View: 666702|Reply: 1530
|
Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)
[Copy link]
|
|
Edited by mrs_salvatore at 11-12-2020 02:00 PM
ok aku tgk kt board ni dah ada yg bukak pasal thread penyelam laut dalam tu. so utk thread ni aku tlg translatekan pengalaman seorang renjer hutan di US. kalau kroang minat bleh search tajuk die 'I'm a Search and Rescue Officer for the US Forest Service, I have some stories to tell'. citer die bersiri-siri jadi insya allah aku try yek utk translate utk korang. ni aku translate loosely, 'aku' dlm citer ni bukanla aku tp renjer hutan tu tau jgn salah paham plak
1. Misteri Lelaki Beruang
Aku bukan nak gebang tapi aku ni boleh dikatakan pandai la jugak carik orang hilang. kebanyakan masanye org hilang ni cuma tersesat terkeluar dari trail, atau tergelincir tergolek-golek jatuh bukit, dan tak jumpe pulak jalan balik. tapi majoriti org hilang ni dah diajar, kalau rasa mcm sesat tu dah jangan nak jalan jauh2 sgt tunggu je penyelamat datang. tapi ada 2 kes yg berlaku sebaliknya, dan kes-kes ni lah yang memberi kesan pada aku dan motivasi utk aku lebih bersungguh-sungguh cari orang hilang.
kes pertama adalah seorang budak lelaki yg pegi mengutip buah beri bersama makbapaknye. dia dan kakak die berdua masa tu dan sama-sama hilang. tapi makbapak diorg terlepas pandang beberapa saat je. dah tak jumpe, makbapak pun report la kt pjbt aku. anak perempuan tu berjaya ditemui dlm masa yg singkat, tapi bila tanya mana pegi si adik lelaki tu, kakak die cakap dah dibawak oleh 'bear man'. dia cakap, lelaki beruang tu kasi die buah beri dan suruh die senyap je sebab lelaki beruang tu nak main dgn adik lelaki die kejap. lelaki beruang tu dukung adik tu atas bahu, dan adik die pun nampak tenang. mestila benda pertama terlintas di fikiran kitorg adalah adik lelaki tu dah kene culik, tapi kakak die berkeras cakap yg lelaki beruang tu bukan manusia biasa, sebab lelaki tu tinggi dan berbulu satu badan mcm beruang, dan berwajah pelik. berminggu-minggu kami cari budak lelaki tu tapi langsung tak jumpa sampai sekarang.
kes kedua, 3 wanita 3 generasi, nenek mak dan anak perempuan keluar jungle trekking. si anak ni panjat pokok kejap sebab nak tengok view hutan, tapi tak turun-turun. berjam-jam mak dan nenek tu tunggu anak perempuan tu, dah panggil-panggil nama tak nyahut. so telefon la pejabat aku. penat jugak kami mencari sekeliling tempat tu memang tak jumpa. atas pokok pun takde. kami pun takde idea mana pegi anak perempuan tu sebab mak dan nenek tu tak nampak pun anak tu turun dr pokok tu.
2. Mana Ko Bawak Aku Ni Anjirrrr
kadang-kadang aku keluar buat pencarian sendiri bawak anjing pengesan. anjing ni kadang-kadang suka bawak aku ke tebing. tebing ye bukan bukit. tebing yang takde tempat berpaut dan mustahil la orang boleh panjat. kekadang aku heran jugak kenapa bawak aku ke situ, tapi adakalanya ye memang orang yang dicari tu ada di sebelah tebing, adakalanya berbatu jauhnya dari anjing tu bawak. aku rasa mungkin ada penjelasan disebaliknya tapi tu la macam heran jugak
3. Kes Kematian Budak Kecil
kes yang menyedihkan membabitkan penemuan sebuah mayat. budak perempuan umur 9 thn jatuh dari tebing dan tertusuk pokok mati di dasar tebing tu. tragedi ni org panggil freak accident, tapi aku tak boleh lupa jeritan si mak yang menyaksikan peristiwa tu. lebih-lebih lagi bila dia nampak mayat anak dia dalam body bag. aku dengar citer dari penyelamat lain, si ibu tu bunuh diri beberapa minggu lepas kejadian tu
4. Kisah Pendaki Gunung
aku join pasukan penyelamat lain sebab kitorg dpt report ada beruang kt kawasan tu. kami ditugaskan untuk carik seorang lelaki pegi trip mendaki tapi tak balik-balik. nak dijadikan citer, kitorang terpaksa mendaki yang betul-betul kena mendaki, bukan sepak daun je tau. dan kitorang jumpa die terperangkap di celah-celah gunung tu dengan kaki yang patah. rupanya dia dah berada kat situ hampir 2 hari, dan kaki die mmg nampak sgt kene jangkitan kuman.
dia terpaksa dibawa keluar dengan menaiki helikopter, dan aku dengar citer dari EMT (ni mcm paramedik la) yg lelaki tu tak boleh ditenangkan langsung. lelaki tu citer dia elok-elok je mendaki dan dah sampai puncak, sekali tu atas puncak tu die nampak lelaki lain. lelaki tu cuma pakai parka (sejenis baju sejuk) dan seluar ski je, dan langsung tak bawak peralatan memanjat. dia pun pegi la nak menyapa lelaki tu. sekali tu lelaki tu takde muka. muka lelaki tu blank. dia terkejut dan dia cuba nak lari daki turun tergesa-gesa sampai dia terjatuh. lelaki tu cerita setiap malam dia boleh dengar lelaki tanpa muka tu menuruni bukit tu dan mengeluarkan jeritan yang macam ditahan. bayangkan orang menjerit tapi muka kene tekup kain mcm tulah. citer tu membuat aku tak selesa dan bersyukur aku tak mengalaminye.
