CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2775|Reply: 1

Memahami kanak-kanak individu yang sensitif

[Copy link]
Post time 19-12-2020 09:02 AM | Show all posts |Read mode

Personaliti kanak kanak merujuk  perbezaan  pemikiran, perasaan dan sikap. Personaliti didefinisikan sebagai satu corak tingkah laku yang wujud dalam diri seseorang sejak lahir dan  tidak pernah berubah terhadap sebarang persekitaran. Personaliti ditakrif sebagai ciri genetik yang lahir tidak berubah dan sering bersifat tekal.


Personaliti  melibatkan tingkah laku dan tindak-tanduknya. Personaliti melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang individu. Personaliti jugakah yang membentuk kemahiran sosial dan bertindakbalas secara positif atau negatif terhadap orang lain dalam pelbagai keadaan.


Allport mentafsirkan  personaliti merupakan satu organisasi sistem psikologi dan kejasmanian yang dinamik di dalam diri seseorang. Ini bersesuaian dengan tindakbalas individu terhadap sebarang situasi unik.  Personaliti boleh ditafsir sebagaiai sifat-sifat yang ada pada seseorang individu seperti cara berfikir, beraksi, beremosi, berpersepsi dan lain-lain lagi yang membolehkannya berbeza dengan orang lain.


Dalam kehidupan seharian, personaliti dikaitkan dengan sifat dan perwatakan seseorang. Personaliti seseorang itu dapat diketahui melalui gaya percakapan, tingkahlaku, cara bertindak atau cara bekerja. Personaliti atau sahsiah melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang individu dan sememangnya mencirikan perbezaan seseorang individu dengan individu yang lain.

Individu yang sensitif merupakan individu Introvert maka individu lain yang berinteraksi dengan individu sensitif harus menitik berat beberapa aspek penting sewaktu berurusan dengan mereka.


  • Menghormati keinginan mereka untuk bersendirian.

    • Ada ketika individu yang sensitif memerlukan masa untuk bersendirian. Mereka juga memerlukan masa untuk bertenang dan berfikir.


  • Jangan cuba memalukan mereka di khalayak ramai.

    • Individu yang sensitif tidak suka menonjolkan diri di khalayak ramai. Jadi jangan paksa mereka menghadiri majlis keramaian jika mereka tidak mahu. Jangan panggil mereka ke hadapan untuk berucap atau hanya sekadar untuk memperkenalkan mereka kepada orang lain sekiranya mereka tidak bersedia daripada segi mental dan fizikal.


  • Berikan mereka masa untuk menyesuaikan diri dalam suasana yang baru.

    • Individu yang sensitif adalah individu yang rigid. Mereka memerlukan masa untuk meneroka dan menyesuaikan diri di sesuatu tempat atau keadaan yang baru bagi mereka.


  • Berikan mereka masa untuk berfikir. Jangan paksa mereka memberikan jawapan secara spontan.

    • Individu yang sensitif tidak mampu bertindak secara spontan. Mereka memerlukan masa yang cukup untuk berfikir, mencari dan merangka jawapan bagi soalan-soalan yang tidak pasti.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2020 11:25 AM | Show all posts
banyaknya dosa aku kat anak sedara aku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.078540 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list