2 yg lalai, bila ditandai-Nya bukti kebodohan. Sebodoh2 manusia itu, bila diingatkan, pasti dirinya ingkari. Dan pastilah, Allah itu Maha Adil lagi Bijaksana. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 13-2-2020 03:43 PM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Abdullah bin Maslamah, daripada Malik, daripada Abdurrahman bin Abdullah bin Abdurrahman bin Abu Sha'Sha'ah, daripada bapanya (Abdullah bin Abdurrahman bin Abu Sha'Sha'ah), daripada Abu Sa'id Al Khudri, Rasulullah s.a.w.bersabda,
"Hampir saja terjadi (suatu zaman)
harta seorang muslim yang paling baik
adalah kambing yang digembalakannya di puncak gunung dan tempat-tempat terpencil,
dia pergi menghindar dengan membawa agamanya
disebabkan takut terkena fitnah."
(Hadith Bukhari no. 18)
Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 17-2-2020 09:57 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Suwaid bin Nashr, diceritakan oleh 'Abdullah bin Al-Mubarak, daripada Hammad bin Salamah, daripada Ayyub, daripada Abu Qibalah, daripada Anas, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Di antara tanda- tanda hari Kiamat adalah
manusia bermegah-megahan dalam membina masjid.”
(Hadith Nasa'i no. 682)
Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 20-2-2020 12:00 PM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Isma'il bin Abu Uwais, diceritakan oleh Malik, daripada Hisyam bin 'Urwah, daripadabapanya ('Urwah), daripadaAbdullah bin 'Amru bin Al 'Ash, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekaligus daripada hamba-Nya,
akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama hingga bila sudah tidak tertinggal ulama
maka manusia akan mengangkat pemimpin daripada kalangan orang-orang bodoh,
ketika mereka (pemimpin) ditanya mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan."
(Hadith Bukhari no. 98)
Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 21-2-2020 09:58 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh 'Abdurrahman bin Ibrahim bin Ad Dimasyqi, diceritakan oleh Bisyr bin Bakr, diceritakan oleh Ibnu Jabir, diceritakan oleh Abu Abdus Salam, daripada Tsauban, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Hampir-hampir bangsa-bangsa (lain) memperebutkan kalian (umat Islam), seperti memperebutkan makanan yang berada di mangkuk."
Seorang lelaki berkata, "Apakah kami waktu itu berjumlah sedikit?"
Rasulullah s.a.w. menjawab, "Bahkan jumlah kalian pada waktu itu sangat banyak, namun kalian seperti buih di permukaan air.
Sungguh Allah akan mencabut rasa takut mereka kepada kalian, dan akan menanamkan ke dalam hati kalian Al wahn."
Seseorang lalu berkata, "Wahai Rasulullah, apa itu Al wahn?"
Rasulullah s.a.w. menjawab, "Cinta dunia dan takut mati."
(Hadith Abu Daud no. 3745)
Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 11-3-2020 09:50 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Muhammad bin Al Mutsanna dan Ibnu Basysyar, (kedua-duanya) diceritakan oleh Muhammad bin Ja'far, diceritakan oleh Syu'bah, diceritakan oleh Qatadah, daripada Anas bin Malik,
"Ketahuilah, saya akan memberitahukan kepada kalian suatu hadith yang pernah saya dengar daripada Rasulullah s.a.w. yang tidak akan ada seorang pun yang menceritakan kembali kepada kalian sepeninggalan saya kelak.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda,
“Di antara tanda-tanda kiamat adalah
hilangnya ilmu (keislaman),
merebaknya kebodohan,
bermaharajalelanya perzinaan,
banyaknya orang yang meminum minuman keras,
berkurangnya populasi kaum lelaki dan bertambahnya kaum wanita, hingga akhirnya seorang lelaki akan menguruskan lima puluh (50) orang wanita.”
(Hadith Muslim no. 4825)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 16-3-2020 12:44 PM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh 'Amr bin 'Ali, diceritakan oleh Yahya, diceritakan oleh Syu'bah, diceritakan oleh Al-Walid bin Al-'Aizar, diceritakan oleh Abu 'Amr Asy-Syaibani, diceritakan oleh 'Abdullah,
'Aku pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.,
"Apakah amalan yang paling dicintai Allah a.w.j.?
Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Solat pada waktunya,
berbakti kepada orang tua (ibu bapa),
dan jihad di jalan Allah a.w.j."
(Hadith Nasa'i no. 606)
Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 16-3-2020 12:46 PM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Utsman bin Abu Syaibah, diceritakan oleh Jarir, daripada Manshur, daripada Abu Wa'il,
Abdullah memberi pelajaran kepada orang-orang setiap hari Khamis,
kemudian seseorang berkata, "Wahai Abu Abdurrahman, sungguh aku ingin kalau anda memberi pelajaran kepada kami setiap hari"
Abdullah berkata, "Sungguh aku enggan melakukannya, kerana aku takut membuat kalian bosan,
dan aku ingin memberi pelajaran kepada kalian sebagaimana Nabi s.a.w. memberi pelajaran kepada kami kerana khuatir kebosanan akan menimpa kami."
(Hadith Bukhari no. 68)
Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apa jenis hadis yg boleh memasukkan seseorg ke dalam syurga-Nya?