5. Kisah Lelaki Bermata Hitam
Kisah yang menakutkan ini berlaku semasa operasi mencari seorang wanita muda yang terpisah dari group hiking dia. akhirnya kitorg jumpa die dah lewat malam dengan bantuan anjing pengesan. kitorg jumpa die 'menyorok' di bawah pokok yang dah reput. kasut dan bag dia dah hilang, dan die mmg betul-betul nampak mcm orang yang terkejut. tapi dia tak cedera apa pun, dan dia masih boleh berjalan ikut kitorg balik ke pusat ops.
sepanjang perjalanan, wanita tu asyik tengok belakang je pastu tanya 'kenapa lelaki badan besar dengan mata hitam tu asyik ikut kita'. tapi takde sapepun kat belakang tu. kitorg husnozon die ni masih terkejut kot. tapi makin dekat kami nak sampai ke ops tu, perempuan tu jadi makin gelisah. dia suruh aku sound makhluk tu jangan nak buat muka kat dia. ada satu time tu kitorg terpaksa berenti dan dia pun toleh belakang dan start menjerit kt someone dalam hutan tu. dia menjerit jgn kacau die lagi, die takkan ikut makhluk tu dan dia takkan benarkan kitorg ikut dia. kitorg paksa dia bergerak jugak, tapi lepas tu kitorg start dengar bunyi pelik-pelik dari hutan tu. mcm orang batuk, tapi batuk mcm batuk berirama. mcm bunyi serangaga pun ye, aku pun tak tau nak describe mcm mane.
bila kitorg dah masuk ke kawasan ops, tetiba mata perempuan tu terbuntang terbeliak seluas-luasnya. die pegang bahu aku pastu die cakap kat aku, 'lelaki tu suruh ko jalan laju skit, die tak suka tengok parut kt leher kau' . ye aku memang ada parut kt leher tapi parut tu kecik je dan tertutup dgn kolar baju aku jadi aku pun tak tau mcm mane die boleh tau aku ade parut kt situ. lepas je die cakap mcm tu, ada orang batuk betul-betul tepi telinga aku sampai terlompat aku jadinye. cepat-cepatla aku tarik dia menuju ke pusat ops, dan cuba taknak tunjuk yg aku tgh takut. malam tu jugak kitorg tinggalkan area tu dan aku tak penah rasa happy dpt tinggalkan area tu
6. Misteri Tangga di Tengah Hutan
ok kisah ni adalah kisah paling pelik yang aku ade. aku tak sure la kalau benda ni betul, tapi dalam unit aku, ada mcm satu peristiwa yang selalu terjadi sampai kitorg pun dah lali. setiap kali kitorg masuk jauh ke dalam hutan, dalam 30 ke 40 batu ke dalam, kitorang mesti akan terjumpa sebuah tangga. ye tangga je. mcm ada orang sengaja bina tangga dalam hutan tu. pertama kali aku jumpe tangga tu, aku tanya pegawai lain, ala benda tu benda biasa je, takyah risau benda normal je. semua pegawai yg aku tanya mesti jawab mcm tu. aku nak jugak cek tangga tu tapi diorg berita aku, takyah la. biarkan je. jgn dekat pun dgn tangga tu. sekarang ni mmg aku ignore je nampak tangga tu sebab dah biasa sangat dah jumpe.
bersambung part 2 mod nak tacang 60 pls
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PART 2
1. Misteri Kehilangan Orang Tua
boleh dikatakan operasi aku ni, separuh untuk mencari orang hilang, separuh lagi untuk selamatkan orang yg cedera dalam hutan termasukla kecederaan sebab terbakar masa main unggun api atau kene serangan binatang atau gigitan serangga. team aku memang team yg rapat dan kitorang turut dibantu oleh veteran tentera yg byk pengalaman dlm hutan.
ada satu kes yang amat mengecewakan kitorg, sebab kitorg dapat trace kesan-kesan yang ditinggalkan oleh orang hilang, tapi kesan tu lebih banyak meninggalkan tanda tanya instead of jumpe org hilang. kes ni melibatkan seorang lelaki tua yang masuk hutan sorang-sorang, tapi trail yg die lalu tu memang trail yang dibuat khas utk jungle trekking. sbb dah tak balik-balik jadi isteri dia pun reportla pada kami. isteri tu ckp laki die ni ada kes sawan, takut laki die tu masuk hutan tak makan ubat. masa tu aku dah sangsi dah, dah kenapa laki die nak masuk hutan sorg2, kenapa takde yg temankan? tapi malas nak jaga tepi kain orang jadi kitorg pun start la pencarian.
