CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1096|Reply: 2

[SABAH] TUDM terbangkan dua bayi dari Sabah untuk jalani pembedahan jantung

[Copy link]
Post time 20-1-2021 04:31 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerbangkan dua bayi dari Kota Kinabalu, Sabah yang akan menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara di sini.



Menurut kenyataan TUDM hari ini, kedua-dua bayi itu, Mohammad Zayan Hafeez Abdullah, tiga bulan dan Muhammad Zul Aris Muhammad Zainulariffin, sebulan, diterbangkan ke ibu negara semalam.

“Turut mengiringi bayi dalam penerbangan itu ialah ibu bayi berkenaan bersama-sama seorang pegawai perubatan dan dua jururawat. Pesawat berlepas dari Kota Kinabalu pada 7.04 malam dan tiba di Pangkalan Udara Subang pada 9.41 malam,” demikian menurut kenyataan itu.

Penerbangan ihsan itu yang menggunakan pesawat angkut A400M, dikendalikan oleh juruterbang Lt Kol Nazlan Shah Zainal dan pembantu juruterbang Kapt Noor Mohamad Farhan Mohamad Noor.

Mereka dibantu dua ‘loadmaster’ iaitu FSjn U Norfadley Saad dan Sjn U Nazmil Hafis Mohamad Nayan bersama dua juruteknik, Kpl U Mohd Yazid Sapeei dan Kpl U Muhammad Haziq Shaharuzaman.

“Seluruh warga TUDM mendoakan supaya kedua-dua bayi berkenaan dapat menerima rawatan dengan segera serta diberikan kesembuhan.”

Berdasarkan kenyataan itu, Mohammad Zayan Hafeez mengalami  ‘Mixed Total Anomalous Pulmonary Venous Drainage (Unobstructed)’, manakala Muhammad Zul Aris menghadapi masalah sindrom Down dan pernah menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu. - Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2021 04:35 PM | Show all posts
TUDM dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan Mohammad Zayan Hafeez Abdullah yang berusia tiga bulan tiga minggu mengalami masalah jantung 'Mixed Total Anomalous Pulmonary Vanous Drainage (Unobstructed).

Menurut kenyataan itu, Muhammad Zul Aris Muhammad Zainulariffin berusia satu bulan pula menghadapi masalah 'Clinical Down Syndrome' dan sebelum ini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu.

"Penerbangan ihsan ini menggunakan pesawat angkut A400M dari No 22 Skuadron, Pangkalan Udara Subang. Pesawat diterbangkan Leftenan Kolonel Nazlan Shah Zainal dan dibantu pembantu juruterbang, Kapten Noor Mohamad Farhan Mohamad Noor.

"Penerbangan itu turut disertai dua 'Loadmaster', Sarjan Udara Norfadley Saad serta Sarjan Udara Nazmil Hafis Mohamad Nayan bersama dua 'Technician' Koperal Udara Mohd Yazid Sapeei dan Koperal Udara Muhammad Haziq Shaharuzaman.

"Turut mengiringi bayi berkenaan dalam penerbangan itu adalah ibu bayi terbabit serta seorang pegawai perubatan dan dua jururawat," katanya.

Menurut kenyataan itu, pesawat berlepas dari Kota Kinabalu pada 7.04 malam dan tiba di Pangkalan Udara Subang pada 9.41 malam.

Katanya, penerbangan ihsan itu dilaksanakan TUDM bagi membolehkan pesakit mendapatkan rawatan segera tertakluk kepada kriteria tertentu terutama nasihat daripada pegawai perubatan.

"Ini memperlihatkan keprihatinan dan komitmen TUDM dalam melunaskan tanggungjawab sosial serta sentiasa siap siaga untuk mengoperasikan aset pada masa diperlukan.

"Seluruh warga TUDM mendoakan supaya kedua-dua bayi berkenaan dapat menerima rawatan dengan segera serta diberikan kesembuhan.

"Semoga usaha dilaksanakan TUDM dengan kerjasama pasukan perubatan melancarkan proses rawatan perubatan dan membantu meringankan beban ditanggung oleh keluarga bayi berkenaan," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2021 04:36 PM | Show all posts
Semoga cepat sembuh Mohammad Zayan Hafeez Abdullah dan Muhammad Zul Aris Muhammad Zainulariffin ... aamiin

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.126897 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list