Kisah 1: “Saya pernah dapatkan nombor telefon baru untuk hantar mesej kepadanya. Saja nak lihat jika dia sudi layan atau tidak. Tapi bila dia layan mesra, saya pula yang sakit hati!” – Myra, 24 tahun.
Kisah 2: “Selepas putus hubungan, bekas teman lelaki ganggu saya selama sebulan dengan menggunakan nombor lain. Saya pasti dia dalangnya, tapi bila ditanya mati-matian dia tak mengaku. Tapi lama kelamaan dia sendiri yang terkantoi.” – Intan, 22 tahun.
Kisah 3: “Layan lagu jiwang berulang kali sambil menangis. Berpuluh kali ulang lagu sama, bila diingatkan kembali memang kelakar!” – Ikin, 27 tahun.
Kisah 4: “Perkara paling bodoh? Saya kelar tangan hingga berdarah, kemudian ambil gambar dan send kepadanya. Sampai sekarang ada parutnya.” – Felicia, 25 tahun.
Kisah 5: “Bila dapat tahu dia dah ada teman wanita baru, saya buka akaun Facebook lain semata-mata nak lihat sendiri siapa gadis itu. Tapi lama kelamaan saya yang frust menonggeng sebab tengok gambar bahagia mereka termasuk ayat manja mereka berdua. Alahai…” – Wanny, 21 tahun.
Kisah 6: “Selepas putus, saya sedih selama 1.5 tahun sampai saya jumpa fling baru dari SweetRing app, tapi just fling. Now, I am back to the dating game! JustDating, Tantan, SweetRing, Tinder, CoffeeMeetsBagel I got it all.” – Rachel, 31 tahun.
PENGAJARAN: Walaupun sakit itu amat mendalam dan kamu fikir seolah tidak mungkin untuk kamu move on daripadanya, Kak minta kamu berikan diri sendiri masa untuk pulihkan kembali hati yang terluka itu. Jangan terburu-buru dan jangan sesekali hanyut dibuai perasaan sedih itu. Ini kerana ia boleh take over kesedaran mental kamu dan buatkan kamu cenderung untuk lakukan perkara-perkara tidak sepatutnya.
|