salah sorang vet yg volunteer utk operasi ni jumpa tanda yang orang tua ni dah berjalan keluar dari trail, jadi start dari situ kitorg berpecahla untuk luaskan area pencarian. tengah2 mencari tu, tetiba dapat radio call suruh patah balik ke tempat asal yg jumpa kesan tadi. selalunye kalau mcm ni, maksudnye dah jumpela orang hilang tu, dan maybe orang hilang tu dah cedera parah dan perlukan bantuan semua ahli pasukan.
tapi sekembalinya kami di situ, aik takde pun. aku pun tnyla member lain apehal wei org tak jumpe lg suruh patah balik? die tunjuk kt aku atas pokok tu, nampak tongkat yg dipercayai milik orang tu tersangkut kat ranting pokok tu. jarak dari ground 30 kaki ye. tapi tongkat tu elok je talinye tergantung mcm disangkut kt ranting tu. MUSTAHIL orang tua tu boleh baling tongkat tu sampai tinggi tu, tapi kitorang cuba jugak carik atas pokok tu. and confirm la takde.
pencarian pun diteruskan, tapi walaupun bawak anjing pengesan pun tak jumpe-jumpe jugak orang tua tu. boleh dikatakan lepas tu, isteri orang tua tu hari-hari call pejabat aku tanya dah jumpe ke laki die. byk persoalan yg timbul, mcm mane tongkat orang tua tu boleh tersangkut kt situ, ada orang bunuh ke lepas tu tinggalkan tongkat tu sbg trofi. sampai sekarang bile sembang2 ngan teammate lain kitorg selalu citer pasal ni
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
2. Kes Kehilangan Budak Lelaki
kes budak-budak hilang ni kes yg menyedihkan bg aku. tak kirelah mcm mane situasi dan keadaannye, bukan senang nak menghadapinya dan benda yg kitorg plg taknak adalah kalau kehilangan tu berakhir dengan kematian. David Paulides (aku google die ni pun bekas detektif polis) selalu citer pasal penemuan kanak-kanak hilang tapi jumpe kat tempat yang mustahil la budak tu bleh sampai situ. aku pun ada citer yg boleh buktikan mmg benda tu berlaku
seorang ibu dan 3 orang anaknye berpiknik kat tepi tasik kecil. anak die umur 6,5 dan 3 thn. yg penting die cakap takde orang lain selain diorg kt tmpt tu. dah habis piknik tu diorg pun berkemas la dan jalan balik ke parking lot. tmpt tu 2 batu dari hutan terdekat, dan diorg mmg ikut laluan yang dikhaskan . mmg mustahil nak sesat kecuali la kalau tak ikut laluan tu. pulak tu, budak2 tu semua jalan depan mak diorg. tetiba mak die terdengar mcm ada orang berjalan kt belakang, jadi die pun pandang la belakang. tkde org. tgk depan tup tup anak lelaki die yg umur 5 thn tu hilang. die ingatkan yang anak die tu maybe keluar trail kejap nak kencing ke ape ke, jd die tnyla anak 2 org tu mane pegi si abang. dua-dua anak die tu cakap, ada lelaki berbadan besar dengan wajah menakutkan keluar dari hutan kt sebelah tu dan bawak abang tu masuk hutan. budak berdua tu nampak mcm tenang je, macam drugged pun ade. of course la si mak mula menggelabah dan menjerit2 panggil si abang. die mcm terdengar si abang nyahut balik dr dalam hutan, tapi takkan die nak masuk hutan tu so die pun reportla ke ofis kami
pencarian pun dimulakan, sampai berbatu-batu jugak kami cari, tapi kesan budak tu pun kami langsung tak jumpe. kitorang carik budak ni berminggu-minggu. mula-mula ade jugak yg syak mungkin ni angkara si mak, tapi tgk mak tu mmg sedih betul kehilangan anak die.
sampailah pada satu hari kitorg dpt call dari seorang sukarelawan. die claim die dah jumpe mayat budak tu. kitorg mcm tak percaya sebab mayat tu ditemui 15batu dari lokasi asal kehilangan budak tu. citernye, sukarelawan tu ada kt bahagian bawah sebuah cerun tinggi yang berbatu-batu. die pun pakai teropong die dan terperasan la mayat budak tu berdasarkan baju yg budak tu pakai terperangkap di celah-celah batu kt cerun tu.
