Post time 17-6-2019 06:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Menggambarkan kehidupan rakyat malaysia satu ketika dahulu. Dalam satu kampung, mahupun pekan memang saling mengenali diantara satu sama lain. Janganlah nak buat perangai, pasti sampai ke telinga mak ayah kita. Bangsa berlainan pun, amat rapat. Perkara biasa ‘singgah’ belajar, main, makan sama-sama. Harmoni sangat.
Ingat kata-kata azimat ni:
Ikhlaskan hati. Buat sesuatu jangan mengharapkan balasan. Apa yang pasti, kalau kita niat ikhlas memudahkan urusan orang lain, urusan kita dipermudahkan olehNya. In shaa Allah.
Iklan berdurasi empat minit itu mengisahkan tentang hubungan keikhlasan sesama penduduk di sebuah kampung yang melibatkan seorang kanak-kanak bernama Amir dan datuknya, Pak Din.
Pak Din seorang peniaga kedai runcit yang ramah manakala Amir pula seperti kebanyakan kanak-kanak lain yang sangat meminati kuasa luar biasa dan mempunyai impian menjadi seorang ‘superhero’.
Namun, apabila suatu hari kedai runcit datuknya ditimba masalah ketika hujan lebat menyebabkan atap kedainya bocor, barulah Amir sedar bahawa kuasa luar biasa itu sebenarnya ada pada datuknya sendiri dan penduduk kampung.
iklan ni menujukkn yang datuk amir ni sangat di senangi oleh semua masyarakat tidak kira kaum, makanya semua org sudi menolong datuknya ketika di timpa musibah.
Bagus iklan ni..Datuk dia buat baik dengan orang , Pastu bila atok ni di timpa musibah orang lain pun tak berkira nak tolong dia balik.Msg mengenai perpaduan pun ye jugak antara kaum.Daku suka tengok cucu dia tu..pandai belakon...hehe
Post time 20-6-2019 12:16 PMFrom the mobile phone|Show all posts
BUAT BAIK, JANGAN DIHARAP DIBALAS BAIK.
Sesiapa pun di dunia ini ingin merasai dirinya dihargai apatah lagi dihormati oleh orang lain. Maka, untuk itu kita seringkali dinasihatkan agar berbuat baiklah kepada orang lain jika ingin dibalas dengan kebaikan juga. Maksudnya, kalau kita inginkan orang menghargai kita...maka mulalah dengan menghargai orang terlebih dahulu. Begitu juga jika kita ingin orang lain menghormati kita, maka mulakanlah dengan menghormati orang lain. Namun begitu, persoalannya di sini ialah berapa ramaikah yang telah mengikuti nasihat ini dan menerima balasan yang seperti mana diharapkan? Malah ada juga yang berbuat baik, tetapi balasannya ditikam-tikam dan dipijak-pijak pula dari belakang! Adilkah begitu?
Benarlah, pengalaman itu guru terhebat yang dapat mengajar kita erti hidup yang sebenar. Bila mana menempuhi saat-saat berbuat baik tetapi tidak dibalas dengan baik ini...maka, berlapang dadalah. Ikhlaskanlah hati sewaktu memberikan kebaikan pada orang itu. Supaya dengan hati yang ikhlas, kita tidak mengharapkan apa-apa balasan daripadanya. Pada mulanya memang agak sukar kerana hati merasa sakit sangat! Mana tidaknya, kadangkala kita terpaksa berkorban demi untuk berbuat baik padanya...tetapi apa yang dibalas, adalah sebaliknya! Ingatlah, jika kita bersabar dengan penuh keyakinan dan mengaharapkan balasan daripada Allah SWT...bukannya untuk mendapat balasan daripada manusia...insyaAllah, hati kita akan kembali tenang.
Kena pupuk dari kecil. Ibu bapa mainkan peranan. Anak2 akan ikut perangai ibu bapa dan mereka akan ingat secara tak langsung apa yang ibu bapa tunjuk. kalau baik contohnya, insyaAllah baiklah mereka bila membesar. Nonetheless, a very good advertisement.
Post time 20-6-2019 02:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
meleleh air mata meols tgok iklan ni. mmg betul, ikhlas ni ada lah satu perkara yg sgt susah kalau x dipraktikan sehari harian. meols ada beberapa tips mengenai mengikhlaskan diri.
TIPS UNTUK MEMBERI DENGAN IKHLAS
Ada yang bertanya pada kami subuh-subuh semalam..Bagaimana ye nak memberi dengan ikhlas?..Mungkin maksudnya memberi sedekah, atau mungkin boleh jadi memberi ilmu, atau mungkin juga memberi resepi?..Macam-macam kita boleh beri sebenarnya..Semuanya sama...Semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita akan dapat..The more you give, the more you get..
1.Kita kena fikir balik..kenapa kita tak ikhlas? Adakah kita sendiri tak ikhlas MENERIMA? Ramai orang macam ni..dia tak appreciate pemberian orang,..tak kisah la, duit ke, hadiah ke, ilmu ke..Contohnya, masa saya share resepi kek hari tu..ada yang buat dan terus jadi..ada yang tak jadi..Yang buat tak jadi ni terus inbox saya tanya betul ke resepi yang saya bagi? Dia ingat saya tipu...Dia ingat ada bahan lain yang saya sembunyikan..hehe..tak percaya tanya lah orang yang buat menjadi tu kan...
