CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1005|Reply: 3

[SARAWAK] Judi Online

[Copy link]
Post time 22-1-2021 05:53 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING - Sebanyak 18 premis terdiri daripada kedai runcit, kedai makan dan rumah persendirian yang disyaki terlibat dalam kegiatan judi tanpa lesen dipotong bekalan elektrik sejak hari pertama tahun 2021.

Operasi Bersepadu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching yang diketuai oleh Insp  Zulsafri Bin Arnoldus dan kaki tangan Sarawak Energy Berhad (SESCO) hari ini dijalankan di sekitar kawasan Kuching, melibatkan pemotongan lima premis antara jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.


Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Bin Awang Gani, operasi itu dibuat di premis-premis yang didapati menjalankan aktiviti perjudian tanpa lesen.

"Mengikut seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953, polis boleh membuat permintaan untuk pemotongan elektrik jika mempunyai alasan yang munasabah bahawa premis itu menjalankan sebarang aktviti perjudian," kata beliau.


Beliau memberi amaran keras kepada pengusaha berkaitan supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti perjudian tanpa lesen memandangkan pihak polis akan mengambil tindakan sepertimana yang diperuntukan undang-undang.

"Dalam tempoh bermula 01.01.2021 hingga 21.01.2021, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching telah berjaya membuat 11 serbuan ke atas premis-premis perjudian ini dan seramai 11 orang penjual judi online turut ditangkap," tambah   ACP Awang Din.


Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 4 (1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang mana memperuntukan denda RM5,000 hingga RM50,000 dan hukaman penjara hingga 3 tahun jika sabit kesalahan.


Kesemua sabjek yang ditahan telah direman dan masih dalam siasatan pihak polis.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2021 05:54 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2021 05:56 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2021 06:00 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.086125 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list