ok persoalan yg menjadi misteri, masa mayat tu ditemui, dah lebih sebulan dari tarikh budak tu hilang, tapi melalui post mortem, budak tu baru mati 2 hari. mayat budak tu takde luka-luka, tapi kasut hilang, tu pun kaki die bersih je takde kesan calar ke ape ke. budak tu mati sebab kesejukan ye, bkn sbb kelaparan ke ape ke. cerun bukit tu pulak mmg betul2 cerun dan berbatu2, mustahil budak tu boleh naik ke situ lenggang kangkung sedangkan kitorg nak naik cerun tu pun kene pakai hiking gear. kes tu ditutup mcm tu je, tanpa suspek dan tanpa jawapan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
3. The Goatman (kalau translate jadi lelaki kambing, mcm kelakar pulak. jadi aku continue dengan goatman je ye)
Ramai kawan-kawan aku yang tak berapa aktif dgn aktiviti outdoor ni suka tanya aku, ko penah jumpe Goatman tak? Sejujurnya, aku tak penah dibukak hijabnya utk nampak benda-benda pelik ni, paling hampir pun masa kejadian 'lelaki bermata hitam' tu. tapi ada satu kejadian tu yg aku rasa mungkin itu adalah Goatman.
kami dapat report seorang wanita berusia pengsan di salah sebuah trail, dan wanita tu perlukan bantuan utk turun dari trail tu. kami kene mendaki skit utk smpi ke tempat wanita tu. wanita tu ditemani oleh suaminya, dan suaminya citer, suami die keluar trail kejap sbb nak tgk something, ape yg something tu aku pun tak pasti, dan tetiba bini die menjerit. tengok-tengok dah pengsan.
kami terpaksa bawak bini die turun menggunakan pengusung. on the way nak balik ke pejabat operasi tu, si bini ni tersedar dan mulalah menjerit lagi. kami pun terpaksa berhenti dan tenangkan si bini ni. aku pun tanya la apsal ni ape yg dh terjadi? aku tak ingat sgt ayat die sebijik-bijik tapi bini dia citer mcm ni
masa laki die keluar dari trail tu, dia mula terdengar bunyi yg pelik. bunyi tu mcm bunyi kucing, tapi mcm bukan. jadi dia pun mulalah bergerak lebih dekat ke arah bunyi tu, dan bunyi tu pun mcm bergerak jugak ke arah dia. makin dekat die rasa makin tak sedap hati. ha part ni mmg aku ingat die cakap ape
'bunyi tu bukan dari kucing. tapi dari seorang lelaki. mengiau berulang kali. dia cuma cakap meow meow meow. tapi aku yakin itu bukan manusia, sebab suara dia mcm pelik. mcm bunyi mesin. aku ingatkan alat bantuan pendengaran aku ni rosak, tapi bukan. dia makin dekat, tapi aku tak nampak muka dia dengan jelas. makin die dekat, aku makin takut. benda terakhir yg aku ingat, ada makhluk keluar dari celah-celah pokok. lepas tu aku pengsan'.
ok bila dengar penjelasan si bini tu aku pun heran ape kejadahnya lelaki dok ngiau ngiau takutkan orang dalam hutan. jadi bila kami selesai je bawak laki bini tu ke pejabat operasi, aku pun mintak izin supervisor aku nak siasat balik kot la aku jumpe lelaki pelik tu. jadi aku pun kembali la ke tempat kejadian tu. aku tak jumpe sesiapa pun, jadi aku jalan lagi sampai dekat2 sebatu dan sekeliling trail tu dan lepas tu aku patah balik sebab masa tu dah nak senja aku pun taknak la duduk dalam hutan malam-malam.
tapi masa aku nak patah balik tu, sayup-sayup aku terdengar bunyi 'meow meow'. ok mungkin mcm kelakar, tapi bunyi meow meow tu mcm suara mesin. aku pun jerit dan mintak sape yg buat meow meow tu sila munculkan diri. pastu, ah sudah, bunyi tu jadi datang dr pelbagai arah. tapi akhirnya suara tu makin sayup dan aku malas nk tunggu dan aku pun terusla jalan balik.
pejabat aku tak penah lg dpt report mcm tu, tapi aku akui, mungkin ni perbuatan budak-budak nakal saje nk takutkan orang, tapi itulah kali pertama dan terakhir aku berdepan dengan peristiwa mcm ni.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 11-12-2020 11:57 AM
4. Pengalaman paling menakutkan sepanjang karier aku sebagai penyelamat
Jujurnya bila aku start kongsi pengalaman aku dalam hutan ni, ada satu peristiwa tu yang betul-betul menakutkan aku dan sedaya upaya cuba utk aku lupakannya.
sebagai seorang penyelamat hutan, satu sifat yg perlu ada pada diri kami adalah keberanian, terutamanya apabila berseorangan di dalam hutan di tempat yang entah kt mana. peristiwa yg berlaku pd aku ni mmg buat aku terfikir adakah kerjaya ni mmg betul-betul sesuai untuk aku sebab ianya benar-benar menguji keberanian aku
peristiwa ini berlaku pada penghujung musim bunga. seorang budak perempuan berusia 4 thn hilang setelah merayau keluar dari kawasan camping keluarganya. si ibu dan bapa claim oh anak diorg ni baik bukan jenis suka merayau-rayau ni bla bla bla, padahal anak dia dah 2 jam hilang masa panggilan kecemasan dibuat ke pejabat kami. biasalah makbapak mane tak menangkan anak kan? jadi pencarian pun dimulakan dan aku dipasangkan dengan seorang buddy untuk operasi ni.