Mungkin orang yang menerima tu dari awal mind set dia..betul ke resepi tu..macam-macam dia kata..ooo Anis tu tak pe lah, boleh bagi resepi tu sekarang..sebab dia dah besar..dia dah tak takut jatuh..Kalau dia tau, sebenarnya, resepi yg saya dapat tu..dah bagi dari 1 st day saya buat bisnes ni..Dah ramai yang guna resepi ni untuk bisnes pun..
2.Start bersedekah yang kecik-kecik dulu..Mula-mula kalau tak ikhlas pun tak apa..Paksa diri untuk beri orang rm1 pun dah ok..Paksa diri seminggu sekali..Lagi best kalau seringgit je, apa kata keluarkan tiap-tiap hari..Kalau susah nak bagi, pegi mesjid setiap hari..masukkan seringgit dalam tabung mesjid..Lagi best, bawak anak..ajar anak masukkan duit dalam peti mesjid tu..Boleh educate anak pasal sedekah..
Kalau sanggup keluarkan seringgit saja itu dah kira ok..kalau nak nampak effectnya..bagi pada budak-budak..Dia pasti suka..atau beli sebungkus nasi lemak seringgit, bagi pada cleaner yang kita jumpa kat mana-mana..Orang macam ni, diorang akan appreciate, yang u tak akan sangka..kadang-kadang ada yang siap terus berdoa untuk u..Bila diorang appreciate, lama-kelamaan u akan rasa gian untuk memberi..seronok melihat mereka tersenyum gembira..InsyaAllah..lepas tu pasti timbul rasa keikhlasan..
3.Baik sangka dengan orang
Diri sendiri ada banyak limitation..Bila tengok budak-budak tahfiz datang nak minta derma, terus dalam hati kata..ni semua sindiket..ditekan tanya pulak budak tu..nak buat sekolah tahfiz tu kat mana? di Kedah kata adik tu..oh, hang orang Kedah awat tak cakap Kedah?..Tu dia..sampai ke situ dia fikir..sebenarnya kalau pikirkan...budak tahfiz bukannya datang dari negeri yang sama pun..ada yang hantar ke Sabah...Tapi tu la dia, BIAWAK betul..Banyak buruk sangka dengan orang...Sape tu? Siapa lagi kalau bukan kami sendiri lahh tuu..Pemikiran masa tak ada duit..Bila dah ada duit, boleh pulak tukar..bagi je, lantak la dia nak tipu ke apa..itu urusan dia..yang penting kita kena beri dengan ikhlas..
4.Bila beri tu..contoh kalau beri duit lah...jangan langsung terdetik dalam hati kalau aku bagi sedekah ni...makin habis la duit aku...Sentiasa set dalam minda, i have abundance of money..Money comes to me easily..Tak apa, bagi je..insyaallah dia akan melekat..dan rasa takut duit habis tu lama-kelamaan akan hilang..Tapi kita kena sentiasa rasa bersyukur sangat-sangat yang kita ada banyak wang..walaupun masa tu dalam wallet tinggal rm10 saja..
Paling best bagi masa kita tak ada duit..bukan semua orang boleh buat..tapi kalau anda boleh buat yang ini..tengoklah...rezeki anda tak akan putus-putus...Tapiii..jika TERDETIK je duit anda akan habis jika anda bersedekah..habis lahhh..sampai bila-bila pun anda tak akan rasa ikhlas memberi..dan duit pun tak suka mendekati wallet anda..
5.Cuba fikir..kita ikhlas tak memaafkan seseorang?Ini berkaitan dengan ikhlas memberi kemaafan..Kalau hati kita hati batu..tak memaafkan orang langsung..bermakna memang susah lah kita nak beri sedekah dengan ikhlas juga..Segala-galanya tentang kita adalah TIDAK IKHLAS..dah lah tak boleh ikhlas memaafkan..macamana nak ikhlas memberi? Nampak tak semuanya related?
Teringat saya satu kes berlaku mungkin 5 tahun lalu..Saya ke spa untuk buat facial..Dah beberapa kali ke sana,,saya kenal semua pekerjanya..Selalu ok, tapi sekali tu..sebelum masuk ke spa saya dah kira duit dalam purse saya..kalau bayar duit facial, saya akan ada balance seratus..duit tu saya nak bank in pada siapa tah..tak ingat dah..memang dah confirm kira..
Tapi, bila saya nak ke ATM machine nak bank in duit tu...tengok-tengok duit tu tak ada..Saya confirm duit saya hilang di spa.Memang beg diletak dalam locker..dan saya selalunya akan tertidur kepenatan masa aktiviti facial tu..tak pernah saya kunci pun locker..sebab bilik tu saya je sorang dengan beautician tu..dan saya tahu pasal hanya dia saja yang ada hari tu..Dan..saya pun tahu personal life dia..sebab dah lama kenal..dia tengah ada masalah kewangan..masalah dengan suami juga...