Ianya berkaitan amalan yg perlu dilakukan dan bukan pula suatu ketetapan yg mana telah dicatitkan-Nya sebagai amalan yg berlaku utk menandakan sesuatu yg dinamakan keadaan yg dimaksudkan itu.
Dan pastilah, ada bezanya setiap yg dinamakan Sunnah. Hadis tetaplah hadis. Jika benar hadis2 yg berkaitan itu menjelaskan nasib mana2 pengamalnya itu layak utk masuk ke syurga-Nya, maka itulah yg dinamakan petunjuk Alquran dan Sunnah. Selain dari itu, ianya berkaitan Alquran dan hadis.
Sekian, harap maklumi. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa bezanya, seseorg itu menyatakan "marilah kembali kpd Alquran dan Sunnah" berbanding seseorg yg mengajak kita utk "kembali kpd Alquran dan hadis"?
Bezanya adalah pada Sunnah itu mencakupi apa yg disuruh dan apa yg dilarang oleh-Nya, sebaliknya hadis itu mencakupi apa yg pernah berlaku, sedang berlaku dan semestinya akan berlaku.
Adakah menjadi kesalahan utk mempelajari hadis? Tiada salahnya kerana ianya sejenis ilmu yg melibatkan isu2 sejarah dan peradaban manusia, isu2 apa yg sedang berlaku dan isu2 yg akan berlaku. Dan pastilah, di dalam hadis2 itu terdapatnya Sunnah dan juga pendustaan Sunnah sekiranya berkaitan.
Islam itu mudah bukan? |
|
|
|
|
|
|
|
Apa bezanya seseorg yg memilih ilmu sebagai tujuan berbanding seseorg yg memilih ilmu sebagai sebab? Makanya disebalik itulah, kita akan menyedari kekurangan dan kelebihan yg dikurniai-Nya ke atas diri kita.
Ada yg berkata, "betul apa yg saya maksudkan itu". Soalnya, adakah tujuan yg dimaksudkan itu mencapai maksud diredhai oleh-Nya? Jika ada, sila nyatakan. Jika tiada, ketahuilah adanya perbezaan hadis dan Sunnah meskipun ianya saling-melengkapi tanpa keraguan atasnya melainkan apa yg pernah didustakan oleh manusia jua.
Sekian, terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dovob at 15-2-2019 10:53 AM
Sebelum terlupa, saya minta maaf byk2 pasal, ada perkara yg dinyatakan oleh boca, tidak dijelaskan oleh saya (meskipun mampu dijawab).
Ini kerana, boca menyuruh semua sidang yg membacanya utk merujuk ulama. Menghormati permintaan seseorg yg mana nafsunya berkehendak kpd perkara ketaqwaan itu suatu yg perlu dimuliakan. Makanya, dengan rasa rendah diri, biarlah ulama2 yg menjawabnya kerana sebenar2 ulama itu, pewaris para an-biya kpd sesiapa yg berkehendakkan jawapan atas hadis2 berkenaan. Dan ketahuilah, jika ulama2 tidak mampu menjawabnya dengan penuh ketaatan terhadap perintah2 Allah atas sesuatu hadis, yg mana tidak sama sekali memuaskan nafsu yg mencari kebenaran-Nya, makanya, serahkanlah urusan itu kpd Allah atas apa yg dimaksudkan itu.
Sekian, terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 17-3-2020 10:38 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Muhammad bin Al Mutsanna, diceritakan oleh Yahya, daripada Hisyam, diceritakan oleh bapanya, daripada Aisyah,
Nabi s.a.w. mendatangi Aisyah dan bersamanya ada seorang wanita lain,
lalu Nabi s.a.w. bertanya, "siapa ini?"
Aisyah menjawab, "si fulanah."
Lalu diceritakan tentang solatnya.
Maka Nabi s.a.w. bersabda, "tinggalkanlah apa yang tidak kalian sanggupi,
demi Allah, Allah tidak akan bosan hingga kalian sendiri yang menjadi bosan,
dan agama yang paling dicintai-Nya adalah apa yang sentiasa dikerjakan secara rutin dan konsisten."
(Hadith Bukhari no. 41)
Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 17-3-2020 10:25 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakanoleh Al Harits bin Miskin, diceritakan oleh Ibnu Wahab, daripada Yunus, daripada Ibnu Syihab,daripada Sa'id binMusayyab, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Lima (5) perkara yang termasuk fitrah,
1) berkhatan,
2) mencukur bulu kemaluan,
3) memotong kumis,
4) memotong kuku,
5) dan mencabut bulu ketiak."
(Hadith Nasa’i no. 9)
Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 17-3-2020 10:31 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Ubaidillah bin Sa'id, diceritakan oleh Yahya (Ibnu Sa'id), daripada Ubaidillah, diceritakanoleh Nafi’, daripadaIbnu Umar,
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Pendekkan kumis
dan biarkan (panjangkan) janggut."
(Hadith Nasa’i no. 15)
Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 1-7-2020 08:31 PM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Muhammad bin Abu Ghalib, diceritakan oleh Muhammad bin Ismail, diceritakan oleh Mu'tamir, diceritakan oleh ayahnya, diceritakan oleh Qatadah, diceritakan oleh Abu Rafi', diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Allah menetapkan satu (1) ketetapan sebelum mencipta penciptaan
'rahmat-Ku lebih mendahului kemurkaan-Ku,
dan itu tercatat di sisi-Nya di atas 'arsy."
(Hadith Bukhari no. 6999)
Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|