sambil mencari kami pun sembang-sembang kosong, sejujurnya masa kejadian ni berlaku kami ni mcm dah lali sebab dah banyak kali jugak kami join operasi mcm ni. kami mencari hampir 2 jam, dan kami sampai ke sebuah lembah kecil. dengan serentak kami berhenti, terpaku terdiam dan hanya mampu memandang antara satu sama lain. aku dapat rasakan badan aku mcm tertekan, kalau sapa-sapa penah naik flight, bila flight nak mendarat kan kita boleh rasa macam badan kita jadi berat akibat tekanan udara tapi perasaan ni mcm flight tu jatuh secara tiba-tiba. aku tanya kawan aku, kau rasa tak ape yang aku rasa, tapi tak sempat dia jawab, kami terdengar satu bunyi paling kuat penah aku dengar dlm seumur hidup aku. bunyi mcm keretapi angkat barang tu tapi ianya datang dari semua arah. aku perasan kawan aku mcm menjerit sesuatu, tapi sumpah aku tak dpt dengar ape pun. kami cuba mencari punca bunyi tu tapi tak jumpe. dalam fikiran aku, aku risau tanah runtuh je. dahle kami ni kat lembah, lembah ni kawasan di antara 2 bukit
dan, secara tiba-tiba bunyi itu berhenti. itu pun kami masih terpaku lagi. hutan jadi senyap sunyi, cuma beberapa saat kemudian baru lah bunyi-bunyian hutan kembali (bunyi daun berdesir, serangga-serangga, burung-burung). kawan aku tanya ape ni wei ape yg dah terjadi? aku contact team member lain melalui walkie-talkie, bertanya pada diorang eh korang dengar tak bunyi tadi? tapi semua kasi respond tak dengar ape pun, walaupun kalau nk ikutkan jarak aku dan kawan aku ni cuma sepelaung je dari team member lain. akhirnya, aku dan kawan aku pun teruskan jugak pencarian utk sejam lagi. malangnya tak jumpe jumpe pun budak perempuan itu.
selalunya, bila hari makin gelap, operasi pencarian tidak akan diteruskan. tapi sebab masa operasi waktu siang tu kami langsung tak jumpa lead atau kesan budak perempuan tu, kami satu pejabat memutuskan ok kita terus jugakla carik walaupun dah malam. cuma kali ni kami tak bergerak jauh antara satu sama lain. dah sampai tgh malam, satu lead pun tak jumpe, kami putuskan jom lah patah balik.
kami dah separuh perjalanan balik, bila kawan aku tiba-tiba berhenti dan dia halakan lampu suluh dia ke sebelah kanan group kami. sebelah kami tu adalah satu kawasan pokok-pokok mati. ni aku google tapi korang bayangkan mcm ni la
dia mintak kami senyap, dan dalam kesunyian malam tu kami terdengar sayup-sayup suara budak perempuan menangis. dan suara tu datang dari pokok mati tu. kami pun jeritla panggil nama budak perempuan tu dan bergerak menuju ke arah suara budak perempuan tu. tapi makin dekat aku makin tak sedap hati. aku cakapla kt kawan aku tu aku rasa mcm ada benda tak kena. kawan aku pun sbnrnye pun rasa mcm tu, tapi die tak pasti kenapa. rupanya bila kami amati, suara budak perempuan tu mcm rakaman radio yang berulang-ulang. mula-mula budak perempuan tu teresak-esak, lepas tu nangis mengilai dan diakhiri dengan sedu-sedan. mcm tu la ianya berulang-ulang banyak kali. aku dan kawan aku pun mulalah bukak langkah seribu tinggalkan tempat tu. itulah pertama kali dalam karier aku rasa memang btul2 takut walaupun aku tak nampak apa-apa.
sampai je ke pejabat kami pun tanyalah member-member yang join pencarian tu, eh korang dengar tak tadi tapi semua kata tak dengar ape-ape pun. sehingga sekarang budak perempuan tu masih tak ditemui, tapi suara tangisan budak perempuan itu mengganggu fikiran aku utk sekian lamanya...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
5. Penemuan mayat dan rangka orang hilang
Dalam semua operasi mencari orang hilang yg aku join, sbnrnye cuma beberapa je yg mmg langsung tak jumpe dah. yg lgsg tak jumpe ni mmg tak jumpe lead dan tak jumpe mayat. tapi adakalanya ada beberapa tinggalan mayat dan rangka orang hilang yang lebih mengundang persoalan dan masih menjadi misteri hingga kini
i. rangka mayat remaja lelaki yang ditemui setahun selepas laporan kehilangan dia dibuat. tapi yang kami jumpe, cuma tempurung kepala dia, 2 batang tulang jari dan kamera dia yang ditemui 40 batu dari tempat terakhir dia dikesan sebelum hilang. kamera tu malangnya dah musnah
ii. tulang pelvis atau tulang bahagian pinggu seorang lelaki tua yang hilang sebulan yang lalu. tu je yg tinggal
iii. tulang dagu dan tulang kaki kanan seorang budak lelaki berumur 2 tahun yang ditemui di puncak paling tinggi di sebuah rabung di kawasan paling selatan di hutan tempat aku jaga ni. rabung tu mcm ni
iv. Mayat seorang budak perempuan Down Syndrome berumur 10 thn yg ditemui hampir 20 batu dari lokasi asal dia hilang. mendiang meninggal akibat pendedahan kepada cuaca terlampau 3 minggu selepas mendiang dilaporkan hilang, tapi mendiang ditemui dalam keadaan yg berpakaian, kecuali kasut dan jaket je yg dah hilang. melalui autopsi, dalam perut mendiang ada beri dan daging yang bermasak, dan mendiang ni dalam keadaan mcm ada orang yg kasi makan la. tapi tiada suspek utk kes ni
v. mayat bayi berumur 1 tahun yg dah beku ditemui di dalam batang pokok yang kosong seminggu selepas dilaporkan hilang dan 10 batu dari tempat mendiang dilaporkan hilang. imagine ko jumpe baby dalam ni la
autopsi melaporkan ada susu segar dalam perut baby tu, tapi lidah baby tu dah hilang.
