![](https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1cil5i.img?h=780&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f)
Gambar penemuan apa yang dipercayai gerai makanan segera di kota purba Pompeii. FOTO AFP
Rom: Sebuah gerai makanan segera berusia 2,000 tahun di sebuah kawasan dekat kota purba Pompeii memberi petunjuk baharu mengenai tabiat pemakanan masyarakat kuno Rom.
Bangkok Post melaporkan kaunter bar makanan ringan dikenali Thermopolium dipercayai sangat popular pada zaman berkenaan.
Hasil penemuan mendapati, ia dihiasi dengan corak polikrom dan 'dibekukan' oleh abu gunung berapi, tetapi sebahagian daripadanya sudah digali tahun lalu.
Ketua Pengarah Taman Arkeologi Pompeii, Massimo Osanna berkata, melihat pada reka bentuknya, kaunter di gerai itu kelihatan seperti ditutup dengan tergesa-gesa.
Beliau berkata, ia mungkin ditinggalkan oleh pemiliknya ketika letusan pertama Gunung Vesuvius yang memusnahkan seluruh kota Pompeii.
Pasukan juga menemui amphorae iaitu sebuah menara air dan air pancut ditemui di samping mayat manusia termasuk seorang lelaki yang dipercayai berusia sekitar 50 tahun berhampiran tempat tidur kanak-kanak.
Pada peringkat akhir pencarian, ahli arkeologi turut menemui gambar haiwan yang dipercayai dipaparkan di menu terutama itik melewar dan ayam jantan, selain itu, hidangan wain atau minuman panas.
Kota purba Pompeii dikatakan lenyap akibat letusan Gunung Vesuvius iaitu sebuah gunung berapi di kawasan berhampiran, pada tahun 79 Masihi.
Letusan gunung berapi itu meragut nyawa antara 2,000 hingga 15,000 individu selain menimbus bangunan dan harta benda. Mangsa tidak dapat menyelamatkan diri apabila gunung itu meletus secara tiba-tiba.
Pompeii menjadi tarikan pelancongan kedua paling banyak dilawati di Itali selepas Colosseum di Rom dan pada tahun lalu sahaja, ia menarik kunjungan kira-kira empat juta pelancong. |