Mula-mula saya nak call owner dan nak report..saya memang confirm dia akan kena teruk kalau saya report sebab pekerja lain tak ada masa tu..Tapi..tiba terdetik dalam hati saya..tak apa..maafkanlah dia..masa tu bulan puasa..jadi saya teringat cerita dia..saya kesiankan anak-anak dia..mungkin dia dah tak ada duit langsung beli makanan buka puasa untuk anak-anak dia?..Mungkin cara saya salah..tapi itulah yang saya buat..dan hubungan saya dengan dia pun masih ok sampai sekarang...Saya tak tahu dari mana datang keikhlasan..tapi saya faham di sini..kalau kita boleh maafkan seseorang..kita akan rasa ikhlas memberi...
6.Ikhlas kah anda memberi LOVE dan SENYUMAN?..Atau anda cuma beri LOVE & SENYUMAN hanya pada orang yang anda kenali sahaja? atau hanya beri pada customer anda sahaja..sebab tak nak dia lari, atau beli dengan orang lain? atau anda beri pada Boss anda saja sebab dia yang bagi gaji..orang lain tak berguna pun dalam hidup aku..aku akan appreciate orang yang ada kepentingan saja dalam hidup aku..
Macam tu ke anda fikir? Kalau macam tu....memang la anda tak ada LOVE dan tak boleh beri SENYUMAN pada orang lain...Macamana nak ikhlas bagi seringgit kat orang lain? Takkan nak bagi sedekah kat anak-anak kita saja..kat mak bapak kita saja..kat jiran kita saja..kat pekerja kita saja..Orang-orang ni semua kita kenal..boleh la nak bagi..tapi kalau orang yang kita tak kenal? Macamana nak bagi kalau kita sendiri tak ikhlas bagi LOVE dan SENYUMAN?
7.Paling penting, kita harus ada keyakinan yang tinggi pada Allah Yang Maha Esa..Perlu terasa kebergantungan pada Ilahi..Kenapa kita jadi tak ikhlas? Kerana kita takut duit kita akan habis..Rezeki sebenarnya siapa yang bagi? Kenapa tak yakin Allah yang aturkan kesemuanya?
Tak yakin itu berpunca dari kurangnya bersyukur..Tak nampak dan tak alert apa yang Allah bagi pada kita..Bukan setakat Allah bagi rezeki sale yang bagus pada kita..Bukan itu saja yang boleh membuatkan kita bersyukur..banyak lagi...Masa nak lintas jalan..kalau kita awal-awal dah minta dengan Allah nak jalan yang lancar..bila clear..kita kena alert yang itu atas pemberian Allah..bila Allah dah beri..kita kena bersyukur..
Sehari berapa kali kita bersyukur? Sekali saja? Waktu makan saja? Sebab ada makanan depan mata? Waktu lain dah tak ingat kat Allah..Macamana nak yakin dengan Allah kalau kita tak ingat dan tak alert pemberianNya..
Mungkin ada yang takut nak bagi resepi takut orang lain buat bisnes lebih bagus melebihinya..Siapa yang bagi rezeki? Itu yang jadi tak ikhlas..Sebab tak yakin dengan Allah..Luaran nampak sangat yakin dengan Allah..nampak macam ada connection yang bagus dengan Allah..tapi dalam hati tak yakin pada Allah?
Kedekut? Nak keluar duit sikit pun dah takut-takut...takut duit habis...Takkan tak tau, Allah yang beri rezeki..Allah yang beri bisnes tu..Allah yang beri kerja tu..Kerja la di company tersohor sekali pun, kalau dia kata nak VSS ke..nak outsource ke..secured sangat ke company yang besar-besar tu?..Secured lagi bisnes bila kita direct dengan Allah..bila kita lebih mengenaliNya..bila kita lebih mencintaiNya..bila kita lebih yakin dengan Nya..ALLAHU AKBAR!!...
Percayalah yang Allah Maha Kaya..Dia mempunyai segala-galanya..Dia Maha Pengatur rezeki kepada kita..Kalau kita yakin Dia Maha Kaya..kenapa kita boleh takut kita tak dapat rezeki? Sebab kita tak cinta dia..kita rasa Dia tak kenal kita..Dia tak sayang kita..kita buruk sangka dengan Dia..
Bayangkan kalau kita faham..Allah Maha Kaya, pasti Dia nak beri pada makhluk yang mencintaiNya? Sebenarnya yang tak cinta pun Dia akan beri..tapi kita yang mencintaiNya..confirm Dia akan beri kan?.Jadi nak takut apa lagi? ...Serah saja padaNya..Yakin saja pada Nya..Senyum saja sepanjang hari..tak perlu masam-masam kay..Allah bersama-sama kita..Jangan takut...
WALLAHU'ALAM
ALLAH PEMBERI REZEKI (Ar-Razzaq)
Orang yang selalu mengamalkan membaca ya Razzaq 10 kali di keempat sudut rumahnya setiap kali selesai solat Subuh, Allah akan menambah rezeki keluarganya.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register