Haaa salam semua. Saya nak tanya. Tak tau la sejak bila start. Aku suka melukis. Tapi sejak berapa tahun lalu. Ade satu corak patern kalau aku nampak terus aku loya nak muntah plus pening sangat2. Selain tu, aku pernah baru2 ni menginap hotel. Hotel tu ada jam dinding. Besar. Tapi nombor dia kecik. Line hitam jarum penunjuk lagi menyerlah dari nombor. Tiba2 aku rasa loya dan sesak nafas. Tak salah aku patern yang aku tak boleh hadap adalah patern geometrik yang kucar kacir dan warna garang. Terus on the spot sesak nafas, loya dan muntah. Biasanya patern pada bangunan besar. Eh entahlah aku pun tak faham kenapa jadi macam tu. Nak kena jumpa doktor ke?kang kena gelak pulak aku.