CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 825|Reply: 0

[SABAH] Tiga beradik bawa keluar jenazah bapa dari hospital didakwa esok

[Copy link]
Post time 24-1-2021 05:57 AM | Show all posts |Read mode
dari berita ini :
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1233269


Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad

LAHAD DATU: Tiga dari empat suspek yang disyaki membawa keluar jenazah dari hospital akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, esok.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata Kertas Siasatan kes telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan telah bersetuju untuk menuduh tiga dari empat suspek adik beradik itu.

Katanya, tertuduh akan dibicarakan mengikut Seksyen 22(a) Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.

"Semua suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 8 pagi semalam dan perbicaraan melibatkan tiga suspek akan diadakan pada 25 Januari (esok)," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Ketika ditanya suspek yang dibebaskan beliau berkata suspek yang dibebaskan itu berusia awal 30an.

"Suspek dibebaskan kerana tidak cukup keterangan untuk tujuan pendakwaan kes ini," katanya.

Kelmarin, empat beradik terdiri tiga lelaki dan seorang wanita berusia 26 hingga 31 tahun ditahan setelah disyaki membawa keluar dari kawasan hospital jenazah bapa mereka dari pengendalian SOP COVID hospital.

Suspek ditahan reman di kediaman mereka di Kampung Panji pada hari kejadian.

Norwahida Yamaluddin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.093555 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list