vi. tulang belakang dan kepala lutut belah kanan seorang budak perempuan berumur 3 thn, dijumpai di dalam salji hampir 20 batu dari kawasan camping yang mendiang dan family mendiang pergi pada musim panas yg lalu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 11-12-2020 04:56 PM
6. Misteri Tangga Di Dalam Hutan 2
sebelum ni aku penah citer kan pasal tangga yang tiba-tiba muncul di dalam hutan. ok yang ni bukan pengalaman tapi pengalaman seorang kawan aku yg jadi penyelamat sejak dari zaman kolej.
masa awal-awal menjalani latihan sebagai penyelamat hutan, dia pun penah nampak jugak tangga tu. dan jurulatih dia pun nasihat benda yang sama jugak, jangan sesekali mendekati, sentuh atau naik tangga tu. tahun pertama tu ok la, dia budak baik lagi ikut je arahan jurulatih. sehinggalah pada suatu hari, diorang ni kene buat operasi mencarik seorang remaja perempuan yang hilang dalam hutan.
kawan aku ni dah ikut belakang pasukan dia, dah nama pun junior kan, pasukan diorang masa tu ada bawak sekali anjing pengesan jadi team tu ikut jelah ke mana anjing tu bawak. tetiba tengah berjalan tu dia terperasan, tangga tu muncul di sebelah kiri dia. tangga tu nampak mcm baru lagi, siap ada carpet kat anak tangga, dan berwarna putih. lalu die pun berjalan la mendekati tangga tu. dia kata, perasaan masa tu mcm biasa je. takde mende pun. cuma dia rasa pelik kenapa tangga tu macam takde habuk, walaupun tangga tu ada kt tengah hutan. putih bersih je. takde daun yang jatuh atas tangga tu. serangga dan haiwan kecil lain pun takde.
dia pun sentuh tangga tu, perasaan masih macam biasa, macam pegang karpet baru la. dah mcm tu, dia pun cubalah naik tangga tu. perlahan-lahan dia naik, cuma dia rasa, dia diselubungi rasa bersalah yang teramat sangat. yelah kan, dah dilarang jangan pedulikan tangga tu tapi dia buat jugak. dia ingatkan, dia naik tu mungkinlah ada benda paranormal atau luarbiasa akan terjadi pada die, kene culik ufo ke termasuk ke dunia lain ke. tapi takde ape yg berlaku.
sampailah die naik hingga ke anak tangga paling atas. nothing happened. cuma itulah, dia rasa bersalah sangat. ibaratnya mcm ni, macam ko masuk dalam bangunan kerajaan pastu ko masuk ke kawasan larangan, dan ko tunggu jelah nanti polis dan guard tangkap ko nanti. lama-lama, baru dia terperasan, yang hutan tu dah jadi senyap sunyi. bunyi nafas die pun die tak dengar. cepat-cepat dia turun dan join balik group dia. dia tak cerita kat sesiapa pun pasal apa yang dia buat tadi.
tapi akhirnya rahsia ini terpecah jua. di penghujung operasi, semua orang dah balik ke pejabat, tetiba jurulatih dia panggil dia. dengan muka yang nampak marah sangat, jurulatih dia tanya, ko naik tangga tadi kan? speechless la kawan aku mane pulak dia tau. kawan aku pun terpaksa la ngaku dan tanya, mcm mane bos tau? 'sebab tadi masa tengah operasi, tetiba scent budak perempuan tu hilang. anjing tak dapat nak kesan kat mana remaja perempuan tu. remaja perempuan tu dah hilang'.
kawan aku pun tanya, ape kaitannya die naik tangga tu dengan kehilangan remaja perempuan tu? jurulatih die tanya balik, brape lama ko berada atas tangga tu. tak sampai seminit pun. jurulatih tu jadi marah giler, dan kasi amaran kat kawan aku tu, lain kali ko buat mcm ni lagi aku pecat kau, dan jurulatih tu pun berlalu pergi.
sampai sekarang persoalan tu masih tak berjawab lagi....
