CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1243|Reply: 0

Momota Pun Tiada Kelebihan - Zii Jia - Berita Harian

[Copy link]
Post time 31-12-2020 09:36 AM | Show all posts |Read mode

Zii Jia anggap semua pemain perlu bermula dari kosong selepas hampir setahun tidak beraksi akibat COVID-19.


Helmi Talkah
[email protected]

KUALA LUMPUR: Kento Momota pun tiada kelebihan!

Mungkin itu yang ingin disimpulkan pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia apabila menganggap tiada pemain yang memiliki kelebihan apabila beraksi pada Yonex Terbuka Thailand dan Toyota Terbuka Thailand di Bangkok, bulan depan.

Jaguh nombor satu negara itu berkata, selepas 10 bulan tanpa aksi kompetitif hampir semua pemain pastinya perlu bermula dari kosong.

"Saya sendiri pun perlu lupakan apa yang berlaku ketika Seluruh England pada Mac lalu (mara sehingga separuh akhir). Saya perlu kembali fokus kerana bukan saya sahaja tetapi semua pemain sudah lama tidak beraksi dalam kejohanan.

"Ini adalah kali pertama semuanya mengalami situasi seperti ini dan sukar untuk kita ramal," katanya.

Berdasarkan undian dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kelmarin, Zii Jia berdepan laluan berbeza dalam kedua-dua kejohanan berkenaan.

Bagi saingan Yonex Terbuka Thailand yang dijadual bermula pada 12 hingga 17 Januari menyaksikan pemain ranking ke-10 dunia itu tampil sebagai pilihan kelapan dan berjaya mengelak daripada bertemu jaguh nombor satu dunia dari Jepun, Momota di pusingan awal.

Dia yang akan membuka tirai saingan menentang pemain India, HS Prannoy hanya akan bertemu Momota sekiranya kedua-dua mereka mara ke final.

Sementara itu, bagi saingan Toyota Terbuka Thailand yang berlangsung 19 hingga 24 Januari, laluan lebih mencabar buat Zii Jia apabila dia perlu bertemu Momota lebih awal sekiranya masing-masing layak ke separuh akhir.

Malah, pemain nombor tiga dunia dari Denmark, Anders Antonsen turut berada dalam laluannya untuk ke separuh akhir apabila dijangka bertemu di suku akhir.

Pada kejohanan itu, Zii Jia akan memulakan aksi menentang pemain India, Sameer Verma.

Kedua-dua kejohanan itu adalah peluang terakhir buat semua pemain untuk mengutip mata layak ke Jelajah Dunia Akhir BWF yang turut berlangsung di Bangkok bermula 27 hingga 31 Januari.

Hanya lapan pemain teratas ranking Jelajah Dunia Akhir layak ke kejohanan akhir musim 2020 itu dengan Zii Jia ketika ini berada di kedudukan ke-10.

"Memang sasaran utama saya adalah layak ke saingan Jelajah Dunia Akhir. Namun, saya tidak mahu terlalu fikir mengenai perkara itu dulu, saya mahu fokus satu demi satu perlawanan," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.366664 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list