Edited by OttoVonBismark at 23-6-2019 07:25 AM
Siapa lelaki yang tak nak bagi salute pada Hitler dalam gambar kat atas tu ? Pakcik yakin, ramai diantara kita yang pernah melihat gambar ni kan ? Baiklah, jadi hari ni pakcik nak cerita pasal dia ni. Serba sedikit dari pembacaan di wikipedia dan beberapa website, pakcik jamu korang dengan cerita ni dalam bahasa yang mudah difahami.
Pada tahun 1936, Tentera German telah membuat satu mejlis pelancaran sebuah kapal perang pelatih yang diberi nama "Horst Wessel". Dalam ceremony tu, ramai para pekerja kilang buat kapal Blohm+Voss hadir bagi memeriahkan suasana mejlis. Majlis pelancaran diadakan dengan amat meriah sekali dan Adolf Hitler sendiri hadir keupacara tersebut. Bilamana Hiler selesai memberi ucapan padu beliau dalam menaikkan semangat nasionalisme keatas bagsa German, semua yang hadir memberikan tanda "salute" hormat kepada Hitler, KECUALI sorang je yang tak bagi salute seperti dalam gambar tu, August Landmesser. Dia membuat bantahan berseorangan ditengah-tengah keriuhan orang ramai.
Siapa August Landmesser ni ? Dia adalah salah seorang ahli dalam parti Nazi German sejak dari tahun 1931. Lahir pada tahun 1910 dan menjadi anak tunggal kepada pasangan August Franz Landmesser dan Wilhelmine Magdalane. Dia joint parti Nazi pada tahun 1931 dengan harapan boleh dapat kerja untuk menyara diri dan keluarga. Itu jam, kerja cukup susah nak dapat. Bukan hari ni je susah nak cari kerja, dari dulu lagi problem ni dah ada.
So, pada tahun 1934, dia berkenalan dengan Irma Eckler, sorang pompuan YAHUDI. Lalu jatuh cinta dengan Irma atas dasar cinta pandang pertama maybe. Pakcik kurang pasti. Dan bilamana pakcik sebut YAHUDI, korang dah boleh agak dasar parti Nazi keatas kaum yahudi kan ? Bagaimana pihak Nazi German ingain menghapuskan kaum yahudi ni dari muka bumi dan dasar dasar anti-semitic Hitler yang lain.
Hubungan antara August dengan Irma ni dapat dihidu oleh ahli parti Nazi yang lain, jadi hubungan mereka berdua ni membuatkan August ditendang keluar dari menjadi ahli parti Nazi. Walau bagaimanapun, August dan Irma tak kesah pada itu semua. Cinta tetap cinta, mereka ambik keputusan untuk kawin walau apa pun yang orang keliling cakap. So, pada tahun 1935 mereka berdua ni mohon untuk berkahwin.
Tapi.... permohonan mereka telah ditolak dibawah akta rasis "Nuremberg Law"..... Nuremberg law ni adalah satu undang undang anti-semitic yang dibuat khas oleh pihak Nazi pada tahun 1935 bagi memelihara darah keturunan orang German dari bercampur baur dengan darah keturunan orang yahudi. Demi memelihara bangsa German yang superior Aryan dan merosakkan genetik mereka.
Jadi, dalam diorang berdua tak dapat nak meneruskan pendaftaran perkahwinan mereka, lahirlah seorang budak pompuan hasil dari hubungan August dan Irma ni. Ingrid namanya. Anak mereka yang pertama. August mula sedar yang keluarga dia dalam bahaya bila anak pertama mereka lahir. Dia perlu lari keluar dari pihak Nazi German. Dua tahun kemudian, dia ambik keputusan untuk lari ke Denmark bersama sama dengan isteri dan anak perempuan dia yang beru lahir tu. Malangnya mereka bertiga ditangkap semasa cuba keluar dari sempadan oleh pengawal sempadan Nazi German pada tahun 1937.
Mereka bertiga ditahan atas kesalahan "menghina bangsa dan keturunan". Bilamana ditangkap, August Landmesser diarahkan untuk menghentikan segera perhubungan dia dengan Irma sekaligus diarah untuk meninggalkan anak beranak tersebut. Kali ini, sekali lagi August menentang regim Nazi tetapi dengan terang dan keras. Dia refuse untuk meninggalkan keluarga dia. Tindakan ini menyebabkan dia dipenjara pada tahun 1938 beserta tiga tahun bersama tahanan perang yang lain. Dan bermula dari saat ini, August Landmesser tidak dapat lagi berjumpa dengan isteri dan anak dia selama-lamanya. Never..
Irma Eckler pulak, semasa ditahan, dia sarat mengandungkan anak yang kedua. Dia ditahan dan dijatuhkan hukuman kerja berat selama 13 bulan dikem tahanan khas untuk bangsa yahudi. Semasaa dalam tahanan, di melahirkan anak kedua dia dan August, diberinama Irene. Tidak beberapa lama selepas tu, Irma dihantar ke salah satu German Nazi punya "Death Camp" di Bernburg, German. Dia tak dapat berjumpa dengan anak anak dan suami dia lagi. Dia dimasukkan kedalam bilik gas beracun bersama sama dengan 14,000 orang yahudi yang lain. Manakala kedua dua anak dia dihantar ke rumah asuhan anak yatim.
Berbalik kepada August Landmesser, selepas tamat dari menjalankan hukuman, August telah dipaksa untuk menyertai tentera Nazi German pada tahun 1944. Nak tak nak August terpaksa jugak joint sojar pada waktu itu, tapi dua bulan kemudian dia didapati MIA ( Missing In Action ) semasa menjalankan tugas di Croatia oleh platun regiment dia. 6 Bulan sebelum pihak Nazi German menyerah kalah secara rasmi. Dan pada tahun 1949 mayat dia telah dijumpai dan disahkan mati semasa bertugas (KIA).
Lama selepas semua kejadian ni berlaku, Irene Eckler Landmessser.... anak kedua mereka yang dah besar panjang menulis sebuah buku bertajuk "A Family Torn Apart By Rassenschande" yang menceritakan kepada dunia kisah tragik keluarga beliau. Didalam buku tersebut ada dinyatakan semua dokumen dokumen berkaitan seluruh peristiwa berkaitan ibu dan bapa dia sebelum mati. Termasuk lah gambar "lone protest" dari ayah dia yang berani yang sangat popular hari ini.
Begitulah serba sedikit yang pakcik dapat ceritakan pada korang semua bagaimana kuasa cinta dapat menyatukan dua bangsa. Even pakcik sendiri seorang yang anti-semitic dari beberapa sudut pandangan pakcik, akan tetapi dengan cerita sebegini membuatkan pakcik berfikir sejenak. Moral of the stori korang pikir lah sendiri ye. Artikel ini ditulis oleh aku sendiri tadak rembat dari mana mana artikel online. mod sila rate sejuta kredit.
- Otto Von Bismark -
|