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
thanks uols nanti aku update lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 11-12-2020 05:03 PM
7. Orang Atau Singa ?
ok kisah kali ni jugak adalah kisah kawan aku, yg baru je berlaku beberapa bulan lalu.
kawan aku dan team aku buat operasi recon utk mengesan singa gunung (mountain lion) sebab ada terima reports pengunjung nampak singa ni kt hutan tempat kawan aku ni keje. rupe singa tu mcm ni
tujuan ni sebab team kawan aku ni nak set up perimeter atau kawasan larangan bagi pengunjung supaya tiada insiden serangan binatang buas berlaku. kawan aku ni meredah hutan sorang-sorang pada waktu senja, tetiba dia terdengar suara wanita menjerit dari jauh. ok sebenarnya singa gunung ni memang suaranye macam suara wanita menjerit macam kene bunuh gitu. kalau dengar tu memang rasa seram, tapi bknla sesuatu yang paranormal. jadi kawan aku ni pun roger la team member lain melalui walkie talkie, yang die dah jumpe dah kawasan kak long ni. tapi kawan aku berani skit, dia pun mulalah explore lagi kawasan tu sebab nak kenalpasti mana lagi kawasan kak long nih. dia terdengar jeritan kak long tu berulang-ulang kali dari tempat yang sama, jadi dia yakin okey ni memang tempat kak long kawasan.
dia pun nak patah balik la ke pusat operasi, tapi dia sekali lagi terdengar jeritan kak long. cuma kali ni kak long tu mcm dekat beberapa ela je dari die. of course mestilah die dah takut jadi die pun mempercepatkan langkah. tapi jeritan tu masih lagi ikut dia, dari jalan laju terus die jogging, nak lari tak boleh dah dalam hutan kan.
akhirnye dalam sebatu dari pusat operasi, jeritan tu akhirnya terhenti dan dia pun pandangla belakang nak tengok kot2 kak long tu masih follow die. masa ni, dari senja dah masuk malam, tapi die ternampak bayang-bayang seorang lelaki. dia pun jeritla kt lelaki tu, dan mintak lelaki tu ikut dia balik ke pusat operasi sebab kawasan tu bahaya ada singa gunung. tapi lelaki tu langsung tak bergerak.
kawan aku pun berjalanla menuju ke lelaki tu. tapi start die gerak je, lelaki tu pun gerak jugak, tapi lelaki tu bukak langkah yang sangat besar menuju ke arah dia dan start menjerit. jeritan tu sama macam jeritan yang dok follow kawan aku tu. kawan aku ni mmg tak tunggu ape la, terus pecut balik ke pusat ops taknak pandang-pandang belakang dah.
sampai je ke pusat ops, jeritan tu pun sayup-sayup mcm balik semula ke hutan. tapi kawan aku ni tak citer kat sesiapa pun pasal benda tu, cuma die melaporkan ok kawasan kak long tu kat belah sana je. dan akhirnya kawasan tu pun ditutupla kepada orang awam....
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Seram jugak hutan kt sana.. Tapi betullah, sapa yg jadik penyelamat ni mesti hati kental |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-12-2020 10:51 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
lilac85 replied at 12-12-2020 01:30 AM
Tengkiu tt my gosh semu serammm dasyat antu org ...
Tq uoollsss I akan cuba update lagi wiken ni. Stay tuned hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-12-2020 10:53 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Perawankota replied at 12-12-2020 06:00 AM
Seram jugak hutan kt sana.. Tapi betullah, sapa yg jadik penyelamat ni mesti hati kental
Hutan diorg lg beso sebab usa kan beso. Tapi tu la dah nama pun hutan kan, tak mustahil makhluk halus pun ada kat usa nun |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-12-2020 10:54 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Nampaknya aku dah kehabisan cerita dan pengalaman untuk dikongsi bersama kalian semua. Tapi takpe, aku ada berhubung dengan kawan-kawan lain yang satu profesion dengan aku dan mintak diorang share pengalaman diorang pulak.
Kawan aku yang ni, biarlah aku panggil dia KD saje. KD ni seorang veteran tentera wanita yang kire otai jugak la sebab dia dah jadi penyelamat hutan hampir 15tahun. Kepakaran KD ni adalah pada operasi penyelamatan di kawasan-kawasan beraltitud tinggi dan gunung-ganang. Ada beberapa pengalaman yang dia cerita kat aku antaranya….
Kisah Budak Lelaki Diculik Lembaga Hutan
Aku sengaja mintak KD citer ada tak pengalaman pelik-pelik masa mencari orang hilang. KD pun citerlah pasal satu kes yang berlaku masa dia baru-baru jadi penyelamat. Kisah ni memang masa tu dapat pendedahan media, kirenye kecoh jugakla satu USA masa tu.
Ada satu keluarga masuk hutan untuk memetik beri, tapi kawasan tu dekat je dengan pintu masuk taman negara tu. Ada mak, bapak dan 2 anak lelaki berumur bawah 5 tahun. Entah macam mana, salah seorang anak lelaki tu hilang. Operasi pencarian pun dijalankan, siap bawak anjing pengesan, tapi anjing pun tak dapat nak kesan bau atau scent budak lelaki tu. 2 bulan jugakla operasi pencarian tu, tapi langsung tak jumpa budak tu, kesannya pun takde. Dan akhirnya operasi tu terpaksa diberhentikan
6 bulan kemudiannya, keluarga tu kembali semula ke lokasi kejadian tu utk buat upacara memorial peringatan, dan bawak sekali anak lelaki lagi sorg tu. Tak disangka-sangka, budak tu pun hilang jugak mcm tu saje, pdhal makbapak die terlepas pandang dalam beberapa saat je. Lagi remuk redam la pasangan ibubapa tu. Hilang sorang pun dah sedih, ni kan hilang dua-dua kan
Pencarian pun dimulakan, boleh dikatakan operasi kali ni bukan kaleng-kaleng, antara yang terbesar dalam sejarah USA. Hampir-hampir 300 orang jugakla yang join operasi ni. Mana je tempat dalam taman negara tu yang orang tak carik, memang setiap inci tempat tu la kitorg jejaki. Sampai seminggu operasi pencarian tu, satu kesan ape pun tak jumpe.
Hinggalah 2 minggu kemudian, seorang sukarelawan akhirnya jumpa jugak budak tu, di lokasi sejauh 15 batu dari lokasi asal kehilangan budak tu. Masa ni jujurlah KD cakap, jumpa mayat je la kot sebab dah 2 minggu kan. Tapi bukan, rupanya budak tu hidup lagi, sihat walafiat, cedera apa pun tak ade.
KD dan team die pun pegi la bawak keluar budak tu. KD macam tak percaya yang budak ni dah hilang 2 minggu, sebab budak tu bersih je. Baju tak kotor, takde luka, lepas tu budak tu mcm tenang, tak trauma atau takut ke. Sukarelawan yang jumpa budak tu kata, dia jumpa budak tu duduk atas pokok tumbang, main-main dengan ranting-ranting kayu kecil yang diikat dengan tali jerami yg dh lama, bkn tali rafia ye
KD pun tanyalah budak tu, dia pegi mana 2 minggu ni dan sape jaga dia? Budak tu citerlah, dia dijaga oleh ‘a fuzzy man’. Fuzzy macam satu badan berbulu mcm bigfoot ke? Eh taklah, ‘fuzzy’ macam bayang-bayang seorang lelaki yg tak berapa jelas, atau orang kita panggil, lembaga hitam.
Budak tu cerita, lembaga tu keluar dari hutan dan bawak dia masuk sampai ke tengah hutan. Budak tu tidur dalam batang pokok yang berlubang dan diberi makan buah beri oleh lembaga tu. KD tanya lagi, tak takut ke duduk dengan lembaga tu? Budak tu selamba je jawab, taklah lembaga tu baik je, tapi muka dia scary sbb tak ada mata.
Jadi KD dan team dia pun bawak la budak tu balik ke ibupejabat dan kembali ke pangkuan makbapak budak tu. KD ni kawan dengan polis yang siasat kes kehilangan ni, polis tu cerita jugak, dalam kenyataan budak tu, lembaga tu benarkan budak tu merayau-rayau tapi tak boleh jauh, kalau jauh nanti lembaga tu jadi marah dan jerit kuat-kuat walaupun lembaga tu takde mulut (ni aku rasa korg bleh bayang kot lembaga tu mcm mane ye). Kalau di waktu malam, dan budak tu rasa takut sebab dah gelap, yelah dalam hutan kan, lembaga tu boleh buat tempat tu jadi terang. Budak tu cakap lembaga tu nak ‘jaga’ dia selama-lamanya, tapi budak tu bukan ‘jenis yang tepat’, yang ni tak sure la jenis mcm mane yg lembaga tu nak. Tapi akhirnya lembaga tu terpaksa lepaskan budak ni dan sebelum diorang berpisah, lembaga tu hadiahkan ranting-ranting kayu kecik tu.
Polis pun garu kepala jugak la dengan kenyataan budak tu, tapi bila ditanya pasal abang dia yg hilang sebelum tu, budak tu tak dapat nak kasi apa-apa maklumat. Tapi polis bukak sekali lagi kes kehilangan abang dia, tapi malangnya sampai hari ni si abang masih belum ditemui….
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tenkiu tt.. suke style tt translate citer ni, bahasa santai sesuai dibaca utk light reading. |
|
|
|
|
|
|
|
Bestnya tt meremang baca |
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 12-12-2020 10:53 AM
Hutan diorg lg beso sebab usa kan beso. Tapi tu la dah nama pun hutan kan, tak mustahil makhluk ha ...
Betul tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hilang x jumpa kekal misteri kan. Apa jadi sebenarnya. Hidup atau mati kan. Mesti tinggal kesan mendalam kt family |
|
|
|
|
|
|
|
Kt us lg dasyat hntu dia rmai yg mati kanak2 lak tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|